Showing posts with label Homeschooling. Show all posts
Showing posts with label Homeschooling. Show all posts

Thursday, 14 November 2019

Eksperimen Ketumpatan Menggunakan Buah Oren


Baru-baru ni time Rayyan study sains nak final exam, dia terbaca la pasal buah oren ni. 
Tentang tajuk ketumpatan. 

Buku Jom Bijak Sains

Bagaimanakah buah oren boleh ditenggelamkan di dlm air?
- kupas kulit buah oren itu

Rayyan tak percaya
So dia try sendiri

Buah oren yang belum dikupas akan terapung di dalam air. 
Tapi kalau buah yang sama dikupas kultinya, buah itu akan tenggelam.
Kenapa ye?
 Apa yang istimewa yang ada pada kulit oren itu?




Buah oren yang belum dikupas memerangkap udara padanya. 
Udara yang terperangkap ini membantu buah oren itu terapung.
So akan jadi kurang tumpat.
Simple kan? 


Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608




Saturday, 15 June 2019

Jom Buat Pepero Stick




Sape Pernah buat Pepero Stick ?
Biskut raya paling senang abad ini ..

Senang sgt ..tinggal je kat anak2 diaorg buat sendiri
Layankan anak-anak time nak raya kan

Bahan-bahan :

- choc masakan
- biskut jejari
- apa-apa je topping yg korang minat




Cara-cara :

- cairkan choc masakan
- celup biskut jejari ke dalam choc
- tabur topping


Pastu  masuk lam peti jap dlm 5minit
Pastu leh simpan utk mkn time raya hehe







Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608



Friday, 17 May 2019

Jom Buat Dorayaki Cadbury


Sape suka dorayaki angkat tangan hehe
Tak perlu susah-susah lagi nak beli kat kedai.
Jom buat sendiri dengan anak-anak.
Lebih kurang sama macam cara nak buat eskrem goreng.
Cuma dorayaki ni tak perlu bekukan sebelum goreng.

Hari tu pun ternampak post ni kat fb.
So kita tiru jugakla kan.
Lagi pun bahan-bahannya semua senang.
Tak mahal pun, cuma tak banyak sangat la dapat hehe.

Dua je bahan-bahannya pun:

1) Roti gardenia
2) Cadbury dairy milk- tak kisah kalo nak guna 
yang choc bar pun boleh then patahkan




Untuk 1 dorayaki, saya guna 3 je cadbury tu, nak jimat kan.
Nak letak 4 pun boleh.
Letak betul-betul kat tengah ye so nanti choc tak terkeluar.




Ok asssistant ni muka sedih memanjang haha




Pastu tekapkan 1 lagi roti bagi tutup choc tadi ye.
Then ambik gelas atau apa-apa la acuan yang korang ada,
tekapkan atas roti tadi jangan bagi terkeluar choc tu.
Pusing-pusing bagi putus ye




Haa nampak sedang beradu tenaga sape siap dulu


 






Taraa...dah siap
5 ketul sudahla nak.
Comelkan hehe




Pastu jom le goreng.
Make sure minyak betul-betul panas ye.
Goreng kejap je, bagi garing je.
Then angkat.




Pastu bolehla ngap.
Haa nampak tak choc nya sudah mencairkan diri..
Tu yang best tu..




Pastu bolehla berebut sama-sama ngan anak ye.




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


Saturday, 2 February 2019

Cucuk Saya- Air Tidak Keluar



Stab me...the water don't come out?

Haa ni eksperimen anakanda buat.
Ye la setiap hari duk ngadap cite Supersains je kan
Macam-macam la dia cuba

Jom tengok eksperimen ni plak

" Cucuk saya - air tidak keluar "





 Apa bahan yang diperlukan ?

> pensel yang tajam, tak tajam kompem tak tembus
> plastik untuk isi air, sederhana je la besar nye
> of course la perlukan air hehe


Caman nak buat?

1) Isi kan air dalam plastik , agak-agakla banyak mana ye. Jangan sampai melimpaj plak. Pastu ikat la pastik tu. Anak saya ni guna plastik ikea je sebab dah ada ziplock kan

2) Cucuk pensel ke plastik tu, dengan yakin ye haha




Haa...kuar tak airnya tu ?

Sepatutnya tak keluar la ye kalo pensel tu betul-betul tajam.


Haa...bagaimana ianya berlaku ?

Plastik ni adalah polimer sintetik, yang diperbuat melalui proses polimerasi dan bahan asalnya ialah etilena (sejenis gas yang terhasil daripada petroleum). Kebanyakan plastik diperbuat daripada polietilena. Apabila polietilena ini dipanaskan, molekul-molekulnya yang mengecut, jadi apabila anda mencucuk pensel menembusi beg polietilena ni, geseran antara pensel dan plastik memanaskan molekul polietilena dan menyebabkan molekul-molekulnya mengecut mengelilingi pensel itu. So...plastik tu pun tak boleh bocor, air pun tak boleh la keluar. 






Selamat mencuba kawan-kawan ❤






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608






Jom Buat Aiskrim Oreo


Hari ni jom kita basahkan tekak dengan eskrem
Banyak kali dah lalu kat wall fb, erm tak boleh jadi kena try la jugak kan
Senang sangat sebab guna je bahan-bahan yang ada kat rumah

Jom kita buat eskrem oreo 

Bahan-bahan :

> Biskut peket oreo. Dalam paket ni ada 3 keping oreo.
>Susu, tak kisah perisa apa, tapi kalo nak best yang plain je.
> Batang eskrem. Toksah la guna yang warna warni tu ye, kang turun plak kaler dia tu jadi perisa lain la eksrem 

Tu je?
Haa betul la sikit je bahannya 

Camna nak buat?

1) Peket biskut oreo tu tumbuk ngan lesung, tapi tak kisah la guna apa pun asalkan hancur ye hehe. Takyah la bukak lagi peket tu, kang abes plak berterabur.

2) Pastu gunting la peket tu kat atas. Haa kasik kembung sket huhu

3) Tuang susu dalam peket biskut tu. Ikut suka korang la nak banyak mana ye.

4) Pastu cucuk la batang eskrem tu tengah-tengah peket tu. Jangan la cucuk sampai ke bawah karang ko nak pegang camna plak.

5) Pastu step last kalo tak tahu jugak adoi tak jadi la eskremnye. Haa..masuk peti ais la bagi keras..Haa esok leh makan ye












Selamat mencuba u olls semua 




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608



Friday, 17 November 2017

Aktiviti Mengenal Nombor 5 dan 6


Salam Jumaat semua.
Ye la, jumaat je la mama leh update blog kan 😂
sebab hari cuti. 

Kali ni nak share aktiviti untuk mengenal nombor 5 dan 6
Umur berapa?
Tak kisahlah..kalo ank korang umur 4 tahun, jadilah aktiviti untuk 4 tahun
Kalo 5 tu jadilah 5 tahun
Takkan tu pun nak kena ajar kot 😇😇

Haa? Nombor 5 dan 6 je?
Ni pun lagi satu..
Suka hati korang la nak bagi anak kenal nombor berapa
Pandai2 la tukar sendiri kihkih

Aktiviti ni simple je.
Guna je sticker yang korang ada kat rumah tu.
Kalau takde tu tulis je la kat kertas then gunting ye.

Haa cam gini rupa dia sebelum kita start 👇



Alahai senang sangat, suruh la anak pilih yang mana nombor 5 dan 6.
Pastu tampal la ikut bahagian page yang ada tulis nombor tu.


Memang nampak simple, tapi tu haa nampak tak kesungguhan dia haha
Susah juga nak ambik sticker tu rupanya 


Maka terhasillah macam ni
Sampai terkoyak tu dia kerjakan



Ni tengok aktiviti ke 2 plak

Ni guna spinner.
Kalo takde gi beli kat pasar malam tu ha rm5 je 😍

Camni rupa dia ye sebelum bermula.
Tak tahula nape jadi cenggitu dikerjakan spinner tu oleh abang dia.


Camana nak main?
Suruh anak pusing spinner tu, berhenti kat nombor mana..
pastu suruh dia sebut kuat-kuat..yeay...pandai
bagi la pujian sikit ye 👯



Nampak tak sabar menanti tu spinner berhenti


Ada lagi aktiviti?
Ada...ada...anak lelaki kan memang suka main

Kali ni guna parking lot plak
Perlukan beberapa buah kereta mainan
Atas tu tulis siap2 nombor 5 & 6 ye
Pastu buat parking lot

Camni haa
cantik tak parking lot ni 😁😁


Pastu suruh la anak parking kereta tu ikut nombor atas kereta dan nombor parking.
Hak ni susah sket la nak berhenti..
Sampai ke sudah la dia duk main benda alah ni 


Kalo free boleh la korang try jugak.
Idea simple je ni pun.
Nanti ada aktiviti lain i share lagi ye.




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608




Monday, 10 April 2017

Jom Main Syringe



Kita sebagai parents kena berfikiran kreatif dalam membuat aktiviti bersama anak-anak.
Guna je lah apa yang ada kat rumah tu.
Kat dapur tu ada macam-macam tau, senduk ke kuali ke hehe
Bukan kena bayar pun kan.
Tapi kalo korang ada duit banyak tu bolehla beli menan Fisher's Price
Jangan malas, jangan bagi anak Ipad je.

Kali ni nak share aktiviti paling mudah, berlambak kot ada kat rumah tu.
Guna syringe je.
Ala tipu la kalo korang kata kat rumah takde benda alah ni kan.

Ni time mama buzy sebenarnya kat dapur, ternampak syringe ni so bagi je la kat adik. 
Pastu bagi segelas air masak.
Jangan bagi air paip plak ye, nanti kang dia minum.
Satu lagi, jangan lupa lapik ye kang abes basah mengamuk plak mama nye.
Pastu perhatikan apa yang dia boleh buat dengan syringe tu.
Comfirm dia tahu, sebab dah biasa makan ubat kan.






Haaa..nampak tak kesungguhan dia tu?
Bagus tau aktiviti ni.
Boleh kuatkan tangan dia, ye lah nak tarik tu kena jugak kekuatan tangan.
Cuba jangan putus asa.
Kalo sikit je air masuk, usaha lagi ye dik.
Selain tu, boleh bagi dia fokus.
Jangan lupa pesan, jangan bagi tumpah.
So dia akan ahti-hati supaya tak tumpah.



Sudahnya, dia minum sendiri air tu.
Takpelah, asalkan duk diam ye.

Ok lah, selamat mencuba dengan permainan yang tak yah kuarkan duit sesen pun ni 






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


Eksperimen Supersains Pisang



Siapa sini anak-anak suka bereksperimen?
Pening tak nak melayan?
Pening kan? 
Sebabnya ada saja bahan-bahan pelik yang diaorang mintak.

Rayyan ni memang hobi dia tengok segala cerita yang pasal sains & eksperimen.
Semua kat channel 610 tu.
Sudahnya macam-macam la dia nak tiru.
Suka sangat tengok Supersains, sampaikan mama pun dah hafal jalan cerita sekali.
Professor Comot la, ntah apa-apa tu pun dia suka sangat.

Ni eksperimen dia nak bagi pisang tu cepat masak.
Kebetulan pulak papa tebang pokok pisang tu, ada la hasilnya untuk makan dan bagi kat jiran-jiran.
Maka Rayyan pun mulalah kuarkan idea bernas dia.

Untuk bagi pisang tu cepat masak, kena masukkand dalam beg kertas.
Pastu masukkan 1 lg buah lain sebagai peneman.
Ethylene akan terhasil dalam paper bag tu, dan buah yang 1 lagi tu juga
akan lagi membantu lagi banyak ethylene terhasil
Rayyan pilih buah epal, sebab buah tu je pun yang ada dalam peti ais huu. 



Pastu kena tutuplah paper bag tu ye, jangan duk biar terbuka camtu.
Nanti terkeluar plak gas ethylene


Sepatutnya kena letak kat tempat gelap, dan paling bagus lagi letak atas peti ais.
Sebab peti ais ni bagi warm gitu kot. 

Tapi malangnya..eksperimen ni tak menjadi haha
Sebabnya budak ni tak sabar asyik duk buka je paperbag tu
Pastu buka lagi..buka lagi
Tak tutup plak tu
Sudahnya tak masak-masak
Yang tak masuk paperbag la plak cepat masak

Di mana silapnya?
Kita buat lagi lain kali kihkih






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608.



Tuesday, 15 November 2016

Adik dah ada Geoboard


Dah lama teringin nak buat geoboard, kesnya sebab baca buku 3 Krayon tu la. 
Memang recommended untuk boy.
Gigihla mama ke DIY cari barang2 nak buat geoboard ni.

Board ni ntah nama apa pun tak tau beli kat DIY. 
Ada banyak saiz sebenarnya, tapi beli yang kecik sudahla.
RM4 kot board ni. Ada free dalam 5 batang paku.

Pastu beli paku tekan sekotak.
Yang kaler2 ni lagi menarik.
Ada jugak yang kaler putih je, tak de menarik perhatian langsung.
Getah tu plak, kalo dah ada kat rumah tak yah la susah2 nak beli ye.
Guna je apa yang ada.
Tu saya guna getah kat rumah je.
Takde? Ala nanti korang beli barang yang ada getah ikat tu, simpan je la. 

Maka terhasillah geoboard ni untuk Ilan Waizz.
Yang pasti berebut-rebut dengan abang dia.
Sudahnya mengamuk la sebab tak cukup getah.







Ni contoh lain untuk geoboard, guna paku biasa. 



Umur berapa sesuai main geoboard ni ?
Jawapannya ikut kemampuan anak, sebab ibu je yang tau tahap anak masing-masing.
Kalo anak masih suka masuk barang dalam mulut tu, tok sah lagi la ye.
Tengok anak saya 6 tahun pun berebut-rebut lagi dengan adik dia. 😆

Apa plak kelebihan geoboard ni ?
Geoboard ni bagus untuk fine motor dan brain development anak.
Praktis jari-jemari jugak ye.
Kognitif dan hand-eye coordination juga makin berkembang.

Ok pasni bolehla pi cari papan2 mana yang ada ye.
Selamat mencuba semua.






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


Saturday, 5 November 2016

Meneroka alam mengenali batu dan rumput


Ambik angin petang2 memang adik suka. 
Petang ni mama ajar adik mengenali batu dan rumput. 
Abis semua dia nak kutip. 
Untungla kat laman rumah ada rumput dan batu jugak.




Aktiviti mudah ini boleh merangsang perkembangan deria bau, lihat, dengar dans etuh mereka.
Ia juga turur merangsang koordinasi tangan dan mata yang
merupakan kemahiran yang perlu dikembangkan.

Camna nak buat tu?

1. Bawa anak melihat pokok-pokok kecil di halaman rumah. 
Kalau rumah korang tu takde halaman, bawala ke taman ye. 
Tunjukkan dan beritahu tentang pokok.
Nyatakan warna pokok, daun dan biar dia menyentuhnya. 

2. Biarkan anak terdedah kepada cahaya matahari sekali sekala tau.
Jangan duk berkurung je dalam umah.
Tak itam pun kalau keluar rumah huhu.
Beritahu si kecil tentang cahaya matahari.

3. Pilih pokok yangberbunga dan berwarna. 
Ia membantu anak fokus kepada objek yang dilihatnya.
Biarkan dia bau dan sentuh bunga tersebut.
Boleh ceritakan tentang bau wangi ye.

4. Setelah penat berjalan dan belajar, lihat dan pandang ke wajahnya. 
Katakan hari ini sangat menyeronokkan kerana 
dapat belajar tentang alam semulajadi.









Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015