Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Saturday, 26 October 2019

Tip Hafal Sifir Dengan Mudah






Anak-anak susah nak hafal sifir?
Especially yang dah tahap 2..memang kena hafal betul-betul.
Sifir ni ibarat kunci untuk pandai matematik.

Jom tengok tips nak hafal sifir.


1) Hafal separuh sifir 

Boleh mula dengan sifir 2. Hafal sehingga 6x2 dahulu. Dah betul-betul ingat baru lah sambung lagi sehingga 12x2 ye. Dah ingat sifir 2 boleh up lagi ke sifir seterusnya, dengan kaedah separuh jugak.

2) Suasana yang senyap

Haa ini penting.Elakkan hafal sifir depan TV ye. Suasana bising memang susah nak ingat. So make sure hafal sifir tu kat bilik ke, tapi dalam keadaan yang senyap dan tak bising.

3) Baca dengan berulang-ulang dengan suara yang kuat

Baca sekali dua memang tak ingat. Kena ulang-ulang banyak kali sampai betul-betul yakin dah ingat. Insyaallah lama-lama makin mantap la :) 

4) Ajak kawan hafal sama

Jangan sorang je ingat, ajak kawan-kawan sekali.
So bolehla saling bersoal jawab.
Kawan boleh betulkan kalo ada silap, dan lagi seronok kalo ada kawan-kawan support kan.

5) Kerap buat latihan

Dah ingat 1 sifir, kena terus buat latihan.
Jangan tanguh-tangguh.
Latihan ni ibarat pengukuhan ye.

...

Kalo susah nak cari buku latihan sifir, boleh cuba Sifir Vengers.
Ada lebih 1000 soalan dalam buku ni.
Sesuai untuk anak-anak seawal darjah 1.







Harga : RM10.00
Exclude postage



Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608








Saturday, 15 June 2019

Jom Buat Pepero Stick




Sape Pernah buat Pepero Stick ?
Biskut raya paling senang abad ini ..

Senang sgt ..tinggal je kat anak2 diaorg buat sendiri
Layankan anak-anak time nak raya kan

Bahan-bahan :

- choc masakan
- biskut jejari
- apa-apa je topping yg korang minat




Cara-cara :

- cairkan choc masakan
- celup biskut jejari ke dalam choc
- tabur topping


Pastu  masuk lam peti jap dlm 5minit
Pastu leh simpan utk mkn time raya hehe







Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608



Friday, 17 May 2019

Jom Buat Dorayaki Cadbury


Sape suka dorayaki angkat tangan hehe
Tak perlu susah-susah lagi nak beli kat kedai.
Jom buat sendiri dengan anak-anak.
Lebih kurang sama macam cara nak buat eskrem goreng.
Cuma dorayaki ni tak perlu bekukan sebelum goreng.

Hari tu pun ternampak post ni kat fb.
So kita tiru jugakla kan.
Lagi pun bahan-bahannya semua senang.
Tak mahal pun, cuma tak banyak sangat la dapat hehe.

Dua je bahan-bahannya pun:

1) Roti gardenia
2) Cadbury dairy milk- tak kisah kalo nak guna 
yang choc bar pun boleh then patahkan




Untuk 1 dorayaki, saya guna 3 je cadbury tu, nak jimat kan.
Nak letak 4 pun boleh.
Letak betul-betul kat tengah ye so nanti choc tak terkeluar.




Ok asssistant ni muka sedih memanjang haha




Pastu tekapkan 1 lagi roti bagi tutup choc tadi ye.
Then ambik gelas atau apa-apa la acuan yang korang ada,
tekapkan atas roti tadi jangan bagi terkeluar choc tu.
Pusing-pusing bagi putus ye




Haa nampak sedang beradu tenaga sape siap dulu


 






Taraa...dah siap
5 ketul sudahla nak.
Comelkan hehe




Pastu jom le goreng.
Make sure minyak betul-betul panas ye.
Goreng kejap je, bagi garing je.
Then angkat.




Pastu bolehla ngap.
Haa nampak tak choc nya sudah mencairkan diri..
Tu yang best tu..




Pastu bolehla berebut sama-sama ngan anak ye.




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


Friday, 15 February 2019

Teknik TAMBAH & TOLAK anaksayabijak



Hari ni jom kita belajar matematik plak ye.
Yang ni sesuai dari darjah 1.
Bezanya cuma darjah 1 mula dengan puluh, darjah 2 dengan ratus, dan seterusnya la.

Selalu anak-anak kita kan confuse mana nak tolak mana nak tambah kalo operasinya ada kosong kat tengah-tengah tu.

Ni cara saya ajar anak saya since dia darjah 1 lagi.
Sekarang darjah 3 dah.
So gambar kat bawah ni untuk darjah 3 ye.




TAMBAH

________ + 1251 = 3000

Mula-mula sekali kena ingat, operasi tambah guna KKB 
(kecik kecik besar)
Yela..benda kecik kecik bila tambah mestila jadi besar, sebab tu besar duk belakang skali tu hehe
Camtu je anak saya ingat.

________ + 1251 = 3000
                                        K              K          B

 > tengok tempat kosong bertanda apa? K kan?
so K maksudnya tolaK
So next step kena tolak la 2 nombor tu.
Jadinya 3000-1251 = 1013


TOLAK

2113 - ________  = 1100

Mula-mula sekali kena ingat, operasi tolak guna BKK
(besar kecik kecik)
Yela..orang besar baru boleh tolak orang kecik kan baru la jatuh hehe..sebab tu orang besar yang duk depan tu sebab ready nak tolak orang kurus

2113 - ________  = 1100
                                      B              K            K

 > tengok tempat kosong bertanda apa? K kan?
so K maksudnya tolaK
So next step kena tolak la 2 nombor tu.
Jadinya 2113-1100 = 1749


jom tengok satu lagi contoh ye


________ - 2492 = 2900

So siap-siapla tulis BKK

______ - 2492 = 2900
                                         B           K         K

 > tengok tempat kosong bertanda apa? B kan?
so B maksudnya tamBah
So next step kena tambah la 2 nombor tu.
Jadinya 2492+2900= 5392


haaa...ada faham dok?
hehe try la lagi untuk some questions untuk lebih faham ye.
Senang nanti nak ajar anak-anak.













Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608



Friday, 17 November 2017

Aktiviti Mengenal Nombor 5 dan 6


Salam Jumaat semua.
Ye la, jumaat je la mama leh update blog kan 😂
sebab hari cuti. 

Kali ni nak share aktiviti untuk mengenal nombor 5 dan 6
Umur berapa?
Tak kisahlah..kalo ank korang umur 4 tahun, jadilah aktiviti untuk 4 tahun
Kalo 5 tu jadilah 5 tahun
Takkan tu pun nak kena ajar kot 😇😇

Haa? Nombor 5 dan 6 je?
Ni pun lagi satu..
Suka hati korang la nak bagi anak kenal nombor berapa
Pandai2 la tukar sendiri kihkih

Aktiviti ni simple je.
Guna je sticker yang korang ada kat rumah tu.
Kalau takde tu tulis je la kat kertas then gunting ye.

Haa cam gini rupa dia sebelum kita start 👇



Alahai senang sangat, suruh la anak pilih yang mana nombor 5 dan 6.
Pastu tampal la ikut bahagian page yang ada tulis nombor tu.


Memang nampak simple, tapi tu haa nampak tak kesungguhan dia haha
Susah juga nak ambik sticker tu rupanya 


Maka terhasillah macam ni
Sampai terkoyak tu dia kerjakan



Ni tengok aktiviti ke 2 plak

Ni guna spinner.
Kalo takde gi beli kat pasar malam tu ha rm5 je 😍

Camni rupa dia ye sebelum bermula.
Tak tahula nape jadi cenggitu dikerjakan spinner tu oleh abang dia.


Camana nak main?
Suruh anak pusing spinner tu, berhenti kat nombor mana..
pastu suruh dia sebut kuat-kuat..yeay...pandai
bagi la pujian sikit ye 👯



Nampak tak sabar menanti tu spinner berhenti


Ada lagi aktiviti?
Ada...ada...anak lelaki kan memang suka main

Kali ni guna parking lot plak
Perlukan beberapa buah kereta mainan
Atas tu tulis siap2 nombor 5 & 6 ye
Pastu buat parking lot

Camni haa
cantik tak parking lot ni 😁😁


Pastu suruh la anak parking kereta tu ikut nombor atas kereta dan nombor parking.
Hak ni susah sket la nak berhenti..
Sampai ke sudah la dia duk main benda alah ni 


Kalo free boleh la korang try jugak.
Idea simple je ni pun.
Nanti ada aktiviti lain i share lagi ye.




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608




Tuesday, 31 October 2017

Tips Semasa Anak Exam


Salam semua 👋👋
Dah hujung tahun pun kan
Sekarang November, ramai anak-anak yang sedang exam 📖 📏 📐
Biasalah, mak-mak comfirm tengah runsing tu sebab anak nak exam
Tapi anak-anak rilex je kan
Lagi-lagi anak lelaki tul tak?
Anak saya pun sama hehe

Dah lama anak-anak berusaha
Dah penat mak-mak suruh anak study kan
Haha tapi tak tau la sape yang nak exam ni?
Mak ke anak?

Tiap kali anta anak ke sekolah, memang risau.
Boleh ke dia jawab exam hari ni?
Susah ke tak soalan?

Sambil anak-anak jawab exam, ibu boleh amalkan zikir.
Tenangkan hati ibu, tenang hati anak,ye dak?



Bolehlah sama-sama amalkan zikir ni.
Lagi bagus kalau ibu solat dhuha pada waktu dhuha, moga 
diberikan rezeki ilmu kepada anak-anak.

Selain itu, boleh juga amalkan ini.




Semoga anak-anak kita dapat menjawab exam dengan tenang dan 
mendapat keputusan yang cemrlang..amin.






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608

Friday, 13 January 2017

Jom Belajar Preposition


Preposition..apa tu? Untuk anak kecil mungkin belum tahu. Tapi anak tahu bila kita sebut ON, IN, Under dan sebagainya. Saya pun mula mencari cara yang paling mudah nak perkenalkan preposition untuk anak. Ni pun idea dari cik google. Tapi dah lupa daripada blog mana saya ceduk idea ni.






Saya guna je apa yang ada kat rumah. Kalo boleh barang yang anak suka. Kali ni saya guna spiderman dan cup kosong je. So letak la spiderman tu mengikut preposition yang kita nak.



Pastu bolehla suruh dia letak sendiri plak spiderman tu bila kita sebut. Ulang dan ulang sampai dia ingat. Kalo dah ok boleh juga buat latihan macam kat bawah ni ye. Masa ni umur Rayyan 6 tahun. 





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


Wednesday, 4 January 2017

Supplemen untuk kanak-kanak, perlukah?

Anak anda perlukan supplemen? Korang rasa ? Kalo anak takde masalah untuk makan makanan yang kaya dengan nutrien, maybe takyah la bagi supplemen. Tapi, ye la zaman sekarang ni kan , ada lagi ke ibu bapa yang tak pernah berikan anak mereka makan makanan segera? Agak mustahil, bukan ?

Bijirin penuh, buah-buahan dan syur-sayuran - tiga jenis makanan ini perlu diambil oleh anak setiap hari. Tapi , takde la semua ibu bapa dapat mematuhi gaya pemakanan sihat ini kan. Saya sendiri pun takde la setiap hari patuh pun haha.  Sama ada kita sedar atau tidak,gaya hidup pada zaman kini cukup berbeza dengan zaman dahulu. Kanak-kanak kini terdedah kepada pelbagai jenis makanan terutama makanan ringan dan makanan segera. Banyak sangat pengaruh iklan pun satu hal kan. Walaupun ada ibu yang memasak di rumah, tapi mereka masih tidak lari daripada memilih bahan-bahan segera kan, macam makanan di dalam tin, pek segera atau macam-macam lagi lah makanan yang diawet. Erm...sudahnya penyediaan makanan untuk kanak-kanak sekarang ni agak rumit dan mencabar. Jadi, ramai ibu bapa pada masa kini memilih untuk mengambil suplemen kesihatan untuk kanak-kanak dengan harapan anak mereka mendapat zat dan nutrisi yang penting untuk perkembangan kanak-kanak.

Anak-anak saya pun amalkan suplemen. Diaorang amalkan Shaklee. Chewable Vita C dan Chewable Vitalea. Chewable Vita C untuk bekalan vitamin C diaorang. Vitalea tu plak multivitamin. Semua ni boleh kunyah-kunyah je. 




Tapi terpulangla pada korang..nak bagi anak-anak suplemen atau tak. Sebab kita je yang kenal anak kita kan, tak gitu ? 


Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608



Friday, 30 December 2016

Cara Mudah Tampal Lencana Sekolah




Minggu ni mesti ramai ibu duk fikir cara nak tampal lencana sekolah anak-anak kan?
Nak jahit ke? Nak gam ke?
Saya pun salah sorang mak-mak yang anak baru nak masuk skolah tahun 1 ni.
Maklumlah first time ni nak tampal lencana.

Alkisahnya malas nak jahit kihkih.
Tak leh sabarlah sebenarnya kalo nak jahit part kecik-kecik ni.
Memang pun , saya malas tau, tak macam korang yang rajin menjahit tu hehe.
Nak upah orang jahit, tak tahu plak kat mana.

Hasil menggoogle, jumpalah idea ni dari Puan Akmar Laily. 
Mehla ikut step by step ye.

Bahan yang diperlukan:

* gam uhu
* kertas tabal/kotak/cardboard
*seterika
*kain kecil/tuala kecil



Langkah-langkah :

1) Sebelum start tu gosoklah dulu bahagian yang nak kita tampal tu ye.
Bagi tak berkedut.



2) Letakkan kertas keras dalam poket. Taknaklah nanti gam tu melekat kat bahagian dalam baju tu.



3) Sapukan gam uhu pada bahagian belakang lencana.



4) Letakkan pada bahagian mana nak tampal. 
Hati-hati ye bagi betul-betul center, nanti dah melekat pastu senget dah tak boleh bukak.



5) Tuala kecil basahkan terlebih dahulu. 
Tutup semua bahagian lencana tu dengan kain basah.
Gosok atas kain tu, akan ada asap sikit kuar ye sebab kain tu kan basah.
Jangan panik plak hehe




6) Angkat kain dan alihkan kertas keras tu. 
Dah siap la 



Dan ini lah hasilnya untuk anakanda.
Serius kejapje, dalam 3 minit dah siap untuk 1 baju.


Berapa lama tahan? Ntah, saya pun baru cuba ni.
Tapi daripada hasil google, tahan dalam 10 bulan kalo basuh ngan mesin basuh.
Kita tengoklah camna nanti.
Katanya, kalo tercabut sikit pun, letak semula gam kat tempat tercabut tu
dan gosok semula  berlapikkan kain basah.
Ok la semula.

Ok, sape-sape nak cuba tu bolehla.
Semoga bermanfaat untuk korang juga.




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608




Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015