Showing posts with label Mengaji. Show all posts
Showing posts with label Mengaji. Show all posts

Saturday, 12 March 2016

Seronoknya Mengaji dengan Muqaddam Bergambar






Muqaddam Bergambar menampilkan terjemahan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan tulisan Jawi serta dihiasi dengan gambar-gambar sebagai daya tarikan untuk anak-anak khususnya, agar bertambah minat mereka untuk membaca Al-Quran.

Ianya juga dapat memudahkan para pendidik, pembimbing serta ibu-bapa dalam mendidik anak-anak terhadap ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran. Ilustrasi yang terdapat dalam buku amat membantu bagi menarik minat pembaca memahaminya.

Mengapa nak guna Muqaddam Bergambar?

Kadang - kadang susah nak ajak anak belajar mengaji. Bosan katanya bila mengadap iqra'. Lagi best baca komik atau main game.

Kini anda tidak perlu rungsing lagi!

Cuba baca muqaddam bergambar bersama anak anda. Anak kecil suka kepada warna yang terang, dan gambar yang comel. Anda baca muqaaddam sambil dilihatkan kepada anak. Pasti anak tak sabar utk membaca muqaddam dengan lancar!

Muqaddam bergambar ini mengandungi 30 surah juz amma. 

Mulakan dengan membaca muqaddam bersama anak anda. 

Ini akan mencetuskan rasa di dalam diri anak utk belajar asas iqra'.

Bila anak nampak, kalau cepat belajar iqra', boleh lah baca muqaddam bergambar. Anak pasti akan berusaha bersungguh- sungguh belajar iqra'!









Jadikan muqaddam bergambar sebagai motivasi utk anak anda belajar mengaji :) 
Mengaji kini bukan lagi perkara yang memberi tekanan. 
Kini ia pasti menjadi aktiviti yang di tunggu-tunggu :)




Harga : RM15.00
Exclude postage




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608







Sunday, 17 January 2016

Ini Caranya Anak Lelaki Mengaji



Malam ni just nak share ragam anak kecil saya. Ilan Waizz is 2y. 
Sangatla tak boleh duk diam. Bila dipanggil mengaji comfirm la tak datang. 

Malam ni mama cuba lagi..........

Mama : Adik, jom kita mengaji

No respon !

Mama : Tobot..sape nama Tobot..meh mengaji..
Terus adik duduk kat kerusi

Mama Tobot : Tobot, ni 'da' 'da'  (sambil mama tunjuk AlFurqan)
Tobot : 'da' 'da'  (sambil bermain Tobot)

Waahh...camni rupanya cara anak lelaki saya nak belajar. Memang ragam anak lelaki ni macam2. Si abang agak mudah untuk diajar, tak banyak karenah. 

Tapi adik tak lama pun nak ikut mengaji. Sekejap je dia terus ambik pensel dan conteng AlFurqan. 



Adik : Mama...ni satu  (sambil tulis satu)
Mama : "ermmm,,,tau plak dia ni tulis satu"

Oh ya....kepada yang mencari buku yang paling mudah untuk ajar anak mengaji, bolehla cuba Al Furqan. Buku ni menggunakan kaedah fonetik. Sangat senang untuk anak2 kecil.






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608






Friday, 27 March 2015

Ilan Waizz dan flash card Iqra'






Sekarang jam menunjukkan jam 1.16pagi. Malam-malam ni nak berceloteh pasal adik tecit si Ilan Waizz. Anak saya yang kecik ni sangat sukakan flash card alif ba ta. Gigit-gigit flash card ni pun dia suka. Alhamdulillah dia sangat peka bila saya sebut 'a','ba','ta' dan terus cari flash card yang saya tampal. 

Kat rumah saya ada buat Iqra' Board. Saya tampal kat deep freezer dan dinding. Kalo adik ke dapur dia akan nampak kat deep freezer, dan kalau kat ruang tamu dia akan nampak yang saya tampal kat dinding.








Boleh juga bermain game dengan anak-anak. Suruh anak-anak berlari sambil berlumba menyebut huruf alif ba ta. Tentu seronok !


Tahukah anda menampal flash card alif ba ta di dinding boleh membantu anak-anak belajar mengenal huruf dengan baik. Untuk membaca al-quran, anak-anak mesti mengenal huruf dahulu. Bila dah kenal, maka mudah lah untuk membaca al-quran nanti. 

Penggunaan flash card memang terbukti dapat memupuk minat anak-anak seawal bayi untuk mengenal huruf. Jom lihat testimoni dari ibu-ibu hebat ini :



Nak flash card macam ni ?







Harga : RM25.00
Exclude postage




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp 019.9425608 



Friday, 13 March 2015

Rayyan dengan iqra' at-taisir


Malam ni saya nak share cite Rayyan dengan Iqra' At-Taisir. Dia memang suka sangat dengan iqra' ni compared to iqra' yang biasa yang hitam putih tu. Kat tadika memang dia guna iqra' yang tu, tapi kat rumah saya ajar dia guna Iqra' At-Taisir. Actually silibusnya sama je, cuma yang ni lagi menarik sebab sangat colorful dan ada gambar sikit (Taisir 1). Mama pun lagi bersemangat nak ajar bila anak excited. 



Ni masa mula2 kenalkan Rayyan dengan Iqra' At-Taisir. Terus dia baca sampai page 7. Setiap page yang dia dah baca dia tampal sendiri sticker smiley yang colorful tu. Dan dia mintak mama bagi dia star kat setiap page.Apa2 je la anak, asalkan kamoo happy mengaji.




Haa yang ni plak dia dah masuk Taisir 2 (sama macam iqra' 2). Tiap kali dia mengaji dia suka tulis beberapa huruf yang dia rasa pelik dan mula bertanya macam2. Dia selalu tanya apa maksud huruf2 yang dia baca tu. Susahnya nak explain sebab memang gabungan huruf2 tu takde makna, cuma nak melatih dia menggabungkan huruf2 tu je. Dan soalan lain pun akan banyak menyusul yang biasanya memang tak logik haha.



Gambar ni plak yang nampak macam berjurus ni sebelum anakanda ke masjid nak solat jumaat. Sementara tunggu papa bersiap, dia abiskan 2 helai mengaji Iqra' At-Taisir.

Insyaallah dalam 2/3 hari ni saya target dia abiskan Taisir 2. Sepanjang cuti sekolah ni nak kena spent time lama lagi dengan dia. 

Nak tengok Iqra' At-Taisir ni macamana? Boleh ke link ni ye >>


Harga : RM19
Exclude postage


Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak?
 Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp 019.9425608 



Saturday, 28 February 2015

Iqra' At-Taisir





MEMBACA AL-QURAN DENGAN TEKNIK YANG BETUL: IQRA’ AT-TAISIR

Tiba2 anak saya rajin membaca quran...??? Kisah benar... Anak-anak saya yang berumur 3 & 6 tahun selalu mencari alasan bila nak ajar baca Iqra'.


Setiap hari paling banyak pun 1 muka surat dia baca, tapi bila saya bertemu buku Iqra' At-Taisir ini..hari pertama, tanpa dia sedar sampai 10 mukasurat dia baca....Kemudian hari-hari dia dah semakin rajin membaca tanpa disuruh....tak sabar tunggu waktu maghrib tiba...lepas solat terus nak baca... - Kaedah mudah membaca Al-Quran - 


Penuh dengan ilustrasi beserta gambar yang sangat menarik - Memudahkan anak2 mengingati huruf2 asas - Pengenalan Hukum2 Tajwid & Cara bacaan - Memudahkan dan membantu ibubapa untuk mengajar anak2 - 

Mengapa nak memiliki Buku IQRA AT TAISIR ?

Sebuah teknik pembelajaran Al-Quran yang masih mengekalkan tradisi dengan menekankan kemampuan membaca sehingga fasih bersama-sama dengan guru, tanpa memerlukan bantuan alat mengajar yang pelbagai.

Berbeza dengan iqra' lain yang digunakan dahulu di mana kandungan buku ini adalah lebih komprehensif dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar membaca setiap suku ayat dalam Al-Quran dengan tertib dan tartil.

Keistimewaan utama Iqra' At-Taisir ini yang utama adalah isi kandungannya yang menerapkan hukum tajwid bagi mendidik pelajar untuk membaca Al-Quran dengan bacaan yang betul. Penjelasan dan penyusunan yang mengikut format rasm uthmani, membantu pembelajaran supaya membiasakan diri apabila mula membaca al-Quran sebenar nanti.

Buku ini juga menggunakan elemen warna secara keseluruhan bagi memudahkan proses pemahaman, terutamanya kepada golongan kanak-kanak yang ingin belajar membaca Al-Quran dan amat sesuai untuk dijadikan bahan utama pembelajaran.

Bab 1:
Huruf hijaiyah tunggal berbaris di atas
Baris atas(bacaan panjang)
Penilaian

Bab 2:
Baris bawah (bacaan pendek)
Baris bawah (bacaan panjang)
Baris bawah ya bertanda sukun

Bab 3:
Baris depan(bacaan pendek)
Baris depan (bacaan panjang)
Baris depan(waw bertanda sukun)
Penilaian

Bab 4:
Tanwin di atas
Tanwin di bawah
Pengukuhan tanwin
Tanda sukun(mati)
Pengukuhan tanda sukun (mati)
Tanda syaddah(dengung)
Alif lam syamsiah
Alif lam Qamariah
Kalimah Allah
Hamzah wasal

Bab 5:
Hukum nun sakinah dan tanwin
Hukum mim sakinah
Idgham pelbagai
Hukum mad
Cara waqaf
















Harga : RM19
Exclude postage





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp  019.9425608 



Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015