Showing posts with label Rizq Rayyan. Show all posts
Showing posts with label Rizq Rayyan. Show all posts

Friday, 17 May 2019

Jom Buat Dorayaki Cadbury


Sape suka dorayaki angkat tangan hehe
Tak perlu susah-susah lagi nak beli kat kedai.
Jom buat sendiri dengan anak-anak.
Lebih kurang sama macam cara nak buat eskrem goreng.
Cuma dorayaki ni tak perlu bekukan sebelum goreng.

Hari tu pun ternampak post ni kat fb.
So kita tiru jugakla kan.
Lagi pun bahan-bahannya semua senang.
Tak mahal pun, cuma tak banyak sangat la dapat hehe.

Dua je bahan-bahannya pun:

1) Roti gardenia
2) Cadbury dairy milk- tak kisah kalo nak guna 
yang choc bar pun boleh then patahkan




Untuk 1 dorayaki, saya guna 3 je cadbury tu, nak jimat kan.
Nak letak 4 pun boleh.
Letak betul-betul kat tengah ye so nanti choc tak terkeluar.




Ok asssistant ni muka sedih memanjang haha




Pastu tekapkan 1 lagi roti bagi tutup choc tadi ye.
Then ambik gelas atau apa-apa la acuan yang korang ada,
tekapkan atas roti tadi jangan bagi terkeluar choc tu.
Pusing-pusing bagi putus ye




Haa nampak sedang beradu tenaga sape siap dulu


 






Taraa...dah siap
5 ketul sudahla nak.
Comelkan hehe




Pastu jom le goreng.
Make sure minyak betul-betul panas ye.
Goreng kejap je, bagi garing je.
Then angkat.




Pastu bolehla ngap.
Haa nampak tak choc nya sudah mencairkan diri..
Tu yang best tu..




Pastu bolehla berebut sama-sama ngan anak ye.




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


Saturday, 2 February 2019

Cucuk Saya- Air Tidak Keluar



Stab me...the water don't come out?

Haa ni eksperimen anakanda buat.
Ye la setiap hari duk ngadap cite Supersains je kan
Macam-macam la dia cuba

Jom tengok eksperimen ni plak

" Cucuk saya - air tidak keluar "





 Apa bahan yang diperlukan ?

> pensel yang tajam, tak tajam kompem tak tembus
> plastik untuk isi air, sederhana je la besar nye
> of course la perlukan air hehe


Caman nak buat?

1) Isi kan air dalam plastik , agak-agakla banyak mana ye. Jangan sampai melimpaj plak. Pastu ikat la pastik tu. Anak saya ni guna plastik ikea je sebab dah ada ziplock kan

2) Cucuk pensel ke plastik tu, dengan yakin ye haha




Haa...kuar tak airnya tu ?

Sepatutnya tak keluar la ye kalo pensel tu betul-betul tajam.


Haa...bagaimana ianya berlaku ?

Plastik ni adalah polimer sintetik, yang diperbuat melalui proses polimerasi dan bahan asalnya ialah etilena (sejenis gas yang terhasil daripada petroleum). Kebanyakan plastik diperbuat daripada polietilena. Apabila polietilena ini dipanaskan, molekul-molekulnya yang mengecut, jadi apabila anda mencucuk pensel menembusi beg polietilena ni, geseran antara pensel dan plastik memanaskan molekul polietilena dan menyebabkan molekul-molekulnya mengecut mengelilingi pensel itu. So...plastik tu pun tak boleh bocor, air pun tak boleh la keluar. 






Selamat mencuba kawan-kawan ❤






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608






Jom Buat Aiskrim Oreo


Hari ni jom kita basahkan tekak dengan eskrem
Banyak kali dah lalu kat wall fb, erm tak boleh jadi kena try la jugak kan
Senang sangat sebab guna je bahan-bahan yang ada kat rumah

Jom kita buat eskrem oreo 

Bahan-bahan :

> Biskut peket oreo. Dalam paket ni ada 3 keping oreo.
>Susu, tak kisah perisa apa, tapi kalo nak best yang plain je.
> Batang eskrem. Toksah la guna yang warna warni tu ye, kang turun plak kaler dia tu jadi perisa lain la eksrem 

Tu je?
Haa betul la sikit je bahannya 

Camna nak buat?

1) Peket biskut oreo tu tumbuk ngan lesung, tapi tak kisah la guna apa pun asalkan hancur ye hehe. Takyah la bukak lagi peket tu, kang abes plak berterabur.

2) Pastu gunting la peket tu kat atas. Haa kasik kembung sket huhu

3) Tuang susu dalam peket biskut tu. Ikut suka korang la nak banyak mana ye.

4) Pastu cucuk la batang eskrem tu tengah-tengah peket tu. Jangan la cucuk sampai ke bawah karang ko nak pegang camna plak.

5) Pastu step last kalo tak tahu jugak adoi tak jadi la eskremnye. Haa..masuk peti ais la bagi keras..Haa esok leh makan ye












Selamat mencuba u olls semua 




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608



Monday, 10 April 2017

Eksperimen Supersains Pisang



Siapa sini anak-anak suka bereksperimen?
Pening tak nak melayan?
Pening kan? 
Sebabnya ada saja bahan-bahan pelik yang diaorang mintak.

Rayyan ni memang hobi dia tengok segala cerita yang pasal sains & eksperimen.
Semua kat channel 610 tu.
Sudahnya macam-macam la dia nak tiru.
Suka sangat tengok Supersains, sampaikan mama pun dah hafal jalan cerita sekali.
Professor Comot la, ntah apa-apa tu pun dia suka sangat.

Ni eksperimen dia nak bagi pisang tu cepat masak.
Kebetulan pulak papa tebang pokok pisang tu, ada la hasilnya untuk makan dan bagi kat jiran-jiran.
Maka Rayyan pun mulalah kuarkan idea bernas dia.

Untuk bagi pisang tu cepat masak, kena masukkand dalam beg kertas.
Pastu masukkan 1 lg buah lain sebagai peneman.
Ethylene akan terhasil dalam paper bag tu, dan buah yang 1 lagi tu juga
akan lagi membantu lagi banyak ethylene terhasil
Rayyan pilih buah epal, sebab buah tu je pun yang ada dalam peti ais huu. 



Pastu kena tutuplah paper bag tu ye, jangan duk biar terbuka camtu.
Nanti terkeluar plak gas ethylene


Sepatutnya kena letak kat tempat gelap, dan paling bagus lagi letak atas peti ais.
Sebab peti ais ni bagi warm gitu kot. 

Tapi malangnya..eksperimen ni tak menjadi haha
Sebabnya budak ni tak sabar asyik duk buka je paperbag tu
Pastu buka lagi..buka lagi
Tak tutup plak tu
Sudahnya tak masak-masak
Yang tak masuk paperbag la plak cepat masak

Di mana silapnya?
Kita buat lagi lain kali kihkih






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608.



Sunday, 5 March 2017

Belajar Sempoa (Mental Arithmetik)


Sempoa? Apa tu ?
Ada ramai yang tak tau rupanya.
Ibu-ibu yang anak darjah 1 kena tahu la..sebab ni silbus math year 1.

Tak susah sebenarnya, cuma kena spent time sekejap dan belajar.
Try spent 10-15min, insyallah terus faham.
Yang penting cuba dulu.

Ramai yang bagitau saya tak tau nak ajar anak, tapi sebenarnya cubalah dulu.
Tak susah pun sebenarnya. 
Setakat darjah 1 tu takdenya advanced dia belajar, sekadar basic sangat2.

Macam Rayyan ni, dia memang dah biasa dengan mental arithmetik since umur 6 tahun.
Sebab saya download apps kat handset dan dia main.
Lagi laju dari mama dia main.
Kat playstore ada banyak tau apss ni.
Pilih je nak yang mana satu, pilih yang basic je untuk anak.

Alhamdulillah dia dah masuk darjah 1, dan dia takde masalah dengan mental arithmetik ni.
Saya search worksheet kat internet dan edit sikit supaya senang untuk dia.
Pastu fotostat je banyak-banyak lai.
Buat la cara camna pun tak kisah kan.
Ikut kreativiti masing-masing.






Selain tu, Rayyan juga refer buku Kipas Hikmat, Fuyooo Senangnya Matematik.
Ada page yang ajar tentang sempoa ni.
Macam pic kat bawah ni.








Kalo ada yang berminat dengan buku ni, bolehla contact saya ye.


Harga : RM25.00
Exclude postage



Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608




Friday, 24 February 2017

Percubaan Membuat Peta Minda



Peta minda? Takkan tak pernah dengar kot kan. Mind Map pernah? Mama pun dah lama tinggalkan peta minda ni. Bila anak dah sekolah baru la nak berjnak-jinak semula.

Tapi tak tahulah kalau darjah 1 ni dah boleh train dia buat peta minda ke tak. Cuba je la, kot-kot menjadi.  

Saya cuba untuk Unit 1 subjek Sains. Tajuknya kemahiran saintifik.
Sebab tengok macam ada jugakla yang Rayyan perlu hafal.
So mula-mula terangkan pada dia apa itu peta minda. 
Korang tau tak apa itu peta minda?

"Peta minda adalah satu lakaran grafik pemikiran individu"

Haa...tapi takyah la guna ayat skema kot terangkan kat anak, lukis je sikit2 bagi anak nampak general idea nya. Yang penting ikut kreativiti anak nak lukis camna pun asalkan dia faham. Kena tangan dia sendiri tau yang lukis. Tak aci guna komputer. 

So terhasillah ghupanye peta minda dia...hehe
Saya fotostat warna dan tampal 1 lagi kat dinding, 1 lagi simpan dalam fail.
Nanti nak exam kan senang , ye dak ?


Jom close up sikit bagi clear naaa...





So pasni bolehla cuba untuk anak-anak.
Slow2..lama-lama nanti bolehla 


Selamat melukis dan memeta minda u olls



Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608





Wednesday, 8 February 2017

Kisah Bento Rizq Rayyan


Alhamdulillah dah masuk bulan February. Maknanya dan masuk bulan ke-2 anakanda bersekolah darjah 1. So far semuanya ok...cuma bab cerewet makan tu masih tak ubah lagi. Setiap hari la nak kena bawa bekal, sama ada nasi atau ringan-ringan je cam roti. Asalkan bawa dan mama tau dia makan. 

Alkisahnya dah banyak juga gambar bento yang mama snap sebenarnya. Tapi nak wat camna, memory card dah rosak, abisla gambar tak dapat diselamatkan. 
Sedi..pilu..hiba semuanya ada.

So mana-mana pic yang masih berbaki tu ada la mama snap ni. 


Jemput-jemput malas je pun jadi haaa


Ni roti sosej, sebelum tido malam dah request

Balik sekolah dia bagitahu esoknya nak bawa nasi kapal terbang. 
Maka jenuhla mama pikir nasi kapal terbang tu apa.
Jadi la camni pun kira oraitla dan dia dah bukan main happy lagi haha



Yang ni plak balik sekolah dia bagitahu kawan dia bawak nasi Ironman.
Haa...sudah..
Tak sempat la mama nak mendeco nasi tu jadi Ironman ye nak
Maka terhasillah bento bertemakan Ironman
OK la tu kan ada air kotak Marvel jugak tu


Ni plak berbento dengan dorayaki la sangat kan haha
senget benget yang amat tu
Giler malu nak upload kahkah
Tapi takpela nanti korang termimpi plak dorayaki huduh ni


Yang ni simple je dia mintak hehe








Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608

Friday, 13 January 2017

Jom Belajar Preposition


Preposition..apa tu? Untuk anak kecil mungkin belum tahu. Tapi anak tahu bila kita sebut ON, IN, Under dan sebagainya. Saya pun mula mencari cara yang paling mudah nak perkenalkan preposition untuk anak. Ni pun idea dari cik google. Tapi dah lupa daripada blog mana saya ceduk idea ni.






Saya guna je apa yang ada kat rumah. Kalo boleh barang yang anak suka. Kali ni saya guna spiderman dan cup kosong je. So letak la spiderman tu mengikut preposition yang kita nak.



Pastu bolehla suruh dia letak sendiri plak spiderman tu bila kita sebut. Ulang dan ulang sampai dia ingat. Kalo dah ok boleh juga buat latihan macam kat bawah ni ye. Masa ni umur Rayyan 6 tahun. 





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


Nota Kasih Sayang Dalam Bekal Anak

Tahun 2017 dah bermula. Sesi sekolah pun bermula lah. Maka nya mak-mak bz lah nak sediakan makanan dan bekal untuk anak. Tahun ni juga anakanda Rayyan dah masuk darjah 1. Dah besar pun dia kan. But always be my baby (^_^)

Sebelum ni selalu lah duk tengok kat fb mak-mak sediakan bento. Tak minat pun sebenarnya nak buat. Sebab memang terkejar-kejar waktu pagi nak sediakan, dan nak deco bagai. Tapi bila anak dah sekolah, kesian la plak kalo tak sempat nak makan. Rayyan ni plak waktu rehat 2 kali sebab balik sekolah jam 3.30 petang. Biasanya sebelah petang dia tak nak makan nasi. Sebelah pagi mujurlah dia beli makanan berat kat kantin, so takdelah lapar sangat tengah hari. 

Saya biasakan sediakan bekal roti atau apa-apa yang simple je untuk tengah hari. Tapi ada juga dia tak makan sebab dia beli nasi kat kantin. Tapi odw balik sekolah dia akan makan bekal dia dalam kete. Walaupun simple, mama sediakan nota kasih sayang untuk dia. Anys simple sentence yang dia senang baca dan ingat. Tapi saya takdelah nak deco cam orang lain tu. Memang comfirm tak sempat.

1st daya saya buat, balik sekolah dia citer tentang nota cinta saya dan kawan-kawan dia pun baca. 
Hari kedua, dia mintak lagi bekal simple macam semalam. So mama yang malas ni sediakan jugak yang simple-simple tu. Jadi lah nama dia bekalsimplemalasmama ahaksss..









Masuk minggu ke-3 sekolah, dia mula minta 2 bekal untuk dibawa ke sekolah.
Jeng jeng jeng...
Sempatke mama ni ?
Owh tunggu saya update kemudian hehe


Walau apa pun, yang penting kasih sayang untuk anak-anak dan buat dia tahu kita ni sentiasa sayangkan dia. 

Selamat berbento u olls..


Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


Friday, 4 November 2016

Erm Hari-hari Mengeja



Eh..ni post tentang mengeja yang ke brape eh?
Ke-3 kot rasanya.
Banyak je draft tapi tak siap haha
Tu yang lupa terus mak.

Ni latihan simple-simple je kot.
Takde ayat sangat la.
Tengok gambo bawah ni.
Ni macam biasalah, gunting majalah lama mama.
Pastu tulisla tu gambo apa yang dia tampal tu.


Jom tengok yang bawah ni plak.
Haa..ni gile senang tau.
Tengok sekeliling dan tulis la apa yang anak nampak.
Jangan apa yang mama nampak, pandangan kita tak sama huhu.

eh dia eja duit..mata duitan jugak rupanya

Nampak tak buah mangga tu?
Tanya dia suka makan apa, dia lukis plak pokok.
Tiba-tiba.
Rupanya dia teka teki plak dah, ni pokok apa.
Pokok mangga hokey, sejak bila ntah dia suka makan mangga.


Ni plak saja santai-santai.
Test dia dengan "ng".
Maka mama mengarut la sebut perkataan ada "ng"
Eja jangan tak eja.



Erm harap mama semua dapatla seposen dua ye idea-idea untuk aktiviti mengeja bersama anak.
Yang penting ada usaha nak buat tau.
Jangan tengok je, habuk pun tarak.




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015