Thursday 18 February 2016

Aktiviti dengan Buku Read Easy


Dah ramai yang tahu pasal buku Read Easy Phonics kan. Ke ada lagi yang tak tahu ? Buku yang paling bagus tau untuk ajar anak membaca Bahasa Inggeris menggunakan kaedah phonics. Ada 8 buku kesemuanya dalam 1 set. 



Kali ni nak share aktiviti anak saya dengan buku Read Easy ni. Ye lah, tak boleh la membaca je. Kena la jugak buat aktiviti kan. Kadang-kadang aktiviti simple je pun, tapi excitednya memang lebih budak-budak ni. 

Saya cedok idea ni dari kawan kat fb sebenarnya hehe. 
Senangje caranya...
Potong kertas colorful ni kecik-kecik, pastu tulisla perkataan dan ayat yang ada dalam buku Read Easy. Pastu masukkan dalam bekas. Bagi anak randomly pick dan...read it loud ! Yeayyyy....
Betul..memang dia happy. So dia akan baca dan baca lagi.



Tengok dia bukan main excited kan hehe







Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608



Sejadah Comel Untuk Anak


Anak-anak dari kecil perlu dibiasakan dengan solat. Ada banyak caranya untuk ajar anak solat mengikut peringkat umur. Kalo betul caranya Insyaallah anak-anak akan ikut. 

Anak saya sendiri sekarang berumur 6 tahun dan 2 tahun. Agak susah bila diajak solat. Tapi....
Bila dapat sejadah comel ni, cepat je berebut nak bentangkan sejadah. 




Cantik tak ? Comel tak ?
Sesuai untuk anak-anak yang baru nak belajar solat.
Sangat berbaloi bagi kat anak-anak.
Tak rugi pun berbelanja sedikit untuk memberi perangsang dan menarik minat anak-anak untuk belajar solat.
Sangat colorful dan ada banyak corak untuk dipilih.
Boy or girl? Semua ada. 




Ciri-ciri sejadah comel :

* corak dan warna yang menarik
* kain lembut yang berkualiti
* saiz 85 cm x 50 cm
* ringan tetapi tidak mudah bergerak-gerak
*mudah dibawa ke mana-mana

Apabila dah besar sikit, dah faham erti solat, dah ok dengan bacaan dalam solat, bolehlah tukar kepada sejadah biasa.

Mohon wasap saya untuk design terkini ye.



Harga : RM55.00
Exclude postage





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608



Sunday 7 February 2016

Bantu Galak Minat Anak Belajar





Ibu bapa sering mengeluh apabila dilihat anak sangat suka bermain. Tidak minat pada buku. Tidak mahu belajar. Sukar pula untuk melihat anak ini minat untuk belajar. Telah menjadi satu trend anak-anak kecil seawal usia 3 tahun suda mula dihantar ke pelbagai kelas untuk anak belajar. Tidak jadi satu kesalahan untuk berbuat demikian tetapi sebagai ibu bapa, anda perlu lihat minat anak anda atau kecenderungannya kepada apa yang diminati. Anak-anak biasanya dilihat lebih suka bermain daripada belajar. Definisi anak suka belajar pula ialah jika dia minat dan boleh membaca. Adakah ini sesuatu yang tepat untuk menilai anak boleh membaca? 

Bagaimana anak kecil boleh membaca?

Anak boleh mencapai kebolehan untuk membaca pada usianya 3 tahun. Ianya boleh dicapai tetapi yang pasti formula yang perlu diikuti oleh ibu bapa ialah program perlu dilakukan secara konsisten. Pembangunan otak manusia berlaku bertahap-tahap dan perlu melalui proses yang merupakan satu fitrah, sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah.
Pembangunan anak bukan sekadar kebolehan membaca sahaja. Anak sebenarnya belajar apabila dia bermain. Anak anda boleh bersosial, boleh berkawan dengan muda. Membaca merupakan kebolehan yang ada pada manusia tetapi untuk mendapat kebolehan membaca, anak perlu melalui proses yang sepatutnya agar pancaindera utama untuk membaca iaitu mata, dibangunkan dengan tepat agar anak dapat membaca dengan lancar. 
Sekiranya anak tidak mau duduk diam untuk membaca tetapi amat suka untuk bermain, ada kemungkinan anak anda tidak melalui proses pembangunan yang sepatutnya yang menyebabkan dia tidak mahu membaca atau dilihat ibu bapa sebagai tidak minat untuk membaca. 
Ibu bapa yang mahu menghantar anak ke taska dan nurseri seharusnya melihat program bukan hanya fokus kepada program intelek sahaja tetapi program yang menyeluruh. Anak tidak belajar melalui satu cara sahaja dan anak seharusnya dibenarkan belajar pada tahap kemampuannya. Di usia pembangunan awal kanak-kanak, 85% pembelajaran berlaku secara tidak sedar dan 15% berlaku secara sedar. Taska atau tadika pilihan ibu bapa perlu mempunyai program yang menyeluruh yang akan membangunkan anak ke arah kecermelangan. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. 

Rujukan : Pa&Ma Februari 2011







Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608




Membaca Bersama Si Kecil




Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah kelebihan jika membaca untuk bayi anda, sedangkan mereka langsung tidak memahami apa yang anda buat. Membaca atau bercerita kepada mereka sejak mereka bayi adalah salah satu aktiviti yang boleh merapatkan hubungan antara anda dan bayi selain ia sebagai salah satu bentuk rangsangan yang penting untuk tumbesaran mereka. 

Antara kelebihan membaca dan bercerita bersama bayi dan anak anda ialah :

1) Mengajar bayi tentang komiunikasi
2) Memperkenalkan anak anda kepada huruf, nombor, warna, dan bentuk dalam cara yang menyeronokkan
3) Membina kemahiran mendengar, menguatkan memori mereka dan juga mengasah perbendaharaan kata mereka sejak kecil
4) Memberi gambaran kepada si kecil tentang dunia di sekeliling mereka

Bila dan bagaimana?

Bayi yang berumur empat hingga enam bulan, mungkin sudah mula menunjukkan minat mereka terhadap buku. Mereka memegang, masukkan dalam mulut dan bermain dengan buku. Seawal umur mereka enam bulan hingga 12 bulan, mereka mula mengenali objek daripada gambar, warna dan bentuk yang ada dalam buku. Terbukti ia dapat merangsang minda anak anda dengan baik. Tidak perlu kemahiran dan peralatan khas untuk membaca, hanya anda, bayi dan juga buku. Bacakan mereka setiap hari ketika waktu rehat mereka atau malam pasti ia sesuatu uang mereka tunggu-tunggu. Siapa tahu ini juga dapat membantu mereka tidur dengan nyenyak selepas anda membacakan buku cerita. 

Tip mudah untuk anda mula membaca bersama si kecil :

1) Letakkan si kecil di riba anda supaya mereka berasa selamat, selesa dan sentiasa berada dekat dengan anda
2) Membaca dengan penuh ekspresi, tukarkan suara tinggi atau renda atau gunakan suara yang berbeza-beza untuk watak yang berbeza
3) Nyanyikan lagu kanak-kanak, buat suara haiwan yang comel atau geletek dan peluk mereka setelah habis membaca tentu buat si kecil anda terhibur
4) Apabila mereka mula membesar, berinteraksi bersama mereka dengan  mengajar mereka menyentuh objek-objek yang ada dalam buku tersebut
5) Si kecil anda suka dan biasanya belajar daripada benda yang berulang. Oleh itu tak perlu risau untuk membaca buku yang sama setiap hari kerana mereka sukakannya.





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608




Wednesday 3 February 2016

5 Tips Kejayaan Ibu Ajar Anak Membaca





Kunci utama kejayaan ibu bapa mengajar anak di rumah di antaranya ialah dengan belajar melalui bermain. Bagi kanak-kanak mereka belajar dengan bermain. Dengan sedikit perancangan kita dapat menjadikan sesi bermain itu sebagai sesi belajar tanpa disedari.
Berikut adalah beberapa panduan yang harus diamalkan oleh ibu bapa, selain bermain, untuk mendapatkan hasil terbaik apabila mengajar anak di rumah.

1. Singkatkan Masa Belajar
Berapa lama anak kecil anda boleh duduk diam belajar? 5 minit? 3 minit? 1 minit? Anda lebih kenal anak anda. Bagi kami sesi belajar mestilah singkat. Bagi kanak-kanak perempuan 5 minit sudah cukup baik, dan bagi kanak-kanak lelaki yang berusia 4-5 tahun, 2 minit sudah cukup lama. Jadi sesi belajar anak anda mestilah 2-5 minit sahaja. Bahkan kajian yang dibuat telah menunjukkan bahawa kanak-kanak tadika hanya dapat memberikan tumpuan pada satu-satu masa hanya 15 minit sahaja. Oleh itu singkatkan masa anda untuk pembelajaran yang berkesan. Jika anda ingin melanjutkan sesi belajar, jadikanlah sesi tersebut sebagai sesi bermain.
2. Berhenti Sebelum Mereka Jemu
Belajar membaca bagi kanak-kanak kecil memang tidak menyeronokkan kecuali anda menjadikan sesi tersebut menyeronokkan melalui bermain dan santai. Oleh itu pastikan anda berhenti mengajar membaca atau aktiviti belajar sebelum mereka jemu. Oleh itu anda perlu tahu tanda-tanda mereka sudah jemu seperti mereka sudah tidak mahu lagi mengikut atau melihat apa yang anda tunjuk, telah bercakap hal-hal lain, mula menunjukkan ke arah lampu, kipas, mainan dan telah mula memberi alasan sakit pinggang dan sebagainya. Berhenti sebelum semua tanda-tanda itu muncul supaya mereka dapat merasakan bahawa sesi belajar itu santai dan tidak memaksa. Berhenti belajar pada masa mereka masih dalam mood belajar memudahkan anda memulakan sesi belajar yang baru nanti.
3. Kerap
Berdasarkan pengalaman Puan Nik Rokiah yang mengajar anaknya Siti Sarah Aqilah membaca, beliau mengajar anaknya 3-4 kali sehari. Bagi kanak-kanak kecil, mereka cepat lupa. Apatah lagi sekiranya perkara yang mereka belajar ini tidak bermakna dalam hidup mereka kerana huruf-huruf ini tidak sama dengan mainan-mainan yang mereka suka. Oleh itu lebih kerap anda duduk bermain dan mengajar mereka lebih baik untuk ingatan mereka. Pilihlah masa yang sesuai seperti selepas mandi, selepas makan, selepas rancangan TV atau sebelum tidur untuk mengingatkan mereka mengenai bunyi yang di ajar, teknik asosiasi yang dibuat dan menunjukkan kad-kad yang berkaitan.
4. Beri Galakan Dan Pujian
kanak-kanak sangat senang memberikan kerjasama sekiranya kita pandai menggalakkan mereka melalui hadiah, pujian, atau dorongan melalui apa yang mereka minat. Saya pernah mengajar anak seorang usahawan emas di Kota Bharu yang memiliki lebih daripada 8 buah kedai emas, bagi anak beliau hadiah berupa tudung botol sudah cukup untuk menggembirakannya dan mendorongnya belajar. Ada satu kumpulan lagi yang terdiri daripada kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun juga pernah saya ajar melalui bermain lumba kereta dan menjadikan kereta coklat sebagai hadiah. Hasilnya mereka bukan sahaja bersungguh-sungguh membaca bahkan berebut-rebut untuk membaca dulu. Bagi sesetengah kanak-kanak pula kuih lapis pun boleh menjadi pendorong belajar. Kadang-kadang apa yang diperlukan oleh kanak-kanak itu sekadar pujian dan galakan. Walaupun baru menyebut bunyi /a/, pujilah mereka dengan mengatakan: “Wah, pandainya anak abah”, “Hebat betul sebut /a/. Baru sebut sekali dah pandai”,.apa yang berlaku ialah sel-sel neuron anak di dalam otak akan menjadi aktif yang menyebabkan maklumat yang di ajar senang diingati dan menjadi kekal, insyaAllah.
5. Keep Cool
Barangkali inilah yang menjadi cabaran utama ibu bapa yang mengajar anak di rumah. Sesi belajar akan jadi lebih berkesan jika ibu bapa dapat 'cool' atau tenang. Dengan karenah anak yang pelbagai, mengekalkan tahap kesabaran dan ketenangan yang tinggi memang mencabar. Seperti kata Puan Nurul tadi, mana boleh nak marah-marah, garang-garang... nanti lari pulak.

Oleh sebab itulah kami menyarankan supaya sesi belajar mestilah singkat, ngam-ngam ngan tahap sabar kita. Pastikan nada bahasa kita juga 'cool' kerana anak-anak mudah mengecam nada marah dan tidak sabar ibu bapa semasa mengajar. Keadaan belajar dalam keadaan tertekan dan tidak tenang tidak akan membuatkan sesi belajar bermakna dan berkesan. Cuba jadikan sesi belajar sebagai sesi bermain kerana lebih menyeronokkan dan menyenangkan. Elakkan marah-marah, paksa-paksa apatah lagi jika ugut, cubit, ketuk kepala dan sebagainya... Kambing pun cbut lari.
Kesimpulannya, sesi mengajar yang mengikut fitrah kanak-kanak itulah yang paling berkesan untuk anak anda rajin membaca.

Artikel ini dipetik daripada buku “ Ajar Anak Kecil Membaca Awal” yang ditulis oleh Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad Terbitan ReadNetwork.




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida
 Call/wa/telegram 019.9425608.

Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015