Showing posts with label Reward. Show all posts
Showing posts with label Reward. Show all posts

Tuesday, 22 December 2015

School holiday reward chart


Bila tiba cuti sekolah mama la yang paling pening nak pikir aktiviti anak. Tapi anak la yang paling happy dapat cuti. Nak suruh buat sesuatu pun bukan senang kan anak-anak ni.

Google punya google dapatlah idea ni. Reward chart sempena cuti sekolah. Tengok orang lain buat bukan main cantik. Tapi nak buat sendiri memang tak reti. Erm kita edit je la mana yang ada haha. Nak buat dalam 1 sheet je pun tak reti. Maka terhasil lah yang banyak2 page ni. Ok la dari takde kan.

Banyak jugakla kategori yang mama buat. English, BM, reading, math, Iqra' dan jam. Tiap kali pas belajar bolehla tampal sticker. Tapi bila dikira jenuh jugakla kalo nak tunggu penuh tu. Tapi takpela, buat sikit-sikit. Tak complete semua pun takpe. 

Mama janji kalo dapat penuhkan ni baru dapat beg sekolah Tobot. Erm tapi sebenarnya mama dah siap2 beli pun beg sekolah tu cuma simpan je dulu. Kalo tak complete pun chart ni dapat jugakla nanti beg baru. Cuma tak boleh la bagitau awal2 kan.

So kalo ada sesiapa yang cedok idea ni bolehla. Template sila google sendiri ye, pastu edit je. 


Ni plak reward chart kalo baca buku cerita setiap hari. Memang tak la kalo baca setiap ari tu kan (^_^)







Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608








Tuesday, 28 April 2015

Jom kenal nombor sayang




Ada ibu-ibu yang merungut anak masih belum kenal nombor. Sama la dulu pun saya risau bila anak selalu tertukar nombor. Especially nombor 5-10. Macam-macamla aktiviti yang mama nak kena buat nak bagi dia biasa dengan nombor.


Ni salah satu aktiviti yang saya buat untuk Rayyan supaya kenal nombor. Saya print banyak2 nombor dan gunting. Pastu suruh dia tampal mengikut bahagian nombor yang ditetapkan. Bila dah siap mama bagi reward STAR kat dia..yeayy...

Aktiviti lain yang boleh kita buat dengan anak-anak :







Apa pun aktiviti yang kita buat dengan anak, make sure anak happy dengan aktiviti tu dan bukan buat dengan terpaksa.





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp  019.9425608 





Saturday, 28 February 2015

Latih anak dengan Star Reward


Hari ni saya just nak share reward untuk Rayyan kalau dia boleh buat sesuatu. Sebenarnya simple sangat benda ni. Just nak galakkan anak buat sesuatu yang kita suruh, jadi dia akan berusaha buat sebab nak kumpul star yang colorful tu banyak-banyak.


Contoh gambar ni masa saya ajar dia math. Sangat simple, tapi dia memang tak nak fokus. Tapi bila dah siap 1 helai, saya tampal star, dia terus bersemangat nak buat lagi.


Gambar ni plak kalau dia dapat membaca poster tu tanpa error. Kalo ada salah, saya takkan tampal. Bila betul2 lancar tanpa ada salah, baru saya bagi star, tapi color tu dia yang pilih huhu.Kadang2 nak pilih color pun lama, time dia buat mengada-ngada ahaks


Tapi kalau dia terlebih rajin, dia akan buat semua sekali sekaligus haha. Rajin dia membaca, pastu menulis plak. So mama bagi dia tengok YouTube,sebab tak selalu mama bagi dia online. So dia boleh request nak tengok apa. Gambar tu, dia request nak tengok Ben10. So mama tunggulah dia mereka cerita pasal Ben10. Sudahnya esoknya dia ajak gi beli jam Ben10. Reward ni macam mama kena kuarkan duit plak lepas tu huahua oh anak.


Haaa yang ni yang latest. Yang bestnya dia sendiri yang tampal sticker smiley tu pastu siap suruh mama lukis bintang ikut berapa bilangan yang dia nak. Takpela nak, asalkan kamoo rajin nak baca iqra' at-taisir tu.

Ermm...pasni nak bagi reward apa lagi ye? Nak kena cari Mr Google bagi kreatip sikit mama ni.

Okla,,anyway kalau ada yang berminat dengan produk kanak2, bolehla contact saya ye. Tapi star tu saya tak jual ye hehe.



Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp  019.9425608 





Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015