Showing posts with label Mengira. Show all posts
Showing posts with label Mengira. Show all posts

Friday, 15 February 2019

Teknik TAMBAH & TOLAK anaksayabijak



Hari ni jom kita belajar matematik plak ye.
Yang ni sesuai dari darjah 1.
Bezanya cuma darjah 1 mula dengan puluh, darjah 2 dengan ratus, dan seterusnya la.

Selalu anak-anak kita kan confuse mana nak tolak mana nak tambah kalo operasinya ada kosong kat tengah-tengah tu.

Ni cara saya ajar anak saya since dia darjah 1 lagi.
Sekarang darjah 3 dah.
So gambar kat bawah ni untuk darjah 3 ye.




TAMBAH

________ + 1251 = 3000

Mula-mula sekali kena ingat, operasi tambah guna KKB 
(kecik kecik besar)
Yela..benda kecik kecik bila tambah mestila jadi besar, sebab tu besar duk belakang skali tu hehe
Camtu je anak saya ingat.

________ + 1251 = 3000
                                        K              K          B

 > tengok tempat kosong bertanda apa? K kan?
so K maksudnya tolaK
So next step kena tolak la 2 nombor tu.
Jadinya 3000-1251 = 1013


TOLAK

2113 - ________  = 1100

Mula-mula sekali kena ingat, operasi tolak guna BKK
(besar kecik kecik)
Yela..orang besar baru boleh tolak orang kecik kan baru la jatuh hehe..sebab tu orang besar yang duk depan tu sebab ready nak tolak orang kurus

2113 - ________  = 1100
                                      B              K            K

 > tengok tempat kosong bertanda apa? K kan?
so K maksudnya tolaK
So next step kena tolak la 2 nombor tu.
Jadinya 2113-1100 = 1749


jom tengok satu lagi contoh ye


________ - 2492 = 2900

So siap-siapla tulis BKK

______ - 2492 = 2900
                                         B           K         K

 > tengok tempat kosong bertanda apa? B kan?
so B maksudnya tamBah
So next step kena tambah la 2 nombor tu.
Jadinya 2492+2900= 5392


haaa...ada faham dok?
hehe try la lagi untuk some questions untuk lebih faham ye.
Senang nanti nak ajar anak-anak.













Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608



Friday, 17 November 2017

Aktiviti Mengenal Nombor 5 dan 6


Salam Jumaat semua.
Ye la, jumaat je la mama leh update blog kan 😂
sebab hari cuti. 

Kali ni nak share aktiviti untuk mengenal nombor 5 dan 6
Umur berapa?
Tak kisahlah..kalo ank korang umur 4 tahun, jadilah aktiviti untuk 4 tahun
Kalo 5 tu jadilah 5 tahun
Takkan tu pun nak kena ajar kot 😇😇

Haa? Nombor 5 dan 6 je?
Ni pun lagi satu..
Suka hati korang la nak bagi anak kenal nombor berapa
Pandai2 la tukar sendiri kihkih

Aktiviti ni simple je.
Guna je sticker yang korang ada kat rumah tu.
Kalau takde tu tulis je la kat kertas then gunting ye.

Haa cam gini rupa dia sebelum kita start 👇



Alahai senang sangat, suruh la anak pilih yang mana nombor 5 dan 6.
Pastu tampal la ikut bahagian page yang ada tulis nombor tu.


Memang nampak simple, tapi tu haa nampak tak kesungguhan dia haha
Susah juga nak ambik sticker tu rupanya 


Maka terhasillah macam ni
Sampai terkoyak tu dia kerjakan



Ni tengok aktiviti ke 2 plak

Ni guna spinner.
Kalo takde gi beli kat pasar malam tu ha rm5 je 😍

Camni rupa dia ye sebelum bermula.
Tak tahula nape jadi cenggitu dikerjakan spinner tu oleh abang dia.


Camana nak main?
Suruh anak pusing spinner tu, berhenti kat nombor mana..
pastu suruh dia sebut kuat-kuat..yeay...pandai
bagi la pujian sikit ye 👯



Nampak tak sabar menanti tu spinner berhenti


Ada lagi aktiviti?
Ada...ada...anak lelaki kan memang suka main

Kali ni guna parking lot plak
Perlukan beberapa buah kereta mainan
Atas tu tulis siap2 nombor 5 & 6 ye
Pastu buat parking lot

Camni haa
cantik tak parking lot ni 😁😁


Pastu suruh la anak parking kereta tu ikut nombor atas kereta dan nombor parking.
Hak ni susah sket la nak berhenti..
Sampai ke sudah la dia duk main benda alah ni 


Kalo free boleh la korang try jugak.
Idea simple je ni pun.
Nanti ada aktiviti lain i share lagi ye.




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608




Tuesday, 9 June 2015

Simple Math activity for Rayyan


Cuti sekolah ni saya banyak ajar Rayyan simple Math. Buka sekolah nanti masuk semester 2 tadika dia akan ajar operasi tambah & tolak. So better perkenalkan dia dulu dengan operasi2 ni. Penat jugakla mama nak cari simple activity yang menarik minat dia untuk belajar addition ni. Puas meng-google. 



Learning simple addition using Lego





Learning simple addition using hanger and cloth pegs





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp 019.9425608 




Tuesday, 28 April 2015

Jom kenal nombor sayang




Ada ibu-ibu yang merungut anak masih belum kenal nombor. Sama la dulu pun saya risau bila anak selalu tertukar nombor. Especially nombor 5-10. Macam-macamla aktiviti yang mama nak kena buat nak bagi dia biasa dengan nombor.


Ni salah satu aktiviti yang saya buat untuk Rayyan supaya kenal nombor. Saya print banyak2 nombor dan gunting. Pastu suruh dia tampal mengikut bahagian nombor yang ditetapkan. Bila dah siap mama bagi reward STAR kat dia..yeayy...

Aktiviti lain yang boleh kita buat dengan anak-anak :







Apa pun aktiviti yang kita buat dengan anak, make sure anak happy dengan aktiviti tu dan bukan buat dengan terpaksa.





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp  019.9425608 





Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015