Showing posts with label Mengeja. Show all posts
Showing posts with label Mengeja. Show all posts

Tuesday, 27 November 2018

Aktiviti Pengukuhan Mengeja sambil Menulis


Lama tak update aktiviti anak-anak kat sini.
Tak sempat sangat-sangat, especially aktiviti si adik ni.
Dulu time abang dia kecik banyak masa nak share aktiviti.

Ilan sekarang dalam proses belajar membaca.
Tapi saya galakkan dia menulis juga.

Parents kena kreatif fikirkan aktiviti mengeja dan menulis anak-anak ye.
Macam-macam la boleh buat untuk tarik perhatian anak-anak.

Si adik ni payah sikit nak fokus.
Nak menulis pun macam-macam alasan.
Dapat menulis beberapa words dalam 1 sesi pun dah ok.

Since sekarang ni cuti sekolah, 
kena ada aktiviti pengukuhan la sebelum naik tahun baru kan.

Saya dah plan untuk ajak dan pujuk Ilan menulis setiap malam.
Setakat 2 hari ni berjaya lagi la hehe.

Jom tengok apa yang dia tulis.


Ni warming up je dulu ni..
bagi dia yang senang-senang dulu


Bila nampak dah mula ke lain tu, 
cuba buat cara lain pula.

Saya tanya dia nak lukis tak.
Nak lukis apa? Biar dia pilih.
Haa dia nak lukis abang dia.
So dah lukis tu bolehla label dan kita sebut, dia tulis.
Dengan bantuan tau..kang stress anak tu .


2nd nite dia lukis bunga plak.
Agak susah skit sebab ada 'nga'
tapi dengan bantuan boleh dia buat.




Ni plak dia tulis apa yang dia baca.
Menggunakan kad imbas bacalah sayang.
Big size kad ni.
Detail ada kat sini Kad Imbas Cepat Membaca

So ibu-ibu jangan putus asa ajar anak-anak di rumah ye.
Insyaallah usaha tu yang penting.

Ok lah nanti saya share lagi ye.☺




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp 019.9425608 





Friday, 4 November 2016

Erm Hari-hari Mengeja



Eh..ni post tentang mengeja yang ke brape eh?
Ke-3 kot rasanya.
Banyak je draft tapi tak siap haha
Tu yang lupa terus mak.

Ni latihan simple-simple je kot.
Takde ayat sangat la.
Tengok gambo bawah ni.
Ni macam biasalah, gunting majalah lama mama.
Pastu tulisla tu gambo apa yang dia tampal tu.


Jom tengok yang bawah ni plak.
Haa..ni gile senang tau.
Tengok sekeliling dan tulis la apa yang anak nampak.
Jangan apa yang mama nampak, pandangan kita tak sama huhu.

eh dia eja duit..mata duitan jugak rupanya

Nampak tak buah mangga tu?
Tanya dia suka makan apa, dia lukis plak pokok.
Tiba-tiba.
Rupanya dia teka teki plak dah, ni pokok apa.
Pokok mangga hokey, sejak bila ntah dia suka makan mangga.


Ni plak saja santai-santai.
Test dia dengan "ng".
Maka mama mengarut la sebut perkataan ada "ng"
Eja jangan tak eja.



Erm harap mama semua dapatla seposen dua ye idea-idea untuk aktiviti mengeja bersama anak.
Yang penting ada usaha nak buat tau.
Jangan tengok je, habuk pun tarak.




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


Berlatih M.E.N.G.E.J.A jom !


Salam semua
Kali ni nak sambung lagi sharing tentang latihan mengeja

Sebenarnya macam-macam aktiviti kita boleh buat untuk latihan mengeja ni
Cuma mama kena kreatif ye

Contoh gambo kat bawah ni, saya suruh Rayyan pilih picture yang dia nak
Dia gunting gambo yang dia nak dari majalah lama
Pastu suruh dia tampal dan tenung gambo tu lama-lama ye
Suruh dia keluarkan apa yang dia nampak dalam gambo tu
Maka keluarla banyak perkataan yang dia dapat eja
Kan dah siap latihan mengeja dia
Yeahhh 



Yang kat bawah ni plak, lebih kurang jugakla.
Dia gunting sendiri gambo yang dia minat.
Ntah napa la dia minat gambo susu tu kan.
Suka hati la nak.
Kali ni saya suruh dia buat beberapa ayat describe tentang gambo.
Cukupla dalam 3 ayat ye.
Jangan suruh dia buat karangan cam UPSR tu plak.
Matilanak. Tiba-tiba.

eh apa kaitan dengan susu mama basi tu ?

Yang bawah ni plak dia nak cerita tentang superhero pujaan hati dia.
Erm ambikla komik Boboiboy dia yang baru beli siang nya tu. 
Maka berusahalah dia tulis watak-watak Boboiboy yang dia tahu, 
yang mama pun tak tahu apa pun sebenarnya. 



Sekian la perkongsian tentang latihan mengeja kali ni.
Nanti kita sharing lagi ye.
Jangan lupa mengeja rajin-rajin ye adik-adik semua.
Bye bye ta ta. 



Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608

Wednesday, 2 November 2016

Latihan Mengeja Simple


Halluuu..
Ada orang tak  ni?

Ni nak tanya.
Ramai ke anak-anak yang suka mengeja kat sini?
Kadang-kadang jenuh jugak kan nak fikir bagi anak-anak ni menulis dan mengeja.
Mak pulak yang susah-susah nak fikir untuk anak kan, anaknya rileks je. 

Kali ni nak share latihan mengeja secara santai. 
Sangatla santai sambil makan kacang pun boleh siap tau. 
Makan-makan jugak tangan kena bergerak ye dik.

Nampak Rayyan macam tak tau nak buat apa tu, saya ambil buku tulis jalur2 belang2
macam jalur gemilang ni kan. 
Saya mintak dia tulis beberapa perkataan untuk saya.
Dia pun tak perasan yang mama suruh dia buat ejaan sebenarnya. 
Wink wink.

Dan dia pun tulisla, dengan tulisan yang memang serius tak cantik tu.
Sampai la ke bawah dia tulis pastu dia tanya nak buat apa tulis ni semua mama?
Huahua...maka misi mama pun tercapai la sebenarnya.
Dia pun dah belajar mengeja beberapa perkataan dengan betul.




Ada banyak lagi sebenarnya latihan ejaan dia. 
Tapi tu la , time nak ni memang tak jumpa la mana ntah picture yang berharga tu berada.
Nanti dah ada kita share lagi la ye.

Buat masa sekarang korang pikirlah dulu malam ni nak buat latihan mengeja
apa dengan anak-anak k.

Takde idea? 
Ala, suruh je eja nama kawan-kawan kat sekolah ke,
eja nama adik beradik ke, apa-apa je lah yang diaorang minat. 

Yang penting..
Bonding time kita dengan anak tu kena ada ye.

Ok byebye 
Ca ci cau




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015