Wednesday 18 November 2015

Aktiviti melatih anak menulis


Lately saya banyak mencari kat cik Google tentang kaedah nak rajinkan anak menulis. Maklumlah anak2 yang pandai membaca tak semestinya pandai menulis tau. Sama macam anak saya. Walaupun Rayyan dah abis lama buku Bacalah Anakku, tapi dia sangat lambat dalam mengeja dan menulis. Nak suruh menulis punyalah malas dia ni. 

Risau sebenarnya dengan dia. Walaupun baru 5 tahun, tapi kalau tak dilatih dari sekarang, makin lambatlah dia menguasai kemahiran menulis. Maka mulalah mama merajinkan diri mengklik mengklik mencari info yang berguna. 

Antara kaedah yang saya jumpa dan saya pandai2 je reka sendiri:

1) Selalu bacakan buku cerita. Boleh main kad imbas jugak sambil membaca. Boleh suruh anak susun2 kad imbas dan jadikan perkataan.

2) Melukis juga bagus.Suruh anak lukis apa2 gambar yang dia suka. Pastu suruhlah anak buat ayat daripada gambar tu dan jadikan cerita. Haa....jangan lupa tulis kat bawah tu "cerita ini ditulis oleh...". Pastu bolehla tampal kat peti. Mesti anak suka 

3) Sambil2 mama nak gi beli barang dapur, bolehla ajak anak libatkan diri jugak. Paling simple suruh anak tulis barang keperluan yang nak dibeli. Kan secara tak langsung dah boleh belajar mengeja.

4) Tulis diary. Nampak macam sentimental kan. Kalau anak lelaki ni tak pasti la boleh jalan tak dengan idea ni haha. Kalau perempuan maybe bolehla kot. 

5) Tulis nota kecil dan tampal kat peti. Tulis nota kecil setiap hari. Tulis la apa2 pun . Pesanan ringkas je pun takpe.

6) Main-main ambil order kat kedai makan. Nak order apa cik ? mee goreng? air limau ? Haa...suruh eja jangan tak suruh

7) Main pesakit-doktor. Cik sakit apa hari ni? Kihkih





Nota kecil dari Rayyan

tak reti nak lukis? gunting je any pic & tampal. pastu buatla ayat

Sekian dulu hasil membebel saya pada petang ni. Semoga ketemu dilain entry. Saya nak sambung google lagi..






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608







Wednesday 11 November 2015

Main susun-susun colorful sticks


Idea ni saya ambik dari 1 blog. Tapi dah lupa blog mana. Cuma guna velcro tape dan colorful sticks je. 
Velcro tape ni memang ada kat umah. Sticks tu pun memang dari dulu lagi si abang duk main. So kita upgrade la sikit rupa dia kali ni ye.

Erm melekat2 jugakla jari mama ni dengan gam capgajah tu. Sebab velcro tape ni macam susah sikit nak lekat. Asyik duk gerak2 je. Kena biarkan lama baru lekat. Saya kepit dengan penyepit baju pas letak gam.




Haa..ni la cara main nya. Si abang ok la pandai la susun2 bentuk yang dia nak dan cantum guna velcro tape tu. Adiknya ntah apa2 la bentuknya haha...Tapi takpela, at least dia nak buat jugak kan.




So sape ada colorful sticks kat rumah tu bole try nanti..yeay !!!


Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608



Pipe Cleaner Activity..to keep him busy


Excited nak buat aktiviti fine motor skill ni dengan adik. This is a very simple activity, one of the most basic fine motor activities actually. Barang2 nye pun senang je. Cuma kena ada pipe cleaner & bakul lubang2 tu je.
Pipe cleaner tu beli kat DIY, Rm2.80 kot. Ntah dah lupa. Bakul tu memang dah ada kan kat umah. 

Adik masukkan pipe cleaner tu kat bakul. Masuk banyak2 lagi cantik kan. Suka hati la nak masuk from outside ke , from inside ke. Tapi abang dia pun sibuk sebenanrnya nak buat. Bergabung la diaorang berdua sambil2 gaduh2 manja gitu.




Taraaa...cantik tak topi baru saya?



Aikk..nak tumpang sekaki ...




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608





9 Boxes Giraffe Storage Rack


Waaahh..kali ni lagi besar Giraffe Rack ni. Sebelum ni 8 box je. Kali ni ada 9 box tau.  
Lagi banyak la barang boleh simpan kan. Macam2 boleh guna. 
Simpan mainan, buku, alat tulis dan lain2. 

Kat umah dah ada 1 tapi 8 box je. Erm macam nak lagi je haha. Nak letak apa pun dah tak tau.
Cepat2 grab tau kalo nak. Yang ni tak selalu ada yang 9 box.










Harga : RM180
Exclude postage




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608



Jom Main Zip..for fine motor skill


Korang pernah dengar apa itu fine motor skill? Haa,,betul la tu. Kemahiran motor halus. Tak semua anak bagus dalam fine motor skill tau. Ada yang nak kena dilatih selalu baru ok.

Saya banyak buat aktiviti fine motor skill untuk adik. Hasilnya dia sangat pandai pegang pensel. Tak perlu ajar tapi dia tahu nak pegang pensel camna. Dulu abang dia 2 tahun memang tak reti pun pegang pensel. Umur 4 tahun baru betul.


pandai tak saya pegang pensel?

Saya ni sebenarnya nak buat busy book untuk adik. Macam2 barang dah beli. Tapi langsung takde masa nak buat. Ye la bukan ambik masa singkat nak buat. Nak kena spent time jugak nak buat yang cantik2 kan. Plus mama ni bukan kreatif sangat pon haha. So buat la board camni je. Kiranya busy board la ni ye dak?

Cuma guna zip je. Beli kat DIY je. Rm1.80 dapat 4 zip. Board tu pun from DIY. Ntah da lupa sepeket harga berapa. Tarraaa...simple sgt ni. Erm biarkan..asal adik suka main.



Buka..tutup..buka...tutup..
Lekat...mengamuk sudahnya..




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608




Pom pom blowing today !


Selamat Hari Deepavali. 

Puas mama duk pikir nak buat aktiviti apa la dengan budak 2 ketul ni. Diaorang duk melalut tak tentu hala. Duk tengok 611 je keje nya. 

Dapatla idea ni . Guna je apa yang ada kat rumah. Tak sabar budak2 ni tunggu mama siapkan. Senang je ni. Cuma perlukan pom pom, sticker/apa2 je sebagai lane, salotape, kertas keras sebagai terowong & bekas sebagai gol. Suka hati la sebenarnya nak gunakan apa. Terowong tu saya guna envelope je sebab tu je kertas yang keras sikit yang ada kat umah. 

Jom2 kita bertanding blowing the pom pom. Adik memang tak nak kalah dengan abang dia. Tapi kuat jugak la dia tiup pom pom tu. Tapi merata-rata la peginya haha. Mama jugak la yang nak kena kutip ya. 

So apa yang diaorang belajar ye ? 
Fokus masa nak tiup tu. Target nak masuk ke mana. 

Bolehla kalo mummy semua nak try ye (^_^)






guna benda alah ni pun boleh





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608



Read Easy Phonics pun ada Intermediate Level ke ?


Kali ni nak cite 1 lagi buku Read Easy Phonics. Selama ni duk cite pasal Beginner Level je kan. Ada yang tak tau yang Read Easy Phonics ni ada jugak Intermediate Level. Saya sendiri pun lom pernah share sebab Rayyan belum start pun lagi level ni. Erm, tak tahu la bila akan start. Beginner level pun baru je buku 6.

Buku ni sebenarnya kesinambungan dari Beginner level. Dalam Intermediate level ni, anak2 akan didedahkan dengan bunyi baru yang penting dalam pembelajaran Bahasa Inggeris menggunakan pendekatan fonetik. 

Dalam buku 1, anak2 akan didedahkan dengan bunyi diagraf konsonan. Dalam buku 2 pula diajar perbezaan bunyi vowel dengan pelbagai alternatif ejaan. 

Insyaallah kalo dah complete 2 buku ni, anak2 akan dapat membaca Baasa Inggeris dengan lancar.

Practice makes perfect...wink !




Kiri (beginner level) Kanan (Intermediate level)









Perbezaan content dalam beginner set dan intermediate level


Harga : RM24.90
Exclude postage




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608





Read Easy Beginner Book 5 & Read Easy Reading poster 9


Nak share cikit pasal benda ni. Ni yang Rayyan guna untuk belajar Read Easy. 

i) Read Easy Beginner
ii) Read Easy Reading Poster

Best ke? Kalo saya, ni la cara yg senang nak ajar Rayyan membaca. Sebabnya poster ni silibusnya sama dengan buku Read Easy tu. Poster ni kiranya boleh dibaca secara santai2 je. Ye la kita kan tampal poster ni kat dinding. Suka hati la nak tampal kat dinding mana. Saya tampal dalam bilik tau sebab umah saya ni kecikje. Dalam bilik je la yang ada ruang. So sambil2 anak lalu tu dia bolela sebutkan. 

Kat picture tu contoh untuk poster ke 9. Content nya sama dengan buku Read Easy Book 5. 
Nampak tak ? Sama kan? 
So Rayyan akan baca buku tu dulu. Nak baca memang dia akan duduk kat meja la. Poster tu dia tak baca terus. Nanti2 kalo dia lalu dan tengok baru saya suruh dia sebut. 

Erm suka hati korang la nak ajar anak korang camna ye. Depends on camna cara anak2 boleh terima.






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608




Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015