Showing posts with label Cuti sekolah. Show all posts
Showing posts with label Cuti sekolah. Show all posts

Friday, 30 December 2016

Cara Mudah Tampal Lencana Sekolah




Minggu ni mesti ramai ibu duk fikir cara nak tampal lencana sekolah anak-anak kan?
Nak jahit ke? Nak gam ke?
Saya pun salah sorang mak-mak yang anak baru nak masuk skolah tahun 1 ni.
Maklumlah first time ni nak tampal lencana.

Alkisahnya malas nak jahit kihkih.
Tak leh sabarlah sebenarnya kalo nak jahit part kecik-kecik ni.
Memang pun , saya malas tau, tak macam korang yang rajin menjahit tu hehe.
Nak upah orang jahit, tak tahu plak kat mana.

Hasil menggoogle, jumpalah idea ni dari Puan Akmar Laily. 
Mehla ikut step by step ye.

Bahan yang diperlukan:

* gam uhu
* kertas tabal/kotak/cardboard
*seterika
*kain kecil/tuala kecil



Langkah-langkah :

1) Sebelum start tu gosoklah dulu bahagian yang nak kita tampal tu ye.
Bagi tak berkedut.



2) Letakkan kertas keras dalam poket. Taknaklah nanti gam tu melekat kat bahagian dalam baju tu.



3) Sapukan gam uhu pada bahagian belakang lencana.



4) Letakkan pada bahagian mana nak tampal. 
Hati-hati ye bagi betul-betul center, nanti dah melekat pastu senget dah tak boleh bukak.



5) Tuala kecil basahkan terlebih dahulu. 
Tutup semua bahagian lencana tu dengan kain basah.
Gosok atas kain tu, akan ada asap sikit kuar ye sebab kain tu kan basah.
Jangan panik plak hehe




6) Angkat kain dan alihkan kertas keras tu. 
Dah siap la 



Dan ini lah hasilnya untuk anakanda.
Serius kejapje, dalam 3 minit dah siap untuk 1 baju.


Berapa lama tahan? Ntah, saya pun baru cuba ni.
Tapi daripada hasil google, tahan dalam 10 bulan kalo basuh ngan mesin basuh.
Kita tengoklah camna nanti.
Katanya, kalo tercabut sikit pun, letak semula gam kat tempat tercabut tu
dan gosok semula  berlapikkan kain basah.
Ok la semula.

Ok, sape-sape nak cuba tu bolehla.
Semoga bermanfaat untuk korang juga.




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608




Tuesday, 9 June 2015

Simple Math activity for Rayyan


Cuti sekolah ni saya banyak ajar Rayyan simple Math. Buka sekolah nanti masuk semester 2 tadika dia akan ajar operasi tambah & tolak. So better perkenalkan dia dulu dengan operasi2 ni. Penat jugakla mama nak cari simple activity yang menarik minat dia untuk belajar addition ni. Puas meng-google. 



Learning simple addition using Lego





Learning simple addition using hanger and cloth pegs





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp 019.9425608 




Wednesday, 3 June 2015

Aktiviti cuti sekolah Rayyan- part 2


Hari ke dua cuti sekolah, Rayyan ajak ke library. Memang tiap kali cuti sekolah dia suka ke library, sebab ramai orang membaca dan boleh bermain. Haha bukan dia yang nak membaca. Tapi dia duduk jugakla kejap membaca buku2 yang dia berkenan di hati tu. Pastu dia mula nak bermain game yang ada kat library tu.

Balik library, kita sambung belajar ye. Hari ni Rayyan belajar simple math, addition. Pening jugak nak fikir caranya supaya dia minat. Hasil google mama, dapatla idea ni. Learning addition using wood sticks and paper clips. 



Sebelah petang pula dia membaca Bacalah Anakku. Macam biasalah buku 7 dia tu masih belum lepas lagi.


Erm picture atas ni plak dia memaksa mama bukak kedai kat bawah sambil tengok dia gunting kertas. What to do, mama la ajar sangat gunting dan tampal semalam. Hari ni dia nak buat lagi. Apa2 je la anak..

Nantikan aktiviti seterusnya ye dalam next part hehe..




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

Hubungi saya - Puan Farida 
Call /Sms/whatsapp 019.9425608 





Sunday, 31 May 2015

Aktiviti cuti sekolah Rayyan- part 1


Cuti sekolah datang lagi. Mama mula pening memikirkan nak export ke mana anak bertuah mama yang sorang ni. Terpaksalah mama cuti seminggu, walaupun cuti sekolah 2 minggu. Minggu kedua kita pikir kemudian la ye haha.

Mama dah siap plan nak buat aktiviti apa la dengan Rayyan ni. So selama seminggu mama akan rotate aktiviti ni untuk dia. Semoga mama & Rayyan akan disiplin dan rajin la nanti. 



Hari ni 1st day kami kat umah. Sempat la buat beberapa aktiviti. Pagi sempat baca Bacalah Anakku dan menulis. Mujurla mood dia ok.


Pastu dia dah mula mintak nak tengok YouTube. So nak kena pikir la aktiviti yang pelik sikit bagi dia kagum. Mula la mama bawa keluar majalah lama dan suruh dia gunting beberapa gambar yang senang untuk dieja. Dia teruja la plak dengan aktiviti ni, semua gambar dia nak gunting. So lepas gunting, dia tampal, pastu tulis dan baca semula apa yang dia tulis.


Sebelah petang pula, dia ulang lagi sekali baca dan tulis Bacalah Anakku. Tapi tu je yang sempat buat sebab sebelah petang adik dia ada, memang tak bolehla nak bagi 100% attention kat Rayyan. Sebelah malam pula sempat abiskan 1 page Iqra'.

So kita sambung la aktiviti untuk esok plak ye.





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp  019.9425608 







Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015