Tuesday 31 March 2015

Rayyan dah start Read Easy book 1...yeayyy


Ada yang tak tau lagi pasal ReadEasy ni? ReadEasy ni sama macam Bacalah Anakku tu tapi yang ni in English. Phonic jugak.

Dah lama nak bagi Rayyan try ReadEasy tapi risau dia tak ready lagi. Ye la, bila tanya2 orang, ada yang start masa anak dah lepas buku 5 Bacalah Anakku. Sekarang Rayyan dah buku 6, so sajalah test dia dengan ReadEasy ni. Ni video nya..tengokla reaksi dia hehe..mama pun tak sangka dia boleh faham..


Ada yang nak dapatkan set buku ReadEasy ni? 
1 set ada 8 buku. Yang new edition ni memang menarik.









Kandungan pakej 

8 buah buku
6 keping kad imbas


Harga : RM50
Exclude postage





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp 019.9425608 




Friday 27 March 2015

Ilan Waizz dan flash card Iqra'






Sekarang jam menunjukkan jam 1.16pagi. Malam-malam ni nak berceloteh pasal adik tecit si Ilan Waizz. Anak saya yang kecik ni sangat sukakan flash card alif ba ta. Gigit-gigit flash card ni pun dia suka. Alhamdulillah dia sangat peka bila saya sebut 'a','ba','ta' dan terus cari flash card yang saya tampal. 

Kat rumah saya ada buat Iqra' Board. Saya tampal kat deep freezer dan dinding. Kalo adik ke dapur dia akan nampak kat deep freezer, dan kalau kat ruang tamu dia akan nampak yang saya tampal kat dinding.








Boleh juga bermain game dengan anak-anak. Suruh anak-anak berlari sambil berlumba menyebut huruf alif ba ta. Tentu seronok !


Tahukah anda menampal flash card alif ba ta di dinding boleh membantu anak-anak belajar mengenal huruf dengan baik. Untuk membaca al-quran, anak-anak mesti mengenal huruf dahulu. Bila dah kenal, maka mudah lah untuk membaca al-quran nanti. 

Penggunaan flash card memang terbukti dapat memupuk minat anak-anak seawal bayi untuk mengenal huruf. Jom lihat testimoni dari ibu-ibu hebat ini :



Nak flash card macam ni ?







Harga : RM25.00
Exclude postage




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp 019.9425608 



Friday 13 March 2015

Kad Imbas Cepat Membaca Sayangku


Kuasai 1000 perkataan dalam masa 50 jam



Kad Imbas Cepat Membaca Sayangku diterbitkan untuk membimbing kanak-kanak dalam menguasai kemahiran mengenal huruf, menyebut suku kata dan membaca dalam masa 50 jam dan kurang.

Penggunaan 1000 perkataan yang mudah, dibatangkan dan diwarnakan mengikut suku kata adalah untuk memudahkan kanak-kanak menyebut setiap perkataan. Bimbingan daripada ibubapa dan guru secara konsisten adalah penting untuk memastikan sebutan dan bacaan kanak-kanak tepat dan lancar.Pilihan bahan bantu mengajar terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi kecemerlangan pendidikan kanak-kanak.

Jadikan anak anda setiap hari bertambah bijak dengan Kad Imbas Cepat Membaca Sayangku








boleh juga dijadikan latihan menulis











Harga : RM25.00
Exclude postage




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? B
agaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp 019.9425608 


Rayyan dengan iqra' at-taisir


Malam ni saya nak share cite Rayyan dengan Iqra' At-Taisir. Dia memang suka sangat dengan iqra' ni compared to iqra' yang biasa yang hitam putih tu. Kat tadika memang dia guna iqra' yang tu, tapi kat rumah saya ajar dia guna Iqra' At-Taisir. Actually silibusnya sama je, cuma yang ni lagi menarik sebab sangat colorful dan ada gambar sikit (Taisir 1). Mama pun lagi bersemangat nak ajar bila anak excited. 



Ni masa mula2 kenalkan Rayyan dengan Iqra' At-Taisir. Terus dia baca sampai page 7. Setiap page yang dia dah baca dia tampal sendiri sticker smiley yang colorful tu. Dan dia mintak mama bagi dia star kat setiap page.Apa2 je la anak, asalkan kamoo happy mengaji.




Haa yang ni plak dia dah masuk Taisir 2 (sama macam iqra' 2). Tiap kali dia mengaji dia suka tulis beberapa huruf yang dia rasa pelik dan mula bertanya macam2. Dia selalu tanya apa maksud huruf2 yang dia baca tu. Susahnya nak explain sebab memang gabungan huruf2 tu takde makna, cuma nak melatih dia menggabungkan huruf2 tu je. Dan soalan lain pun akan banyak menyusul yang biasanya memang tak logik haha.



Gambar ni plak yang nampak macam berjurus ni sebelum anakanda ke masjid nak solat jumaat. Sementara tunggu papa bersiap, dia abiskan 2 helai mengaji Iqra' At-Taisir.

Insyaallah dalam 2/3 hari ni saya target dia abiskan Taisir 2. Sepanjang cuti sekolah ni nak kena spent time lama lagi dengan dia. 

Nak tengok Iqra' At-Taisir ni macamana? Boleh ke link ni ye >>


Harga : RM19
Exclude postage


Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak?
 Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp 019.9425608 



Thursday 5 March 2015

Tips Ajar Anak Mudah Membaca Untuk Ibubapa


Saya quote semua content ni dari blog mahligaicinta.com. 
Bila baca memang sangat membantu dan memang betul apa yang dikongsi semasa kursus yang dihadiri penulis.






TIPS 1: Jangan ajar anak kenal huruf ABC

Haa apa? Biar betul ni? Nak anak pandai membaca tapi jangan kenalkan dengan ABC? Ya, jangan ajar anak untuk nyanyi lagu ABC, ataupun hafal dari A-Z. Kalau dah terbuat, cakap kat anak buat masa ini kita campak dulu ABC ini ke luar tingkap ye. Nanti bila anak dah pandai membaca, barulah kita kutip balik ABC tu dan kenalkan pada anak.



TIPS 2: Ajar anak untuk kenal BUNYI HURUF

Inilah yang sebenarnya yang paling penting untuk anak-anak tahu. Dia kena kenal bunyi untuk huruf, bukan nama huruf tersebut. Pening ehh? OK Mama ringkaskan macam ni. Ada satu haiwan ni namanya LEMBU, bunyinya MOO. Ada satu haiwan lagi ni namanya KAMBING, bunyinya EMBEKKK. Jadi untuk huruf A, bunyinya aa. Untuk huruf U, bunyinya uu. Boleh dapat tak?



LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGAJAR ANAK KENAL BUNYI HURUF:

1. Beritahu anak, "Ok hari ni Mama nak ajar satu bunyi, tengok ye mulut Mama ni" Buat dulu 
bentuk mulut dan baru keluarkan bunyi. Macam untuk huruf A, kita buka mulut besar-besar, dan 
barulah keluarkan bunyi aaa.
2. Ulang balik beberapa kali dan suruh anak ikut.
3. Lepas itu buat juga dengan teknik asosiasi untuk membantu anak-anak untuk lebih ingat. Untuk A, teknik asosiasinya adalah macam orang terkena api dan jerit 'aaaaa'! Jadi bila anak-anak 
terlupa, bolehlah kita buat-buat macam orang terkena api ni dan mesti anak akan tahu dia kena 
sebut aaa
4. Bila anak dah tahu buat bunyi, barulah kita tunjuk kad huruf A dan cakap pada anak 
"tadi kan Mama ajar bunyi aa, haa inilah dia bunyi aa tu'
5. Banyakkan aktiviti hands-on untuk menambahkan lagi memori anak-anak untuk setiap bunyi 
yang sudah dikenalkan. Dan secara tak langsung mengajar anak cara menulis huruf yang betul. 
Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan adalah:


(a) gunakan plastisin untuk buat bentuk huruf
(b) tulis bentuk huruf dengan menggunakan crayon
(c) tulis bentuk huruf dengan menggunakan warna air dan jari
(d) tulis di atas pasir



TIPS 3: Ajar Anak Untuk Menggabungkan Bunyi (Blending)

Bila anak-anak dah kenal bunyi huruf, barulah kita ajar cara untuk gabung bunyi. Boleh cakap macam ni “Ok hari ni mmm nak kawan dengan aa. Tengok ni ye Mama buat (mula-mula jarakkan kad M dan A, kemudian dekatkan sikit demi sikit). Mm…aa..mm..aa.. Ok sekarang mm dah kawan dengan aa, bunyinya MA. Ulang balik beberapa kali dan kemudian bolehlah buat dengan gabungan bunyi-bunyi yang lain pula.








Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp 019.9425608 

Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015