Salam Jumaat semua.
Ye la, jumaat je la mama leh update blog kan 😂
sebab hari cuti.
Kali ni nak share aktiviti untuk mengenal nombor 5 dan 6
Umur berapa?
Tak kisahlah..kalo ank korang umur 4 tahun, jadilah aktiviti untuk 4 tahun
Kalo 5 tu jadilah 5 tahun
Takkan tu pun nak kena ajar kot 😇😇
Haa? Nombor 5 dan 6 je?
Ni pun lagi satu..
Suka hati korang la nak bagi anak kenal nombor berapa
Pandai2 la tukar sendiri kihkih
Aktiviti ni simple je.
Guna je sticker yang korang ada kat rumah tu.
Kalau takde tu tulis je la kat kertas then gunting ye.
Haa cam gini rupa dia sebelum kita start 👇
Alahai senang sangat, suruh la anak pilih yang mana nombor 5 dan 6.
Pastu tampal la ikut bahagian page yang ada tulis nombor tu.
Memang nampak simple, tapi tu haa nampak tak kesungguhan dia haha
Susah juga nak ambik sticker tu rupanya
Maka terhasillah macam ni
Sampai terkoyak tu dia kerjakan
Ni tengok aktiviti ke 2 plak
Ni guna spinner.
Kalo takde gi beli kat pasar malam tu ha rm5 je 😍
Camni rupa dia ye sebelum bermula.
Tak tahula nape jadi cenggitu dikerjakan spinner tu oleh abang dia.
Camana nak main?
Suruh anak pusing spinner tu, berhenti kat nombor mana..
pastu suruh dia sebut kuat-kuat..yeay...pandai
bagi la pujian sikit ye 👯
Nampak tak sabar menanti tu spinner berhenti
Ada lagi aktiviti?
Ada...ada...anak lelaki kan memang suka main
Kali ni guna parking lot plak
Perlukan beberapa buah kereta mainan
Atas tu tulis siap2 nombor 5 & 6 ye
Pastu buat parking lot
Camni haa
cantik tak parking lot ni 😁😁
Pastu suruh la anak parking kereta tu ikut nombor atas kereta dan nombor parking.
Hak ni susah sket la nak berhenti..
Sampai ke sudah la dia duk main benda alah ni
Kalo free boleh la korang try jugak.
Idea simple je ni pun.
Nanti ada aktiviti lain i share lagi ye.
Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak?
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda?
Hubungi saya -
Puan Farida
Call/wa/telegram 019.9425608
No comments:
Post a Comment