Friday, 11 March 2016

Little Explorer untuk eksplorasi si cilik





Little Explorer Busy Bag ni sesuai untuk kanak-kanak 4-8 tahun. 

Little Explorer ialah produk yang mengandungi 6 aktiviti yang berkaitan dengan eksplorasi asas sains & alam sekitar. Aktiviti di dalam Little Explorer bertujuan untuk memberi pengenalan awal tentang alam sekitar, mengasah kepekaan anak-anak terhadap alam sekitar dengan melakukan berbagai aktiviti dalam masa yang sama dapat memberi stimulasi sensori motor mereka. 


Aktiviti-aktiviti Little Explorer adalah seperti berikut:

1. Tenggelam dan Terapung




Aktiviti mengklasifikasi benda-benda di sekeliling anak, di sekitar rumah. Adakah benda-benda tersebut akan tenggelam atau terapung jika dicelupkan ke dalam air. 

Anak-anak akan melakukan ujian tersebut terhadap benda-benda di sekitarnya dan mereka akan mendapati bahawa setiap benda menghasilkan reaksi yang berbeza jika dicelupkan ke dalam air. Anak akan belajar bahawa setiap benda dibuat dari bahan yang berbeza lalu menyebabkan perbezaan reaksi samada tenggelam atau terapung. 

Spesifikasi : 
- 1 Mat bergambar
- Erasable marker (Akan digunakan untuk 2 permainan lain)
Persiapan Ibu bapa:
Besen, air, benda-benda seperti di dalam mat, yang mudah dicari dan tidak merbahaya.



2. Temu Warna




Permainan mengenal warna, mencampurnya dan mengetahui warna baru. Pada umumnya anak sudah mengenal berbagai warna. Namun lebih menyeronokkan jika mereka mempelajari bahawa ada warna yang terhasil datangnya dari pencampuran dua atau lebih warna asas. Biarkan anak melakukan ujian pencampuran tersebut untuk melihat perubahan warna dan menyaksikan penemuan warna baru.

Spesifikasi :
- 1 Mat bergambar
- 3 botol pewarna makanan warna merah, biru dan kuning
- Erasable marker (yang juga digunakan untuk permainan tenggelam dan terapung)

Persediaan ibu bapa: Sedikit air untuk melarutkan pewarna, 4 bekas transparan seperti gelas air mineral atau seumpamanya.



3. Jelajah Alam


Aktiviti menjejak dan mencari benda-benda alam di sekitar kita. Ajak anak keluar rumah, ke kebun, taman atau tempat di mana terdapat banyak tumbuh-tumbuhan. Bawa mat jelajah alam, kanta pembesar, dan erasable marker untuk eksperimen mengamati alam. Ibu bapa digalakkan menemani anak ketika melakukan jelajah alam supaya proses eksplorasi tersebut lebih bermakna dan dapat membantu stimulasi sensori anak.

Spesifikasi : 
- 1 Mat bergambar
- Kanta pembesar
- Erasable marker (juga digunakan untuk 2 aktiviti sebelum ini)
Persediaan ibu bapa ketika jelajah alam: beg, air minuman



4. Aku Dapat Memakan Semua Bahagian Tumbuhan!

Aktiviti mengenal bahagian-bahagian tumbuhan dan berbagai jenis sayuran. Ibu bapa dapat mengenalkan kepada anak mengenai sayuran jenis akar, jenis daun, dan sebagainya seperti yang ada pada gambar pohon dan sayuran. Kemudian ajak anak mengklasifikasi potongan sayuran pada jadual yang disediakan mengikut jenisnya, samada daun, buah dan sebagainya.

Potongan sayur boleh berubah setiap hari, mengikut sayur apa yang hendak dimasak atau dimakan di rumah pada hari itu. Ceritakan juga manfaat sayur secara umum kepada anak. Diharapkan dengan interaksi dengan sayur-sayuran ini, anak-anak lebih gemar & seronok memakan sayur-sayuran. 

Spesifikasi: 
- 2 mat bergambar
1 mat bergambar carta tumbuhan dan jenis sayur 
1 mat berisi jadual untuk mengklasifikasi potongan sayur
Persediaan ibu bapa: Potongan kecil berbagai jenis sayuran yang terdapat di rumah untuk klasifikasi sayuran.

5. Apakah Aku Dapat Berenang, Terbang, atau Hanya Berjalan?
Aktiviti mengklasifikasi binatang mengikut keupayaannya, iaitu samada berenang, terbang atau hanya berjalan di daratan. Pelbagai kepingan binatang diletakkan di atas salah satu dari 3 mat bergambar dari 3 jenis habitat alam: darat, laut/air dan udara. Pertama: Ajak anak-anak mengenal jenis binatang tersebut dan tempat hidupnya, juga ciri-ciri yang menunjukkan mengapa mereka boleh terbang di udara, berenang di laut/perairan atau hanya berjalan. Contoh: Biasanya binatang yang boleh terbang mempunyai sayap. Walau bagaimanapun, ada binatang bersayap tidak boleh terbang. Binatang yang boleh berenang dan boleh hidup di d
alam air memiliki tekstur tubuh yang licin dan sebahagiannya memiliki sirip. Ada binatang yang hanya boleh berjalan kerana mempunyai kaki dan tidak mempunyai sayap atau sirip. Kepingan binatang juga boleh digunakan untuk bermain pretend play.

Spesifikasi :
- 3 mat bergambar habitat: daratan, lautan/air, dan langit/udara.
- kepingan pelbagai jenis binatang.



6. Poster Siklus Air (Water Cycle)


Poster ini dapat dijadikan bahan bercerita bagaimana air terbentuk dan sumber-sumber air di sekitar kita. Perjalanan air membentuk kitaran yang menarik dan penting untuk diketahui anak-anak dengan tujuan memahami proses kitaran air ciptaan Allah selain menciptakan kesedaran untuk menggunakan air dengan hemat dan bijak.


Spesifikasi Bahan dan Material:
- Semua mat dan kepingan berbahan Art Carton 400 gram
- Poster berbahan Art Paper 120 gram
- Kanta Pembesar pemegang plastik jenama Joy Art diameter 9 cm
- Erasable marker jenama Faster, Non Toxic
- Pewarna makanan (food grade coloring) produksi PT. Centra Lautan Pewarna
- Semua tulisan/coretan yang ditulis di atas mat dengan menggunakan marker di atas, dapat dipadam dengan menggunakan tisu basah atau kain lembab
- Meskipun bahan marker adalah non toxic, sila pastikan agar ia tidak dimasukkan ke dalam mulut.


PERHATIAN: 
Semua aktiviti di dalam Little Explorer boleh dimain oleh anak usia 3 tahun ke atas. Namun untuk anak 3 tahun ke bawah, perlu sentiasa diawasi ibu bapa / guru dalam semua aktiviti. Sementara untuk anak usia tadika, boleh melakukan berbagai permainan dalam Little Explorer secara bebas dalam keadaan yang selamat.
(Produk ini di dalam bahasa Indonesia yang mudah difahami).


 Bonus !!



Harga : RM48.00
Exclude postage




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608








No comments:

Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015