Showing posts with label Busy Bag. Show all posts
Showing posts with label Busy Bag. Show all posts

Saturday, 12 March 2016

Ilan Waizz busy dengan Rainbow Busy Bag & First Busy Bag



Alhamdulillah..
Berjumpa dengan busy bag..
Anak saya dah busy sekarang..
Mama pun happy haha..


Ni la rupa beg sibuk tu. Anak saya yang kecik ni baru 2 tahun lebih, so 2 busy bag ni je la yang sesuai untuk dia. Memang sangat2 recommended untuk kanak-kanak kecil ni. Sebab semua comel2 tau aktiviti dalam ni. 



 Haa...nampak tak kebizian dia ? Pic kat atas ni aktiviti yang ada dalam First Busy Bag. Ada banyak lagi aktiviti sebenarnya. Boleh refer kat entry saya yang lain, search je label First Busy Bag tu ye. 



Pic yang kat atas ni plak si abang dia yang nak main jugak dengan First Busy Bag. Besar2 pun nak jugak main benda2 yang senang ni. Tumpang sekaki katanya haha

Meh kita intai2 plak Raibow Busy Bag




Pic kat atas ni contoh aktiviti dalam Rainbow Busy Bag. Ada lagi sebenarnya tapi tak sempat nak snap pic budak tecit ni. 


Haa...nampak tak si abang dia jugak yang busy kan? 


Jangan risau ye sape2 yang tak tau detail lagi pasal busy bag ni. 
Boleh la cari label kat belah kiri korang tu. 
Klik je Busy Bag hehe



Harga : RM38.00
Exclude postage



Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda?
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608










Friday, 11 March 2016

First Busy Bag untuk adik comel








First Busy Bag ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 3-6 tahun. Di dalamnya ada 6 aktiviti:


1. Sorting ABC : 

Ini adalah aktiviti suai padan antara abjad huruf besar dengan abjad huruf kecil pada sorting mat. Selain itu permainan ini dapat digunakan untuk permainan menyusun kata.



2. Sorting color and shape : 

Permainan ini adalah permainan suai padan bentuk geometri sesuai dengan bentuknya atau sesuai dengan warnanya. Anak-anak juga dapat menggunakan sorting mat tersebut untuk suai padan mainan, blok, lego, butang dan lain-lain. Kepingan bentuk geometri juga dapat digunakan untuk permainan mereka bentuk.





3. Counting :

Mengira dapat dilakukan sambil bermain, salah satunya dengan kad-kad ini. Setelah selesai mengira angka, anak-anak dapat mengepit angka yang sesuai jumlahnya. Menarik bukan? Sambil bermain, berhitung, anak-anak juga menggunakan motor halus mereka apabila menggunakan penyepit kayu yang yang sesuai dengan ukuran tangan anak. 



4. Stick shaping :

Permainan ini adalah permainan menyusun batang aiskrim berwarna menjadi bentuk-bentuk sesuai dengan contoh pada kad. Susunan mengikut posisi batang dan warna. 


5. Matching card : 
Aktiviti ini adalah aktiviti suai padan dua kad gambar yang sama. Anak-anak memilih kad secara rawak beserta pasangan gambarnya. Selain itu kad ini juga dapat digunakan untuk bermain Memory Game, iaitu permainan menutup kad dalam posisi terbalik, di mana anak-anak akan membuka satu per satu kad mengikut pasangannya.  Selain itu, kita juga boleh mengenalkan kepada anak aneka jenis buah-buahan dan rasanya,





6. Caterpillar : 

Permainan ini adalah permainan menyusun pola butang mengikuti urutan warna pada kad caterpillar yang tersedia.


Tahap pertama: Anak-anak belajar menyusun butang di atas kad.

Tahap kedua: Anak-anak cuba menyusun mbutang bukan di atas kad dengan tujuan menjadikan kad sebagai contoh pola warna. 

Tahap ketiga: Anak-anak cuba menyusun butang tanpa melihat kadnya untuk menguji daya ingatannya. 
Butang yang digunakan dalam permainan ini juga dapat digunakan dalam aktiviti 'Sorting' (klasifikasi warna) dan aktiviti mengira.



Harga : RM35.00
Exclude postage




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608







Rainbow Busy Bag memang awesome lah !








Sesuai untuk 1.5-4 tahun

Rainbow Busy Bag mengandungi 5 permainan yang mengasah kemampuan motor halus, kognitif serta imaginasi anak anda.

Digelar rainbow (pelangi) kerana semua bahan aktiviti di dalam busy bag ini berwarna-warni seperti pelangi. Ciri khas dunia anak, penuh warna, cerah dan ceria.


Isi kandungan aktiviti dalam Rainbow Busy Bag adalah:


1. Menjahit manik (Threading)
Menjahit manik untuk mereka gelang, rantai atau hiasan lain. 



2. Pompom Counting
Berisi kad angka dari 1-10 dan 55pc pompom 1 cm yang digunakan bersama dengan kad angka.




3. Ring Felt 
Berisi 10 helai felt yang digunakan untuk membentuk rantai / ring.
Menyatukan felt menjadi rantai secara berurutan bagi melatih motor halus anak, daya tumpuan serta koordinasi mata-tangan. Lembaran-lembaran felt juga boleh digunakan untuk mengenal warna dan bentuk.





4. Felt Aiskrim
Berisi batang / stick 8 warna dan poket felt 8 warna yang dapat dipasangkan menjadi seperti aiskrim.
Selain untuk suai padan warna, aiskrim felt ini dapat digunakan untuk bermain ‘pretend play’, juga sebagai alat bantu mengira.





5. Menjahit (Lacing)
Berisi 4 kad jahit bergambar cuaca dan tali 4 warna. Kad jahit ini dapat digunakan untuk mengenalkan anak tentang ciptaan Allah, pelengkap storytelling, alat bantu mengajar untuk penjelasan ilmiah tentang matahari, bulan, awan, bintang dan pelangi.





                                             Bonus : Animal matching cards






Harga : RM38.00
Exclude postage




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608





Little Muslim Busy Bag for muslim kid





Little Muslim Busy Bag ini sesuai untuk kanak-kanak 4-8 tahun.

Set alat pengenalan nilai-nilai asas Islam untuk si kecil. Alat bantu belajar ini diharapkan memudahkan ibu bapa dalam memberi pengenalan asas Islam kepada anak-anak, khususnya 5 tahun ke atas.

Permainan-permainan dalam little muslim busy bag bertujuan untuk melatih kecekapan asas yang perlu dimiliki anak muslim di awal usia mereka. 

· Kemampuan mengenal Allah sebagai Tuhan kita, Islam sebagai agama kita dan Nabi Muhammad Shalallahu’alaihi wasallam sebagai Rasul kita.
· Kemampuan memahami cerita sejarah Rasulullah, para Nabi dan Rasul, para sahabat dan 
· Kemampuan mengenal huruf hijaiyyah dasar sebelumnya dan sesudah diberi harakat.
· Kemampuan memahami perbuatan baik dan buruk agar boleh membezakannya dan mengamalkan amalan baik.
· Kemampuan mengenal kelima rukun Islam
· Melatih motor halus (fine motor) dengan mengutip benda kecil dan memasangkannya (pincer grip).
· Melatih kemampuan mengklasifikasi.
· Mengasah imaginasi
· Memberi stimulasi otak kanan dan kiri
· Melatih pancaindera sensori
· Memupuk keyakinan diri & sifat suka berusaha
· Meningkatkan 'bonding' antara ibu bapa dan anak
· Jika dimainkankan secara berkumpulan dapat memupuk rasa empati, toleransi, kemampuan menunggu dan bergiliran, serta kemampuan sosial lainnya.


Aktiviti 1: Hijaiyyah 



Permainan mengenal huruf asas hijaiyyah sebelum dan sesudah diberi harakat.

Spesifikasi :
Alas belajar hijaiyyah 
28 kepingan huruf hijaiyyah
Sampul untuk meletakkan kepingan huruf


Aktiviti 2: Puzzle Rukun Islam 



Permainan suai padan kepingan gambar simbol rukun Islam bermula rukun pertama hingga kelima menjadi sebuah gambar yang lengkap.

Spesifikasi :
Alas puzzle grafik rukun Islam
Kepingan gambar puzzle


Aktivti 3: Display Pengenalan Masjid 



Permainan ini hadir untuk memudahkan ibu bapa mengenalkan masjid serta aktiviti yang dilakukan di dalam masjid.

Spesifikasi :
Papan background masjid yang boleh didirikan
Kepingan kaki untuk papan background
Bahan bantu mengajar (BBM) bergambar kanak-kanak muslim dan muslimah, serta amalan dan adab ketika di masjid.


Aktiviti 4: Box Akhlak 



Permainan mengklasifikasi kad bergambar perbuatan baik dan perbuatan buruk serta menceritakan kesan dari perbuatan baik/buruk tersebut.

Spesifikasi :
10 kad bergambar
2 sampul akhlak terpuji dan akhlak tercela


Aktiviti 5: Belajar Aqidah 



Bahan bantu mengajar mengenalkan siapa Tuhan kita, siapa Nabi kita dan apa agama kita. Disertakan permainan klasifikasi antara makhluk/benda ciptaan Allah dan benda buatan manusia.

Spesifikasi :
Alat belajar aqidah, grafik yang menceritakan bagaimana mengenal Allah dan penjelasan tentang Allah Maha Pencipta.
Kepingan-kepingan bergambar untuk diletakkan pada tempatnya.


Aktiviti 6: Poster Adab di Kamar Mandi 



Poster ini sebagai bahan visualisasi kepada anak-anak untuk mengenal adab-adab di kamar mandi. 

Spesifikasi :
Poster berukuran A3+ bahan Art paper 

Tutur mengandungi:
Cara Bermain
Cara menggunakan seluruh permainan dalam Little Muslim Busy Bag
Catatan Untuk ibu bapa
Info/artikel keislaman yang terkandung dalam permainan-permainan di Little Muslim Busy Bag sebagai wawasan bagi orang tua.

Alas permainan, kepingan huruf/gambar, background gurun pasir dan wayang terbuat dari bahan Art Carton 400gram. Manakala box sampul dibuat dari bahan karton duplex yang mana menjadikan permainan Little Muslim Busy Bag ini eksklusif.




Harga : RM38.00
Exclude postage




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608







Little Explorer untuk eksplorasi si cilik





Little Explorer Busy Bag ni sesuai untuk kanak-kanak 4-8 tahun. 

Little Explorer ialah produk yang mengandungi 6 aktiviti yang berkaitan dengan eksplorasi asas sains & alam sekitar. Aktiviti di dalam Little Explorer bertujuan untuk memberi pengenalan awal tentang alam sekitar, mengasah kepekaan anak-anak terhadap alam sekitar dengan melakukan berbagai aktiviti dalam masa yang sama dapat memberi stimulasi sensori motor mereka. 


Aktiviti-aktiviti Little Explorer adalah seperti berikut:

1. Tenggelam dan Terapung




Aktiviti mengklasifikasi benda-benda di sekeliling anak, di sekitar rumah. Adakah benda-benda tersebut akan tenggelam atau terapung jika dicelupkan ke dalam air. 

Anak-anak akan melakukan ujian tersebut terhadap benda-benda di sekitarnya dan mereka akan mendapati bahawa setiap benda menghasilkan reaksi yang berbeza jika dicelupkan ke dalam air. Anak akan belajar bahawa setiap benda dibuat dari bahan yang berbeza lalu menyebabkan perbezaan reaksi samada tenggelam atau terapung. 

Spesifikasi : 
- 1 Mat bergambar
- Erasable marker (Akan digunakan untuk 2 permainan lain)
Persiapan Ibu bapa:
Besen, air, benda-benda seperti di dalam mat, yang mudah dicari dan tidak merbahaya.



2. Temu Warna




Permainan mengenal warna, mencampurnya dan mengetahui warna baru. Pada umumnya anak sudah mengenal berbagai warna. Namun lebih menyeronokkan jika mereka mempelajari bahawa ada warna yang terhasil datangnya dari pencampuran dua atau lebih warna asas. Biarkan anak melakukan ujian pencampuran tersebut untuk melihat perubahan warna dan menyaksikan penemuan warna baru.

Spesifikasi :
- 1 Mat bergambar
- 3 botol pewarna makanan warna merah, biru dan kuning
- Erasable marker (yang juga digunakan untuk permainan tenggelam dan terapung)

Persediaan ibu bapa: Sedikit air untuk melarutkan pewarna, 4 bekas transparan seperti gelas air mineral atau seumpamanya.



3. Jelajah Alam


Aktiviti menjejak dan mencari benda-benda alam di sekitar kita. Ajak anak keluar rumah, ke kebun, taman atau tempat di mana terdapat banyak tumbuh-tumbuhan. Bawa mat jelajah alam, kanta pembesar, dan erasable marker untuk eksperimen mengamati alam. Ibu bapa digalakkan menemani anak ketika melakukan jelajah alam supaya proses eksplorasi tersebut lebih bermakna dan dapat membantu stimulasi sensori anak.

Spesifikasi : 
- 1 Mat bergambar
- Kanta pembesar
- Erasable marker (juga digunakan untuk 2 aktiviti sebelum ini)
Persediaan ibu bapa ketika jelajah alam: beg, air minuman



4. Aku Dapat Memakan Semua Bahagian Tumbuhan!

Aktiviti mengenal bahagian-bahagian tumbuhan dan berbagai jenis sayuran. Ibu bapa dapat mengenalkan kepada anak mengenai sayuran jenis akar, jenis daun, dan sebagainya seperti yang ada pada gambar pohon dan sayuran. Kemudian ajak anak mengklasifikasi potongan sayuran pada jadual yang disediakan mengikut jenisnya, samada daun, buah dan sebagainya.

Potongan sayur boleh berubah setiap hari, mengikut sayur apa yang hendak dimasak atau dimakan di rumah pada hari itu. Ceritakan juga manfaat sayur secara umum kepada anak. Diharapkan dengan interaksi dengan sayur-sayuran ini, anak-anak lebih gemar & seronok memakan sayur-sayuran. 

Spesifikasi: 
- 2 mat bergambar
1 mat bergambar carta tumbuhan dan jenis sayur 
1 mat berisi jadual untuk mengklasifikasi potongan sayur
Persediaan ibu bapa: Potongan kecil berbagai jenis sayuran yang terdapat di rumah untuk klasifikasi sayuran.

5. Apakah Aku Dapat Berenang, Terbang, atau Hanya Berjalan?
Aktiviti mengklasifikasi binatang mengikut keupayaannya, iaitu samada berenang, terbang atau hanya berjalan di daratan. Pelbagai kepingan binatang diletakkan di atas salah satu dari 3 mat bergambar dari 3 jenis habitat alam: darat, laut/air dan udara. Pertama: Ajak anak-anak mengenal jenis binatang tersebut dan tempat hidupnya, juga ciri-ciri yang menunjukkan mengapa mereka boleh terbang di udara, berenang di laut/perairan atau hanya berjalan. Contoh: Biasanya binatang yang boleh terbang mempunyai sayap. Walau bagaimanapun, ada binatang bersayap tidak boleh terbang. Binatang yang boleh berenang dan boleh hidup di d
alam air memiliki tekstur tubuh yang licin dan sebahagiannya memiliki sirip. Ada binatang yang hanya boleh berjalan kerana mempunyai kaki dan tidak mempunyai sayap atau sirip. Kepingan binatang juga boleh digunakan untuk bermain pretend play.

Spesifikasi :
- 3 mat bergambar habitat: daratan, lautan/air, dan langit/udara.
- kepingan pelbagai jenis binatang.



6. Poster Siklus Air (Water Cycle)


Poster ini dapat dijadikan bahan bercerita bagaimana air terbentuk dan sumber-sumber air di sekitar kita. Perjalanan air membentuk kitaran yang menarik dan penting untuk diketahui anak-anak dengan tujuan memahami proses kitaran air ciptaan Allah selain menciptakan kesedaran untuk menggunakan air dengan hemat dan bijak.


Spesifikasi Bahan dan Material:
- Semua mat dan kepingan berbahan Art Carton 400 gram
- Poster berbahan Art Paper 120 gram
- Kanta Pembesar pemegang plastik jenama Joy Art diameter 9 cm
- Erasable marker jenama Faster, Non Toxic
- Pewarna makanan (food grade coloring) produksi PT. Centra Lautan Pewarna
- Semua tulisan/coretan yang ditulis di atas mat dengan menggunakan marker di atas, dapat dipadam dengan menggunakan tisu basah atau kain lembab
- Meskipun bahan marker adalah non toxic, sila pastikan agar ia tidak dimasukkan ke dalam mulut.


PERHATIAN: 
Semua aktiviti di dalam Little Explorer boleh dimain oleh anak usia 3 tahun ke atas. Namun untuk anak 3 tahun ke bawah, perlu sentiasa diawasi ibu bapa / guru dalam semua aktiviti. Sementara untuk anak usia tadika, boleh melakukan berbagai permainan dalam Little Explorer secara bebas dalam keadaan yang selamat.
(Produk ini di dalam bahasa Indonesia yang mudah difahami).


 Bonus !!



Harga : RM48.00
Exclude postage




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608








Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015