Friday, 11 March 2016

Kad Imbasan Rangsang otak Kanan dan Kiri



Apa sebenarnya konsep flashcard? Perlukah kita menggunakan flashcard untuk mengajar anak? Memang terdapat pelbagai pendapat tentangnya sama ada pro dan kontra.

Dr Glenn Doman pengasas Institute for the Achievement of Human Potential memperkenalkan flashcard untuk mengajar anak membaca dan mengenal gambar. Perkataan flashcard atau kad imbasan adalah gabungan dua perkataan Inggeris iaitu flash dan card. Perkataan atau gambar ditulis pada kad dan ditunjukkan secara flash atau cepat; lebih kurang 1 kad 1 saat. Pendekatan yang dimajukan ini adalah berdasarkan cara otak berfungsi; cara otak menerima maklumat dan respons terhadap maklumat. Otak menerima maklumat melalui pancaindera; mata, telinga, hidung, lidah serta kulit. Pancaindera bertindak sebagai receiver atau penerima maklumat. Ia dihantar ke otak, disimpan dan otak akan menghantar maklumat untuk tindakan. Ini cara muda untuk menerangkan tentang bagaimana otak belajar dan mengawal segala tindakan kita. Dr Glenn Doman mendapati bahawa apabila mengajar anak berdasarkan cara otak belajar atau menerima maklumat, pembelajaran menjadi lebih cepat dan efektif.

Menggunakan flashcard juga selaras dengan kemampuan otak kanan. Malah ada yang berpendapat yang flashcard dapat meningkatkan konsentrasi, melatih daya ingatan, meningkatkan bahasa serta IQ anak. Otak anak pada enam tahun pertama seperti span dan dapat menerima rangsangan dengan mudah. Meletakkan satu gambar pada satu kad dan melayangkannya di hadapan anak akan memastikan dia menerima rangsangan tersebut. Ini adalah kerana anak kecil mempunyai tumpuan yang rendah dan hanya dapat fokus pada satu imej pada satu masa. Bila gambar diletakkan pada flashcard dan ditunjukkan kepada anak, dia akan mendapat dua bentuk rangsangan iaitu rangsangan penglihatan melalui gambar yang ditunjukkan dan rangsangan pendengaran melalui sebutan nama gambar tersebut.

Kenapa perlu ditunjuk secara flash atau cepat?
Sekarang cuba bayangkan rumah anda. Berapa masa diambil untuk imej rumah terbayang di hadapan mata. Ramai yang akan mengatakan sekelip mata sahaja. Ini menunjukkan bahawa otak berfungsi secara cepat iaitu otak adalah mekanisma berkelajuan tinggi. Otak jika diibaratkan seperti komputer dapat menghasilkan semula gambaran rumah kita kerana ia sudah diberi input atau maklumat imej tentang rumah pada suatu masa dulu. Dengan itu, apa yang kita lakukan adalah bersesuaian dengan cara otak kita berfungsi. Lagipun, mata dan telinga hanya berfungsi seperti kamera dan perakam suara. 

Bagaimana pula tentang saiz kad dan kualiti gambar?
Adakah kerana anak itu masih kecil, mempunyai jari-jari kecil maka saiz kad juga harus kecil? Realitinya, jika gambarnya kecil dan kurang jelas anak yang kecil tidak akan dapat melihatnya dengan jelas. Kualiti gambar seharusnya menunjukkan imej sebenar objek yang disampaikan. Bagaimana pula dengan flash card yang mempunyai gambar serta perkataannya sekali? Tidakkan ini menjimatkan masa dan tenaga kita mengajar dua perkara sekaligus? Tetapi anak cuma akan fokus pada satu benda pada satu masa sahaja, besar kemungkinan anak akan memberi tumpuan kepada gambar dan bukan perkataan. Lagipun saiz perkataan mungkin terlalu kecil untuk sistem penglihatan anak yang masih belum matang. 

Anda mencari flash card terbaik untuk anak-anak?
Kami menyediakan pakej-pakej terbaik untuk flash card.
****************************
PAKEJ FLASHCARD AMAZING BOARD

RM64/exclude postage

PAKEJ SET 6 BUAH KAD IMBAS

RM68/exclude postage

PAKEJ FLASHCARDS BAHASA INGGERIS

RM112/exclude postage





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda?
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


No comments:

Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015