Saturday, 28 May 2016

Kawal Anak Ketagih Tablet / iPad



Hari ni terjumpa semula post yang lama saya kat fb bertarikh 16 August 2015.


"Beberapa minggu lalu, saya buat peraturan baru untuk Rayyan, iaitu semasa hari persekolahan dia tidak dibenarkan untuk bermain dengan tablet. Hari sekolah adalah hari belajar. Rayyan hanya boleh main tab pada hujung minggu sahaja.

Alhamdulillah dia boleh ikut peraturan baru. Tapi, hari-hari Rayyan akan tanya, ‘Mama, hari ni kita cuti ke?’ Walaupun petang tu dia baru je abis sekolah haha. Wat lawak ke apa anak aku ni. Memang tak sabar betul nak dapat tengok Youtube dan bermain dengan tablet la tu.

Tapi, bila tiba hujung minggu, memang Rayyan akan tengok dengan lama tetapi saya tak kan charge tablet tu sampai 100%. Paling banyak pun 50% je. Tapi biasanya 30% dia dah tak sabar nak main. Erm lagi bagus la sebab dalam 2jam dah abis bateri, dan dia tak mintak lg nak main. Sebab mama cakap tablet kena charge sekali je sehari nanti meletup terus rosak, pastu kang langsung tak boleh main. Berjaya jgk la taktik ni huhu. Mujurla dia tak pandai nak ON sendiri charger tu.

Kalo weekend awal plak dia bangun & terus cari tab dia. Tapi sebelum pegang tab memang nak kena suruh dia mandi dan sarapan dulu. Kalau tak, nanti entah pukul berapa dia akan mandi. Nak suruh makan pun susah kalau mata dah melekat pada tab. Yang penting bila malam dia tahu tugas dia still kena belajar "


Itu dulu...sekarang tablet dia langsung dah takde. Last dia pegang tablet tu masa cuti sekolah Disember tahun lepas. Pastu start je sekolah langsung dia dah tak dapat pegang sebab mama dah sorok, bagitau dia hantar kat kedai cina, baiki. Sampai la sekarang dia duk tanya kenapa tablet tu lom siap baiki lagi. Haha..Kadang2 dia dapat jugakla tengok youtube kat hanset mama, kalo hari tak sekolah tapi kejap je. Dia pun sekarang dah pandai search sendiri apa yang dia nak tengok, sebab dah pandai mengeja. 

Korang punye cara camna plak ye ?






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 

Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


No comments:

Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015