Monday, 23 May 2016

Apa Kelebihan Homeschooling ?



Boleh tak u olls translate kan HOMESCHOOLING ni?
Haa..betul la tu..BERSEKOLAH DI RUMAH

Homeschooling ni ada 2 kategori. Ada yang 100% apply homeschooling ni , maksudnya memang tak hantar anak ke taska/tadika. Takdela nak cari baju uniform, ye dak. Tapi mama la yang kena disiplin jugak tau. Kang dua2 ke laut. Ada jugak yang 50% apply homeschooling ni, maksudnya siang hantar anak ke taska/tadika dan apply homeschooling pada malam hari atau weekend je.  So kat sini saya cuma fokuskan pada yang part time homeschooling gitu, since saya pun keje kan. 



Jom cek-it-dout apa kelebihan HOMESCHOOLING ni ye ?

1) Tiada tekanan untuk anak

Aktiviti yang kita buat dengan anak bergantung kepada minat anak, so anak tak bosan dan takde pressure la. Ianya bergantung kepada kekuatan dan potensi anak-anak. So diaorang akan jadi lebih seronok la untuk belajar kan. 

2) Relationship parent-child lebih kuat

Homeschool akan memberikan komunikasi yang baik antara parent dan anak. Lebih masa yang akan diperuntukkan bersama anak. Tak perlulah tunggu musim cuti sekolah kan baru nak bersama-sama anak. 

3) Smaller group (one to one)

Parent akan ada lebih tumpuan dengan anak, ye la dah sorang dua je pun kan kat rumah. Bukannya 20 orang macam kat tadika hikhik. So senangla nak approach one to one kan.

4) Waktu yang fleksibel

Anak akan menjadi lebih fokus sebab waktu adalah fleksibel dan ikut mood anak. Kalo saya sendiri, kalo mood anak tak ok memang saya takkan buat aktiviti dengan anak. Nama lagi fleksibel kan hehe. 

5) Tiada had jadual

Contohnya kalo minggu tersebut anak-anak nak belajar tentang bentuk, adik nak belajar bentuk bulat dan si abang pulak nak belajar segitiga. Tetapi jika abang tidak suka dengan segitiga, dia boleh membantu adiknya belajar bentuk bulat dengan cara menunjukkan kepada adik barang-barang dalam rumah yang berbentuk bulat. Menarik bukan !



So semuanya bergantung kepada kita sebagai ibu bapa. Kita la yang paling tahu apa yang diperlukan oleh anak kita. Jangan memaksa anak jika anak tidak mampu. Terima mereka seadanya, kerana anak adalah ciptaan Allah yang paling indah.






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


No comments:

Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015