Friday, 4 December 2015

Tips membaca dengan anak-anak




Lately saya suka baca blog-blog parenting berkenaan membaca. Maklumlah sekarang nak kena improve reading Rayyan, so macam2 method la kena search. Banyak dapat idea dari penulisan hebat tentunya dari ibu2 hebat. Bila dah baca kena la apply kan. So kita sama-sama la share apa yang saya tau, semoga ramai yang mendapat manfaat dari sedikit perkongsian ini.

Bagaimana cara membaca bersama anak-anak di rumah?

1) Set minda

Jangan jadikan sesi membaca sebagai sesi membaca semata-mata. Jadikan ianya sesi yang menyeronokkan. Takut nanti menjadi tekanan kepada anak-anak plak. Berikan juga kebebasan kepada anak untuk bersuara, memberi pendapat dan bercerita. Biar anak meneroka imaginasi sendiri. Erm yang ni memang selalu la Rayyan buat. Baca tajuk depan je dah mula la reka cerita. Semuanya tak logik plak tu. Layannn...

2) Tidak harapkan feedback

Jangan mengarapkan pulangan yang tinggi dari anak. Ye la budak-budak ni ikut mood diaorang je kan. Kadang-kadang aktif sangat. Kadang-kadang wat dek je haha. Sekiranya kita demand feedback, takut nanti kita plak yang stress.

3) Pilih buku sendiri

Haaa...ni memang masalah bila banyak sangat buku yang nak dipilih. Tapi ini penting sebab dia akan minat nak baca buku yang dia pilih. Tapi kadang-kadang ntah apa2 buku pun dia amik. Tapi takpela, asalkan ada buku yang nak dibaca pada sesi tu.



4) Take turn

Ni kena apply kalo ada anak lebih dari sorang. Macam saya pun ada 2 orang anak. Sorang 5 tahun, sorang lagi nak masuk 2 tahun. Nak kena gilir-gilir baca buku kalo tak ada yang mengamuk. Tapi kadang-kadang sorang baca sorang lagi menumpang. Tapi adik memang macam tau turn dia, dia akan kelek buku dia dan duduk kat riba tunjuk buku dia.



5) Libatkan aktiviti fizikal

Tak semua buku yang kita boleh buat aktiviti fizikal. Tapi sebolehnya try la buat walaupun sikit. Boleh start dari page depan. Contohnya kalo buku cerita berkenaan gosok gigi. Jom gosok gigi semua, bolehla buat action gosok gigi tu hehe. Bole juga suruh anak ceritakan apa yang dia nampak kat cover page, dan suruh buat gaya sekali. Menarik kan..



6) Baca satu persatu

Bacakan word by word. Tunjukkan mana perkataan yang kita baca. Jika anak bertanya semasa membaca, layankan aje. Walaupun anak akan reka sambungan cerita sendiri.



7) Berikan reward dan pujian

Ni paling penting , selepas abis setiap sesi amalkan bagi pujian dan boleh juga kadang-kadang bagi reward. Lagi bagus bagi ciuman dan pelukan.



Semoga dapat memberi manfaat kepada semua ye.





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak?
 Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608





No comments:

Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015