Wednesday, 18 November 2015

Aktiviti melatih anak menulis


Lately saya banyak mencari kat cik Google tentang kaedah nak rajinkan anak menulis. Maklumlah anak2 yang pandai membaca tak semestinya pandai menulis tau. Sama macam anak saya. Walaupun Rayyan dah abis lama buku Bacalah Anakku, tapi dia sangat lambat dalam mengeja dan menulis. Nak suruh menulis punyalah malas dia ni. 

Risau sebenarnya dengan dia. Walaupun baru 5 tahun, tapi kalau tak dilatih dari sekarang, makin lambatlah dia menguasai kemahiran menulis. Maka mulalah mama merajinkan diri mengklik mengklik mencari info yang berguna. 

Antara kaedah yang saya jumpa dan saya pandai2 je reka sendiri:

1) Selalu bacakan buku cerita. Boleh main kad imbas jugak sambil membaca. Boleh suruh anak susun2 kad imbas dan jadikan perkataan.

2) Melukis juga bagus.Suruh anak lukis apa2 gambar yang dia suka. Pastu suruhlah anak buat ayat daripada gambar tu dan jadikan cerita. Haa....jangan lupa tulis kat bawah tu "cerita ini ditulis oleh...". Pastu bolehla tampal kat peti. Mesti anak suka 

3) Sambil2 mama nak gi beli barang dapur, bolehla ajak anak libatkan diri jugak. Paling simple suruh anak tulis barang keperluan yang nak dibeli. Kan secara tak langsung dah boleh belajar mengeja.

4) Tulis diary. Nampak macam sentimental kan. Kalau anak lelaki ni tak pasti la boleh jalan tak dengan idea ni haha. Kalau perempuan maybe bolehla kot. 

5) Tulis nota kecil dan tampal kat peti. Tulis nota kecil setiap hari. Tulis la apa2 pun . Pesanan ringkas je pun takpe.

6) Main-main ambil order kat kedai makan. Nak order apa cik ? mee goreng? air limau ? Haa...suruh eja jangan tak suruh

7) Main pesakit-doktor. Cik sakit apa hari ni? Kihkih





Nota kecil dari Rayyan

tak reti nak lukis? gunting je any pic & tampal. pastu buatla ayat

Sekian dulu hasil membebel saya pada petang ni. Semoga ketemu dilain entry. Saya nak sambung google lagi..






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608







No comments:

Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015