Tuesday, 15 November 2016

Adik dah ada Geoboard


Dah lama teringin nak buat geoboard, kesnya sebab baca buku 3 Krayon tu la. 
Memang recommended untuk boy.
Gigihla mama ke DIY cari barang2 nak buat geoboard ni.

Board ni ntah nama apa pun tak tau beli kat DIY. 
Ada banyak saiz sebenarnya, tapi beli yang kecik sudahla.
RM4 kot board ni. Ada free dalam 5 batang paku.

Pastu beli paku tekan sekotak.
Yang kaler2 ni lagi menarik.
Ada jugak yang kaler putih je, tak de menarik perhatian langsung.
Getah tu plak, kalo dah ada kat rumah tak yah la susah2 nak beli ye.
Guna je apa yang ada.
Tu saya guna getah kat rumah je.
Takde? Ala nanti korang beli barang yang ada getah ikat tu, simpan je la. 

Maka terhasillah geoboard ni untuk Ilan Waizz.
Yang pasti berebut-rebut dengan abang dia.
Sudahnya mengamuk la sebab tak cukup getah.







Ni contoh lain untuk geoboard, guna paku biasa. 



Umur berapa sesuai main geoboard ni ?
Jawapannya ikut kemampuan anak, sebab ibu je yang tau tahap anak masing-masing.
Kalo anak masih suka masuk barang dalam mulut tu, tok sah lagi la ye.
Tengok anak saya 6 tahun pun berebut-rebut lagi dengan adik dia. 😆

Apa plak kelebihan geoboard ni ?
Geoboard ni bagus untuk fine motor dan brain development anak.
Praktis jari-jemari jugak ye.
Kognitif dan hand-eye coordination juga makin berkembang.

Ok pasni bolehla pi cari papan2 mana yang ada ye.
Selamat mencuba semua.






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


Saturday, 5 November 2016

Meneroka alam mengenali batu dan rumput


Ambik angin petang2 memang adik suka. 
Petang ni mama ajar adik mengenali batu dan rumput. 
Abis semua dia nak kutip. 
Untungla kat laman rumah ada rumput dan batu jugak.




Aktiviti mudah ini boleh merangsang perkembangan deria bau, lihat, dengar dans etuh mereka.
Ia juga turur merangsang koordinasi tangan dan mata yang
merupakan kemahiran yang perlu dikembangkan.

Camna nak buat tu?

1. Bawa anak melihat pokok-pokok kecil di halaman rumah. 
Kalau rumah korang tu takde halaman, bawala ke taman ye. 
Tunjukkan dan beritahu tentang pokok.
Nyatakan warna pokok, daun dan biar dia menyentuhnya. 

2. Biarkan anak terdedah kepada cahaya matahari sekali sekala tau.
Jangan duk berkurung je dalam umah.
Tak itam pun kalau keluar rumah huhu.
Beritahu si kecil tentang cahaya matahari.

3. Pilih pokok yangberbunga dan berwarna. 
Ia membantu anak fokus kepada objek yang dilihatnya.
Biarkan dia bau dan sentuh bunga tersebut.
Boleh ceritakan tentang bau wangi ye.

4. Setelah penat berjalan dan belajar, lihat dan pandang ke wajahnya. 
Katakan hari ini sangat menyeronokkan kerana 
dapat belajar tentang alam semulajadi.









Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


Friday, 4 November 2016

Erm Hari-hari Mengeja



Eh..ni post tentang mengeja yang ke brape eh?
Ke-3 kot rasanya.
Banyak je draft tapi tak siap haha
Tu yang lupa terus mak.

Ni latihan simple-simple je kot.
Takde ayat sangat la.
Tengok gambo bawah ni.
Ni macam biasalah, gunting majalah lama mama.
Pastu tulisla tu gambo apa yang dia tampal tu.


Jom tengok yang bawah ni plak.
Haa..ni gile senang tau.
Tengok sekeliling dan tulis la apa yang anak nampak.
Jangan apa yang mama nampak, pandangan kita tak sama huhu.

eh dia eja duit..mata duitan jugak rupanya

Nampak tak buah mangga tu?
Tanya dia suka makan apa, dia lukis plak pokok.
Tiba-tiba.
Rupanya dia teka teki plak dah, ni pokok apa.
Pokok mangga hokey, sejak bila ntah dia suka makan mangga.


Ni plak saja santai-santai.
Test dia dengan "ng".
Maka mama mengarut la sebut perkataan ada "ng"
Eja jangan tak eja.



Erm harap mama semua dapatla seposen dua ye idea-idea untuk aktiviti mengeja bersama anak.
Yang penting ada usaha nak buat tau.
Jangan tengok je, habuk pun tarak.




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


Berlatih M.E.N.G.E.J.A jom !


Salam semua
Kali ni nak sambung lagi sharing tentang latihan mengeja

Sebenarnya macam-macam aktiviti kita boleh buat untuk latihan mengeja ni
Cuma mama kena kreatif ye

Contoh gambo kat bawah ni, saya suruh Rayyan pilih picture yang dia nak
Dia gunting gambo yang dia nak dari majalah lama
Pastu suruh dia tampal dan tenung gambo tu lama-lama ye
Suruh dia keluarkan apa yang dia nampak dalam gambo tu
Maka keluarla banyak perkataan yang dia dapat eja
Kan dah siap latihan mengeja dia
Yeahhh 



Yang kat bawah ni plak, lebih kurang jugakla.
Dia gunting sendiri gambo yang dia minat.
Ntah napa la dia minat gambo susu tu kan.
Suka hati la nak.
Kali ni saya suruh dia buat beberapa ayat describe tentang gambo.
Cukupla dalam 3 ayat ye.
Jangan suruh dia buat karangan cam UPSR tu plak.
Matilanak. Tiba-tiba.

eh apa kaitan dengan susu mama basi tu ?

Yang bawah ni plak dia nak cerita tentang superhero pujaan hati dia.
Erm ambikla komik Boboiboy dia yang baru beli siang nya tu. 
Maka berusahalah dia tulis watak-watak Boboiboy yang dia tahu, 
yang mama pun tak tahu apa pun sebenarnya. 



Sekian la perkongsian tentang latihan mengeja kali ni.
Nanti kita sharing lagi ye.
Jangan lupa mengeja rajin-rajin ye adik-adik semua.
Bye bye ta ta. 



Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608

Ibu pun excited dengan Magic Coloring Book


Selamat malam semua..mentang-mentang berblogging malam, so kita wish selamat malam la ye.
(^_^)

Anyway mama semua duk watpe?
Duk beraktiviti dengan anak-anak ke?
5-10 minit pun dah ok tau spent time dengan anak.

Eh lari topik lak.
Sebenarnya nak share testimoni Magic Coloring Book yang best tu.

Anak-anak semua happy tau dapat mewarna dengan buku ni.
Ibu pun excited nak join sama. 









Haa...camna?
Best kan?
Rasa cam teruja nak mewarna sama.
Sebab i pun sama, bila dapat i yang sibuk nak try haha.

Ada lagi entry tentang Magic Coloring Book ni.
Boleh klik sini




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015