Tuesday, 22 December 2015

School holiday reward chart


Bila tiba cuti sekolah mama la yang paling pening nak pikir aktiviti anak. Tapi anak la yang paling happy dapat cuti. Nak suruh buat sesuatu pun bukan senang kan anak-anak ni.

Google punya google dapatlah idea ni. Reward chart sempena cuti sekolah. Tengok orang lain buat bukan main cantik. Tapi nak buat sendiri memang tak reti. Erm kita edit je la mana yang ada haha. Nak buat dalam 1 sheet je pun tak reti. Maka terhasil lah yang banyak2 page ni. Ok la dari takde kan.

Banyak jugakla kategori yang mama buat. English, BM, reading, math, Iqra' dan jam. Tiap kali pas belajar bolehla tampal sticker. Tapi bila dikira jenuh jugakla kalo nak tunggu penuh tu. Tapi takpela, buat sikit-sikit. Tak complete semua pun takpe. 

Mama janji kalo dapat penuhkan ni baru dapat beg sekolah Tobot. Erm tapi sebenarnya mama dah siap2 beli pun beg sekolah tu cuma simpan je dulu. Kalo tak complete pun chart ni dapat jugakla nanti beg baru. Cuma tak boleh la bagitau awal2 kan.

So kalo ada sesiapa yang cedok idea ni bolehla. Template sila google sendiri ye, pastu edit je. 


Ni plak reward chart kalo baca buku cerita setiap hari. Memang tak la kalo baca setiap ari tu kan (^_^)







Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608








Adik suka aktiviti pom pom




Adik memang suka beraktiviti. Tapi tak lama. Kejap je dia akan lari. Biasalah dah nama budak-budak haha. Kali ni nak share aktiviti pom-pom adik. Bila weekend memang nak kena pikir nak bagi dia buat aktiviti apa. Nak kena cari jugak barang yang dah ada kat rumah.

So mama guna lah storage bottle adik yang berlambak2 kat umah tu. Pom-pom pun ada banyak. Penyepit? aa tu penyepit mama wat masak tu. Takde la cam orang lain nak guna spatula ke apa ntah. Barang-barang dah cukup, mari kita main ye dik.

Senang je aktiviti ni. Just nak melatih motor skill anak-anak. Ye la, bila dah pandai sepit dan masukkan dalam bekas lain tu, koordinasi mata & tangan berlaku serentak. 

Waa...good job adik.

Dia sangat teruja..yeayyy!!!







Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608




Senangnya belajar jawi dengan buku Ibu Ajarku Jawi




Siri Ibu Ajarku Jawi disusun khas untuk kanak-kanak mempelajari asas kemahiran membaca jawi. Siri ini diolah dengan pendekatan binaan dari suku kata, perkataan, frasa dan akhirnya menjadi ayat. Illustrasi yang menarik pasti menimbulkan minat kanak-kanak untuk mempelajari jawi menggunakan siri ini. 1 set buku ni ada 7 buah buku.

Bestnya buku ni sebab menggunakan kaedah fonetik. Macam Bacalah Anakku tu la jugak tau. Suku kata sangat mudah dan berima. Perkataan-perkataan juga berulang. Buku ni sangat colorful, so lagi la kanak-kanak suka kan.




Rayyan ni memang tak pernah saya ajar jawi sebenarnya. Tapi since silibus 6 tahun kat tadika ada jawi, dan tadika dia juga menggunakan buku ni, dia dah kena start slow-slow. Yang bestnya 1st time dia tengok buku ni terus dia boleh baca perkataan tu. Sangat la senang tau. 










Dalam buku ni pun ada latian jugak tau. Bolehla belajar tulis jugak.











Harga : RM40
Exclude postage




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608





Friday, 4 December 2015

Bagaimana memilih buku yang sesuai untuk anak 0-2 tahun ?




Tak tahu nak guna buku apa untuk anak?
Untuk anak 0-2yr !

Macam2 persoalan bermain di fikiran.


Sesuai ke buku ni dengan umur dia?

Dia suka ke nanti?
Tahan lama ke tak?


Semuanya bgantung kpd fasa anak skrg. 
Bg yg baby boleh bg buku kain (softbook). Sambil main sambil makan.😊
sbb masa ni fasa nak makan buku. Tak tahu nak guna buku apa untuk anak?




Bila dh bsr sikit masuk fasa koyak buku, lain plak blhla belikan buku yg cardboard/kulit keras. Boleh juga belikan buku flip flap. Kanak2 sgt suka explore buku flip flap ni.




Dah lepas fasa makan & koyak buku bolehla belikan buku kertas biasa. Skrg anak sy sukakan buku feel & touch. Skrg dia baru nk masuk 2y. Buku feel & touch ni boleh sentuh dan rasa texture buku tu. Kalo crocodile rasala camna skin croc tu. Kalo tiger plak rasalah belang2 tu.



Boleh juga belikan buku yg byk gambar instead of berlambak2 tulisan. Bukan dia reti baca pun kan. So bila byk gambar biar dia tgk gambar2 tu dan kita yg kembangkan idea utk dia sambil bercerita.




Insyaallah..bila dah selalu praktis beli buku utk anak,lama2 kita akan tahu buku yg mana sesuai dgn anak masing2.

Enjoy reading with ur little ones !






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608





Tips membaca dengan anak-anak




Lately saya suka baca blog-blog parenting berkenaan membaca. Maklumlah sekarang nak kena improve reading Rayyan, so macam2 method la kena search. Banyak dapat idea dari penulisan hebat tentunya dari ibu2 hebat. Bila dah baca kena la apply kan. So kita sama-sama la share apa yang saya tau, semoga ramai yang mendapat manfaat dari sedikit perkongsian ini.

Bagaimana cara membaca bersama anak-anak di rumah?

1) Set minda

Jangan jadikan sesi membaca sebagai sesi membaca semata-mata. Jadikan ianya sesi yang menyeronokkan. Takut nanti menjadi tekanan kepada anak-anak plak. Berikan juga kebebasan kepada anak untuk bersuara, memberi pendapat dan bercerita. Biar anak meneroka imaginasi sendiri. Erm yang ni memang selalu la Rayyan buat. Baca tajuk depan je dah mula la reka cerita. Semuanya tak logik plak tu. Layannn...

2) Tidak harapkan feedback

Jangan mengarapkan pulangan yang tinggi dari anak. Ye la budak-budak ni ikut mood diaorang je kan. Kadang-kadang aktif sangat. Kadang-kadang wat dek je haha. Sekiranya kita demand feedback, takut nanti kita plak yang stress.

3) Pilih buku sendiri

Haaa...ni memang masalah bila banyak sangat buku yang nak dipilih. Tapi ini penting sebab dia akan minat nak baca buku yang dia pilih. Tapi kadang-kadang ntah apa2 buku pun dia amik. Tapi takpela, asalkan ada buku yang nak dibaca pada sesi tu.



4) Take turn

Ni kena apply kalo ada anak lebih dari sorang. Macam saya pun ada 2 orang anak. Sorang 5 tahun, sorang lagi nak masuk 2 tahun. Nak kena gilir-gilir baca buku kalo tak ada yang mengamuk. Tapi kadang-kadang sorang baca sorang lagi menumpang. Tapi adik memang macam tau turn dia, dia akan kelek buku dia dan duduk kat riba tunjuk buku dia.



5) Libatkan aktiviti fizikal

Tak semua buku yang kita boleh buat aktiviti fizikal. Tapi sebolehnya try la buat walaupun sikit. Boleh start dari page depan. Contohnya kalo buku cerita berkenaan gosok gigi. Jom gosok gigi semua, bolehla buat action gosok gigi tu hehe. Bole juga suruh anak ceritakan apa yang dia nampak kat cover page, dan suruh buat gaya sekali. Menarik kan..



6) Baca satu persatu

Bacakan word by word. Tunjukkan mana perkataan yang kita baca. Jika anak bertanya semasa membaca, layankan aje. Walaupun anak akan reka sambungan cerita sendiri.



7) Berikan reward dan pujian

Ni paling penting , selepas abis setiap sesi amalkan bagi pujian dan boleh juga kadang-kadang bagi reward. Lagi bagus bagi ciuman dan pelukan.



Semoga dapat memberi manfaat kepada semua ye.





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak?
 Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608





Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015