Tuesday, 27 November 2018

Aktiviti Pengukuhan Mengeja sambil Menulis


Lama tak update aktiviti anak-anak kat sini.
Tak sempat sangat-sangat, especially aktiviti si adik ni.
Dulu time abang dia kecik banyak masa nak share aktiviti.

Ilan sekarang dalam proses belajar membaca.
Tapi saya galakkan dia menulis juga.

Parents kena kreatif fikirkan aktiviti mengeja dan menulis anak-anak ye.
Macam-macam la boleh buat untuk tarik perhatian anak-anak.

Si adik ni payah sikit nak fokus.
Nak menulis pun macam-macam alasan.
Dapat menulis beberapa words dalam 1 sesi pun dah ok.

Since sekarang ni cuti sekolah, 
kena ada aktiviti pengukuhan la sebelum naik tahun baru kan.

Saya dah plan untuk ajak dan pujuk Ilan menulis setiap malam.
Setakat 2 hari ni berjaya lagi la hehe.

Jom tengok apa yang dia tulis.


Ni warming up je dulu ni..
bagi dia yang senang-senang dulu


Bila nampak dah mula ke lain tu, 
cuba buat cara lain pula.

Saya tanya dia nak lukis tak.
Nak lukis apa? Biar dia pilih.
Haa dia nak lukis abang dia.
So dah lukis tu bolehla label dan kita sebut, dia tulis.
Dengan bantuan tau..kang stress anak tu .


2nd nite dia lukis bunga plak.
Agak susah skit sebab ada 'nga'
tapi dengan bantuan boleh dia buat.




Ni plak dia tulis apa yang dia baca.
Menggunakan kad imbas bacalah sayang.
Big size kad ni.
Detail ada kat sini Kad Imbas Cepat Membaca

So ibu-ibu jangan putus asa ajar anak-anak di rumah ye.
Insyaallah usaha tu yang penting.

Ok lah nanti saya share lagi ye.☺




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp 019.9425608 





No comments:

Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015