Showing posts with label Bacalah Anakku. Show all posts
Showing posts with label Bacalah Anakku. Show all posts

Tuesday, 1 May 2018

Journey Fonik Ilan Waizz


Dah bulan May
Baru nak abadikan memori Ilan Waizz kat blog
Mama super buzy huhu
Adik dah 4 bulan pun ke tadika 
Dah banyak adik belajar

Mulanya mama sangat risau
dari tahun lepas adik sangat tak minat nak belajar
Dan dia agak lambat menerima apa yang diajar
Maklumla..lahir bulan 12 haha
Orang lain dah nak masuk tahun baru dia baru sambut birthday
Masuk Jnauary dia masuk kelas 5 tahun, tapi sebenarnya dia baru masuk 4 tahun
Semuanya dia lambat
Tapi takpela..slow slow ye dik
Yang penting kita tengok pada usaha, bukan hasilnya

Meh nak share adik belajar fonik
Masuk bulan 1 dia ke tadika memang dia baru je buku 1 Bacalah Anakku (BAK)
Walaupun dah lama mama mula dan ulang-ulang
tapi dia tetap la macam tu juga
Dia sangat susah nak gabung bunyi
Stressss mama tau dik

Tapi Allah bagi rezeki dipermudahkan urusan adik
3 hari ke tadika dia dah ke buku 2 BAK
Dia sangat happy ke tadika rupanya
Dan mama perasan 1 perkara..dia nak suasana ramai kat tadika baru nak belajar huhu
Balik tadika, dalam kete dia akan excited bukak semua buku dia tunjuk kat mama
Excited dia bagitau berapa star dia dah dapat sepanjang hari tu
Yeay..i am happy

mula buku 2 BAK minggu pertama ke tadika

Sejak ke tadika, adik makin rajin mewarna
Dan prestasi mewarna dia makin memuaskan hati mama ☺
Kadang-kadang sampai tertido la dia duk mewarna 

So mama cari la worksheets yang dia boleh mewarna juga



Sambil membaca kena belajar menulis juga. 
Guna Fonetik Ekspres
Kalo nak tau detail boleh search Fonetik Ekspres kat sebelah ye




Haa nampak tak kesungguhan dia ? Hehe

Ok lah nanti kita share2 lagi tau






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608








Tuesday, 29 August 2017

Set Asas Membaca Seawal 4 Tahun


Salam semua...eh lusa hari kemerdekaan. 
Selepas 31.8 hari raya haji plak..yeay..berderet la cuti
Seronok...

Dah lama sebenarnya tak create post baru, sangat2 tak sempat.
Tika dan saat ni rajin la plak, sebab? sedang berkursus ☺☺☺

Lately ramai yang mencari set asas nak ajar anak membaca.
Kenapa ye?
Mungkin sebab dah nak akhir tahun kot, risau..anak tak boleh membaca
biasalah...dilema mak-mak kan

Ni yang saya boleh suggest.

❤ Set Bacalah Anakku
❤ Fonetik Ekspress 1
❤ Fonetik Ekspress 2

Apa yang best dengan set ni ? 
Jom tengok



Kat bawah ni Set Bacalah Anakku.
Ada 8 buku dan kad imbas.







Kat bawah ni plak buku aktiviti Fonetik Ekspress 1 & 2






Buku Aktiviti Fonetik Ekspress 1&2 merupakan sebahagian daripada aktiviti bahasa yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak dalam usaha menguasai kemahiran membaca. 
Buku ini menekankan aspek pengamatan dan diskriminasi huruf-huruf serta kekuatan ingatan mental meraka.
So sambil2 belajar bolehlah buat latihan kan, takde la boring nanti.


Sesuai untuk umur berapa ye?
Sesuai untuk yang baru mula nak membaca, seawal 4 tahun dah boleh.

Nak anak cepat membaca tak?
boleh la risik2 dulu ye..


Harga : RM55.80
Exclude postage



Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


Monday, 8 August 2016

Aktiviti Pengukuhan Fonik a, i , dan u


Bagi anak-anak yang dah sikit-sikit mengenal a, i dan u, bolehla mummies sume buat latihan pengukuhan ye. 






Untuk aktiviti pengukuhan, boleh tunjukkan bunyi a, i dan u. 
Ulang balik bagaimana hendak membunyikan setiap satu huruf itu. 

Contohnya:

* Buka mulut besar bunyinya /a/ aaaaaa
* Senyum bunyinya /i/ iiiii
* Muncungkan mulut bunyinya /u/ uuuuu




Kemudian biar anak tunjuk dengan jari kelingking bunyi-bunyi huruf di atas.
Berulang-ulang kali sehingga anak itu betul-betul mengenal setiap bunyi huruf itu dan bukannya menghafal bunyi-bunyi huruf tersebut.

Boleh juga menggunakan kad imbasan untuk aktiviti pengukuhan ini.
Tunjukkan berulang kali sehingga anak-anak boleh mengenali kesemua bunyi-bunyi huruf a, i dan u tersebut. 





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608




Saturday, 6 August 2016

Langkah Asas Mengajar Bunyi


Langkah-langkah ini adalah langkah mula nak ajar anak fonik ye. Saya copy dari buku Permainan Kreatif yang ditulis oleh penulis buku Bacalah Anakku. Dah diajar step-by-step, siap dengan dialognya lagi. Tinggal kita je nak apply atau tak. 




Langkah 1 - Perkenalkan Bunyi

a) Dapatkan perhatian anak

"Adik, hari ini kita akan belajar satu bunyi baru. Nak dengar tak ?"

b) Sebut bunyi beberapa kali, 4-6 kali dengan jelas

"Dengar baik-baik ye, tengok ni mulut mama."

c) Tanya anak bunyi yang didengar.

"Adik, bunyi apa yang adik dengar tadi ?"


Langkah 2 - Berlatih Menyebut Bunyi

a) Sebut bunyi bersama ibu sebanyak 5 kali

"Adik, jom kita sebut sama-sama nak tak?"

b) Ulang lagi tetapi ibu tidak menyebutnya

"Bagus, boleh sebut 5 kali lagi.."


Langkah 3 - Perkenalkan Simbol Bagi Bunyi Yang Diajar

a) Tunjukkan simbol dan mengulangi sebutannya sehingga mantap dan puas hati

"Adik, inilah bunyi...?"

"Bunyi apa ini ?"

"Cuba sebut bunyi ini 5 kali"


Langkah 4 - Aksi asosiasi

Contoh teknik asosiasi:

Jika ajarkan 'a' buat aksi terkena api atau benda yang panas sambil menyebut "aaaaa".

Jika ajarkan 'i' buat aksi geli apabila menggeletek pinggang atau bahagian badan yang lain sambil menyebut "iiiii" gelinya.

Jika ajarkan 'u' buat aksi jari berjalan di atas tangan sambil menyebut bunyi "uuuu" ulat.


Senang tak? Menarik tak? Jom try dengan anak-anak.




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608






Ilan Waizz dan Fonik


Salam mummies sume..
Hari ni rajin sikit nak share aktiviti anak saya yang ke-2, Ilan Waizz. Sekarang 2 tahun 8 bulan. Saja je cuba2 fonik kat dia, bagi dia biasa. Tapi tak memaksa. Kalo dia taknak takpe. Tapi so far dia rajin dan berminat. So mama on je la. 

Hopefully yang  baca entry ni dah tau apa itu fonik ye. Kalo belum tau bolehla search kat tepi link yang ada tu. Parents yang nak try fonik memang kena tau ye, kena rajin search, kena rajin tengok UTube. Sebabnya kalo nak cerita memang susah tau, sebab melibatkan sound. How to pronounce the alphabet. Sebab fonik ni kena sebut dengan betul. Tak perlu kenal huruf. Haa? Camna tu ? Tu la mummies sume kena search dulu ye. 

Pengalaman dengan anak pertama saya, Rizq Rayyan dengan fonik sangat pantas, tak sempat nak rakam ke nak snap pictures aktiviti ke apa. Tapi ada la jugak gambar-gambar berkaitan cuma tak banyak. Sebab saya bermula lambat. Saya bermula ketika umur dia masuk 4 tahun, memang betul-betul pada bulan dia mencecah 4 tahun. So memang pada tahap tu anak sangat cepat belajar sebab otak dah betul-betul ready nak belajar. Jadi pembelajaran dengan dia sangat cepat berlaku. Alhamdulillah dia lancar membaca pada umur 5 tahun. 

So kali ni saya nak try kat anak yang ke-2, so kena simpan pictures and video yang berkaitanla. Saya juga dalam usaha menghasilkan e-book untuk anak-anak membaca, Insyaallah.

Nak ajar fonik ni bukan setakat membaca ye. Kena kreatif buat macam-macam aktiviti. Terpulangla pada mummies nak buat apa, asalkan anak-anak suka. Ilan dah biasa dengan beberapa page Buku Bacalah Anakku, jadi tak jadi masalah bila mama tunjuk dia dah boleh sebut. Dia pun dah boleh bezakan mana a, i, dan u. Bukan huruf ye, tapi bunyi. Tengok mulut dia tu, nampak kan dia sebut "aaaa" instead of "ei".

Ilan boleh menyebut bunyi dengan betul apabila ditunjuk 'a'

Jangan ajar banyak sangat tau sekali sesi, cukuplah 10 minit. Tapi selang selikan dengan aktiviti-aktiviti lain. So saya bagi dia aktiviti sorting a, i dan u. Tulis tangan je pun huruf-huruf tu hehe. Takpelah asalkan dia minat nak buat kan. Aktiviti berjalan dengan lancar tanpa disepah-sepahkan kertas tu. 

Kesibukan dia sorting kertas tu



Mummies pun kena bagi anak-anak aktiviti menulis tau. Kalo belajar a, i dan u, bagi dia belajar tulis benda yang sama la. Bagi dia lagi ingat kan. Macam kita la jugak, kalo belajar dengar je mesti lambat ingat. Kalo salin nota kan lagi cepat masuk kan. So saya bagi dia Kad Imbas Magik ni. Apa yang magik ? Sebab boleh tulis pastu padam.Taraa...memang magikla bagi anak-anak kecil kan. Selain ajar menulis, kad ni boleh tambah lagi fokus dia ye, sebab ye la nak kena fokus mata tu nak tengok line, pada masa yang sama control tangan jangan terkeluar landasan plak. 


Nampak tak dia sedang fokus tu


Haa...yang ni apa plak? Yang ni bukan aktiviti fonik ye, saja je dia mintak pen sebab nak tulis 'satu' katanya. Kita layan....




Korang nak tengok video tak? Meh tekan link ni, terus ke page facebook saya. 



Nak lagi info tentang fonik ? Klik sini





Nanti free kita share lagi ye tentang fonik & aktiviti anak-anak saya ni.



Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608






Saturday, 19 September 2015

Halangan Kaedah Fonik ?


Ramai yang salah anggap dengan kaedah fonik ni susah katanya. Saya dulu pun terfikir camana la nak ajar anak kaedah fonik ni. Banyak juga persoalan yang berlegar dalam fikiran ni. Rasanya sama je kot dengan parents yang lain. 

Antara persoalan yang timbul : -

* saya kurang faham pasal fonik/fonetik
* kaedah ni hanya sesuai untuk budak pandai
* nanti anak tak tahu abc
* anak tak pandai mengeja bila guna fonik
* anak tak pandai menulis bila guna fonik




Erm betulla, kalo tak tahu, tak faham camna nak ajar kan? So camna nak atasi nya ? Saya cuma baca Buku Panduan dan tengok VCD panduan yang diberi dalam set Bacalah Anakku. Saya juga banyak menonton YouTube mengenai kaedah ini. Boleh juga berbincang dan bertanyakan kepada ibu bapa yang lain yang sudah menggunakan kaedah ini kepada anak-anak mereka. 

Hanya sesuai untuk pelajar pandai ? Camna nak tau pandai ke tak kalo tak try kan. Alasan ni tak valid sebab anak-anak cuma perlu tau 30 bunyi sahaja menggunakan Bacalah Anakku. Tidak perlu hafal abjad (26 huruf) dan beratus pola suku kata sebagaimana kaedah mengeja tradisional, zaman kita dulu2 tu. 

Daripada pengalaman saya, anak saya bila dah pandai membaca automatik dia kenal huruf dan kenal huruf besar. Saya pun tak tau camana haha. Bila suruh tulis ayat pun dia boleh je tulis terus, bukan mengeja. So anak-anak fonik ni boleh menulis ye, jangan risau.  

So apa tunggu lagi?
Jom buka peluang kepada anak-anak anda untuk mencuba kaedah fonik. 






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp
019.9425608








Thursday, 4 June 2015

Pakej mula membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris


Kali ni saya nak share pakej membaca yang paling basic untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Memang biasanya customer akan beli set ni sekali dengan poster besar ni untuk ditampal kat dinding.

Pakej mula membaca Bahasa Melayu

Pakej ni ada 1 set buku Bacalah Anakku (8 buku + flash card). 
Ditambah pula dengan 1 set poster membaca Bacalah Anakku (11 poster)




Pakej mula membaca Bahasa Inggeris

Pakej ni ada 1 set buku Read Easy (8 buku + flash card ). 
Ditambah pula dengan 1 set reading poster Read Easy (14 poster)





Untuk lebih detail, boleh jenguk ke link yang berkaitan dengan Bacalah Anakku, Read Easy Phonics, Poster Membaca Bacalah Anakku & Reading Poster Read Easy




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp 019.9425608 







Saturday, 2 May 2015

Anak berumur 1-2 tahun. Apa yang perlu dibuat ?




Kanak-kanak berumur 1 tahun sudah mula meneroka alam sekeliling. Mereka sudah mula berjalan, malah berlari. Kanak-kanak 1 hingga 2 tahun juga banyak menggunakan komunikasi tanpa lisan (non verbal communication). Mereka mempelajari bahasa dalam bentuk pasif (memahami) daripada bentuk aktif (bercakap). Pada peringkat ini, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui meniru percakapan dan kelakuan ibu bapa atau sesiapa saja yang hampir dengannya.

Antara amalan yang baik untuk dibuat :

1. Berbual-bual dengan kanak-kanak menggunakan pelbagai intonasi dan nada suara. Menggunakan ayat yang pendek dengan bahasa yang mudah dan jelas. JANGAN gunakan baby talk.
2. Menamakan pelbagai objek di sekeliling dan di dalam buku bergambar atau kad imbas.
3. Bacakan lebih banyak buku cerita yang lebih panjang teksnya untuk memperkayakan bahasa mereka.
4. Mengimbaskan, menyebut dan menekap (trace) dengan jari fonik huruf BM/BI/Quran.
5. Membacakan buku SIRI BACAAN AWAL BACALAH ANAKKU, puisi berima (nursery rhymes), pantun, buku cerita bergambar dan phonic readers.
6. Menyanyi action songs dan finger play.
7. Menyanyi lagu fonik Abu Ada Ayam dan Cory Cat Song.
8. Melakukan aktiviti luar supaya mendapat sebanyak mungkin bekalan oksigen. Berlari, melompat dan merangkaklah dengan anak anda. Galakkan anak anda meneroka persekitaran luar dan menikmati ciptaan Allah.









Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp  019.9425608 


Anak berumur 2-3 tahun. Apa yang perlu dibuat ?




Ramai kanak-kanak yang bertutur dengan lancar bermula umur 2 tahun. Pada tahap umur 2 hingga 3 tahun, kanak-kanak mula mempelajari bahasa dalam bentuk aktif iaitu bercakap. Mereka mempunyai perbendaharaan kata yang banyak untuk meluahkan perasaan dan apa mereka tahu. Sebagai ibu bapa, macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak pada peringkat umur sebegini. 

Antara amalan yang baik untuk dibuat :

1. Berbual-bual dengan kanak-kanak menggunakan pelbagai intonasi dan nada suara.
2. Menamakan pelbagai objek di sekeliling dan di dalam buku bergambar atau kad imbas.
3. Memberi peluang kanak-kanak menamakan objek di sekeliling dan di dalam buku bergambar atau kad imbas.
4. Galakkan perkembangan bahasa dengan bertanya soalan terbuka (open ended), menerangkan sesuatu (explain) dan memberi maklumat kepada kanak-kanak.
5. Banyak mendengar percakapan kanak-kanak dan memberi pujian pandai bercakap (be an attensive listener).
6. Membantu kanak-kanak menyebut perkataan atau ayat mudah dengan betul melalui pengulangan.
7. Memberi peluang kanak-kanak bermain peranan untuk memperkenal perkataan baru dan memperkayakan bahasa.
8. Mengimbaskan, menyebut dan menekap bunyi huruf BM/BI/Quran.
9. Mengimbaskan dan menyebut nombor 1-10.
10. Membacakan buku SIRI BACAAN AWAL BACALAH ANAKKU, nursery rhymes, pantun,buku cerita bergambar dan phonic readers.
11. Menyanyi action songs dan finger play.
12. Menyanyi lagu Fonik Abu Ada Ayam dan Cory Cat Song.
13. Melakukan aktiviti kreatif seperti membentuk playdoh, membuat mosaic, mewarna dengan pensel warna dan krayon, mengecat menggunakan jari dan berus dan mengecop sebagai susulan setelah mempelajari bunyi asas Bacalah anakku atau Readeasy.
14. Memadan huruf (matching).
15. Mencantum puzzle huruf (2-5 keping).
16. Mendiskriminasi bentuk huruf.
17. Menyusun urutan cerita bergambar.
18. Bermain aktiviti fizikal untuk meningkat koordinasi mata dengan tangan seperti golek bola.










Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp  019.9425608 




Wednesday, 29 April 2015

Poster Membaca..mission completed !



Alhamdulillah, mama happy sangat malamni sebab anak syurga mama yang sorang ni dah berjaya abis membaca kesemua 11 poster ni. Lama jugak sebenarnya dia nak abiskan 11 poster ni. Seingat saya, poster pertama saya tampal bulan 11, sekarang bulan 4..erm 5 bulan jgk la dia boleh membaca 11 poster ni. Takpela, biar lambat asal selamat kan.

Lately dia makin rajin membaca. Sebab dia ada push factor yang baru hehe. Mama janji kalo dia abiskan buku 6 mama nak bagi robocar Helly. So dia dah dapat reward nya. Malam ni dia start membaca buku 7. Abis buku 7 nanti mama akan bagi robocar Poli, kalo abis buku 8 mama akan bagi robocar Roy plak.









Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp  019.9425608 



Kebaikan Kaedah Fonik Berbanding Kaedah Lain




Melalui kaedah fonik, ramai kanak-kanak telah dapat membaca dengan cepat dan lancar pada usia seawal 3 tahun dan dalam masa seawal 2 minggu hingga 3 bulan sahaja. Mengapa begitu mudah?

1. Mengikut tabii

Sebenarnya kanak-kanak pada ketika kecil akan mula menyebut bunyi-bunyi tertentu seawal usia 4 bulan, contohnya /bbbbb/ /mmmm/ /aaaaaa/ /uuuuu/ secara individu. Apabila usia mereka mula memasuki 8 bulan, mereka akan mula menggabungkan bunyi-bunyi tersebut, contohnya /mmm/ dengan /aaa/ lalu menjadi /ma/. Dalam kaedah fonik, konsep bunyi dan gabung-bunyi inilah yang diajar. Logik, dan mengikut tabii. Melalui gabungan bunyi mereka terus dapat membaca dengan cepat dan lancar tanpa perlu mengeja-eja, menghafal-hafal suku kata ataupun menghafal nama-nama huruf A-Z.

2. Mudah

Dengan mengajar bunyi sahaja, kanak-kanak hanya perlu tahu bunyi dan simbol yang ada dalam bahasa pertuturan sahaja. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat 31 bunyi sahaja. Dengan bunyi-bunyi ini mereka dapat membaca 'sejuta' perkataan. Bahkan kaedah ini lebih sesuai untuk anak-anak kecil membaca kerana mereka tidak perlu menghafal ratusan pola dan ejaan sepertimana dalam kaedah mengeja atau suku kata yang banyak dan mengelirukan.

3. Sesuai untuk membaca bahasa Inggeris

Oleh sebab perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris pada asasnya terbina di atas dasar bunyi-bunyi yang digabungkan maka sayugialah kaedah ini serasi untuk kedua-dua bahasa. Lebih-lebih lagi, terdapat 21 simbol yang diajar di dalam bahasa Melayu adalah sama sahaja bunyinya di dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung mereka dengan mudah dapat membaca perkataan Inggeris menggunakan kaedah gabung bunyi ini. 








Kini ramai kanak-kanak yang telah membaca di dalam bahasa Melayu menggunakan buku Bacalah Anakku dengan mudah membaca dalam bahasa Inggeris menggunakan buku ReadEasy. Anak anda tidak akan dapat membaca bahasa Inggeris dengan mudah jika mereka diajar mengeja-eja dan menghafal suku kata di dalam bahasa Melayu.





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp  019.9425608 



Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015