Thursday, 13 September 2018

A Night Walk in 99 Wonderland Park


99 Wonderland Park ni ntah la dah lama ke baru bukak.
Rasanya baru tahun ni kot..ntah.
Tapi ramai je kot yang lom pergi lagi sini.
Kat mana?
Kat area gombak.
Sesat jugakla hari tu walaupun guna waze haha
Takpela nanti ko taip je 99 Wonderland Park tu kompem akan sampai 
Parking plak senang je.
Depan ada, kiri kanan jalan pun boleh.
Nak masuk  sini kena bayar tiket ye
Dewasa RM10
Kanak-kanak RM5 





Ko tak nampak, zoom sendiri


Hari tu kami sampai sini petang dalam kul 6 lebih gitu.
So lampu tak nampak cantik sangat la lagi.

So buatla aktiviti lain dulu macam bagi ikan ni makan.
Berduyun-duyun haa ikan mai kelaparan.
Kena beli makanan ikan tu, RM2 kalau tak silap.




Dah jadi berlima plak




Boleh juga bagi kura-kura ni makan.
Takyah bayar pun.
Tapi kura-kura dah sangat kenyang sampai tak lalu dah nak menelan haha.
Sumbat jugak la kan.




Ada giant robotic dinosaur kat T Rex Ring. 
Boleh bergerak dan kuarkan bunyi dinosaur. 
Mak-mak kagum, anak-anak apatah lagi.

Taman ni dipenuhi lampu LED yang dipasang sepanjang laluan.
Tapi takdela macam ICT tu tau.
Padanla ngan tiket masuk tu kan.








Pastu kul 7.45pm kami naik Cruise.
Yang ni kena beli tiket cepat-cepat 
sebab dalam 20 orang je boleh naik per trip.
So kena Q la ye.
Untuk dewasa Rm10, kanak-kanak free je.
Pusing-pusing tasik dalam 30minit gitu la.
Sebab tengah-tengah tasik boat stop jap boleh bagi makan kat swan , 
itik dan seangkatan dengannya.


















Pas pening-pening naik bot tu jom jenjalan keliling tasik la plak.
Jauh jugak sebenarnya, lenguh la jugak nak abis pusing tu.
Haaahh penat wei..

Ada mini zoo kat sini. 
Ada bird park,..layan arnab.. ayam itik.
Binatang-binatang kecik tu pun ada banyak.
Nak pegang pun boleh.
Tapi takyahla, diaorang ni malam-malam tido awal.












Boleh tengok Golden Waterfall, 
bergambar ngan patung-patung zodiak korang juga.






Kebetulan malam kami gi sana ada bunga api.
Katanya kalo malam minggu memang ada.
So dapatla anak-anak yang jakun ni kagum sekejap dengan bunga api.


Ni plak ada 10 minutes free ride
Berduyun-duyun la kekanak beratur nak naik benda alah ni
Termasukla anak-anak i hikhik




Bersungguh ye korang berdua

Tapi sebenarnya cam lebih je 10 minit 

Kat sini korang tak leh bawak masuk makanan dan minuman ye.
Tempat makan, gerai jualan makan dan minum ada disediakan kat sini.
Tapi harga tu standard la mahal dari biasa haha.
Pastu toilet pun ada ye.
So dun wori le kalo tetiba nak terbuang ke terkucil ke ye..erkk




Datang tempat menarik camni jangan korang tak bawa camera atau phone plak ye.
Sesia la takleh capture moment cantik kat sini kan.

Satu lagi jangan leka sangat la bergambar, kang hilang anak tu plak ☺

Haa aajom kita bergambar la plak.













Budget sweet gitu

Tapi ralat betul nape ntah tak jumpa plak Magical Bridge
Ala yang boleh gantung mangga cinta korang tu haha
Ala-ala jiwang gitu..lock your love la katanya.

So ni je la yang kami tour dalam 3 jam gitu kot.

Ok la bawa anak-anak ke sini, diaorang suka dan happy.





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608



No comments:

Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015