Sunday, 7 February 2016

Membaca Bersama Si Kecil




Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah kelebihan jika membaca untuk bayi anda, sedangkan mereka langsung tidak memahami apa yang anda buat. Membaca atau bercerita kepada mereka sejak mereka bayi adalah salah satu aktiviti yang boleh merapatkan hubungan antara anda dan bayi selain ia sebagai salah satu bentuk rangsangan yang penting untuk tumbesaran mereka. 

Antara kelebihan membaca dan bercerita bersama bayi dan anak anda ialah :

1) Mengajar bayi tentang komiunikasi
2) Memperkenalkan anak anda kepada huruf, nombor, warna, dan bentuk dalam cara yang menyeronokkan
3) Membina kemahiran mendengar, menguatkan memori mereka dan juga mengasah perbendaharaan kata mereka sejak kecil
4) Memberi gambaran kepada si kecil tentang dunia di sekeliling mereka

Bila dan bagaimana?

Bayi yang berumur empat hingga enam bulan, mungkin sudah mula menunjukkan minat mereka terhadap buku. Mereka memegang, masukkan dalam mulut dan bermain dengan buku. Seawal umur mereka enam bulan hingga 12 bulan, mereka mula mengenali objek daripada gambar, warna dan bentuk yang ada dalam buku. Terbukti ia dapat merangsang minda anak anda dengan baik. Tidak perlu kemahiran dan peralatan khas untuk membaca, hanya anda, bayi dan juga buku. Bacakan mereka setiap hari ketika waktu rehat mereka atau malam pasti ia sesuatu uang mereka tunggu-tunggu. Siapa tahu ini juga dapat membantu mereka tidur dengan nyenyak selepas anda membacakan buku cerita. 

Tip mudah untuk anda mula membaca bersama si kecil :

1) Letakkan si kecil di riba anda supaya mereka berasa selamat, selesa dan sentiasa berada dekat dengan anda
2) Membaca dengan penuh ekspresi, tukarkan suara tinggi atau renda atau gunakan suara yang berbeza-beza untuk watak yang berbeza
3) Nyanyikan lagu kanak-kanak, buat suara haiwan yang comel atau geletek dan peluk mereka setelah habis membaca tentu buat si kecil anda terhibur
4) Apabila mereka mula membesar, berinteraksi bersama mereka dengan  mengajar mereka menyentuh objek-objek yang ada dalam buku tersebut
5) Si kecil anda suka dan biasanya belajar daripada benda yang berulang. Oleh itu tak perlu risau untuk membaca buku yang sama setiap hari kerana mereka sukakannya.





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608




No comments:

Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015