Wednesday, 6 January 2016

Eksperimen proses pertukaran pepejal kepada cecair


Eksperimen ni dah lama sebenarnya anakanda Rayyan buat, tapi mama yang tak sempat nak buat entry. Kali ni dia belajar proses pertukaran pepejal kepada cecair. Idea ni dapat semasa dia belek2 sisipan dalam majalah PA&Ma bulan Januari. Berkali2 dia mintak mama buatkan, last2 buat hgk la di tengah hari panas ceng ceng tu haha.

Saya sediakan 3 gelas yang berisi 2 ketul ais. Ais tu mintak Rayyan masukkan sendiri. Macam gambar kat bawah ni ye.


Pastu ketiga-tiga gelas ni kita letak kat 3 tempat yang berlainan. Satu gelas kita letak kat luar, kat tengah panas tu. So saya suruh dia letak kat bawah pokok la. 


Gelas ke dua plak Rayyan letak dalam almari sebab almari kan tempat gelap.


Gelas ke tiga plak letak kat tempat biasa je, bukan tempat panas. 


Sebenarnya kena tunggu 1 jam baru kita tengok result. Tapi tau2 je la budak2 ni bukannya boleh tahan2. Tak sampai setengah jam pun dia dah sibuk nak tengok apa hasilnya. 


So taraa....tak sampai setengah jam pun ok...dalam 15 minit kot ni la hasilnya.  So mama suruhla Rayyan cite apa yang dia nampak. 

Gelas kuning yang kat tengah panas tu cair paling banyak, yang gelas biru tu cair sikit je, dan yang gelas hijau yang kat tempat gelap tu tak cair pun. 
Apa beza cecair dan pepejal ?
So bolehla cite2 panjang2 sikit pasal pertukaran pepejal kepada cecair. 



NI je la celoteh kita pagi ni..
Nanti kita buat eksperimen lain plak ye hehe.










Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608





No comments:

Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015