Saturday, 30 July 2016

Tips Didik Anak Mudah Solat


Tanggungjawab ini memang sesuatu yang amat besar bila berkaitan dengan ibadah dan solat. Betul lah kata orang-orang tua kita, " Melentur buluh biarlah dari rebungnya." Anak-anak perlulah kita mendidik mereka sejak kecil lagi. Memang menjadi cabaran buat kita untuk mengajar anak-anak solat pada zaman sekarang kerana banyak godaan yang lebih menarik perhatian mereka seperti televisyen dan Ipad. 



Kaedah mendidik anak kecil solat ini haruslah mempunyai perancangan dan dilaksanakan secara bertahap. Apakah kaedah tersebut?  



Contoh tauladan yang baik

Ibu bapa adalah contoh terbaik dan terdekat untuk diteladani oleh anak-anak. Ayah yang selalu ke masjid, ibu yang terus bersiap solat ketika mendengar azan dan mendedahkan kepada anak-anak tentang solat berjemaah adalah antara contoh terbaik buat anak-anak.

Umur 0-2 tahun : Wujudkan suasana yang solehah

Walaupun anak-anak masih kecil, tidak mengerti dan tidak faham, namun suasana yang baik dan solehah akan menjadikannya biasa. Dia biasa melihat ibu dan ayahnya solat di awal waktu, solat berjemaah, tahu tentang azan dan mendengar bacaan ayat-ayat al-quran.  Barkata-katalah dan bercerita dengan anak seperti, " Tunggu sebelah mama ye, mama mahu solat." atau " terima kasih sayang sebab tunggu mama solat."

Umur 2-3 tahun : Ajar anak

Sebagai ibu bapa usah merasa jemu untuk selalu ajak anak solat. Biar mereka biasa dengan ajakan. Walaupun mereka hanya mendengar dan tidak mengikuti, teruskan menyebut setiap kali kita hendak solat. "Jom ikut mama solat."

Umur 4-6 tahun : Mengapa kita solat?

Sudah tiba masanya untuk ibu bapa bercerita tentang kepentingan solat kepada anak mereka. Penerangan berbentuk cerita dapat memberikan gambaran yang jelas kepada anak-anak. Dedahkan anak-anak secara kerap tentang masjid. Ajak mereka ke masjid. Perkenalkan tentang adab-adabnya, solat jemaah, hubungan sosial dengan jemaah yang lain dan sebagainya. Pada umur begini juga ibu bapa sudah boleh menghantar mereka ke tadika Islam yang mengajar mereka tentang solat agar mereka lebih faham dan seronok untuk solat.

Umur 7-9 tahun : Penekanan dan tanggungjawab

Ini adalah tahun-tahun pengukuhan bagi asas solat bagi anak-anak. Kita sudah menunjukkan contoh, ajakan dan pemahaman sejak lahir. Waktu ini anak seharusnya sudah tahu apa yang perlu dilakukan ketika azan, cara mengambil widhuk, pergerakan dan bacaan dalam solat. Walaupun tidak lancar dan tidak cekap, sekurang-kurangnya mereka sudah ada asas. Mencapai umur 9 tahun, ibu bapa sudah mula sedikit tegas dan selalu mengingatkan mereka untuk solat.

Umur 10 tahun ke atas : Denda dan hukuman

Dalam hadith tentang solat, Nabi membenarkan untuk kita memukul anak yang ingkar solat ketika dia berumur 10 tahun. Tetapi sebelum kita memukulnya, adakah kita telah memberikan pemahaman serta contoh terbaik buat mereka? Tidak semudah itu untuk ibu bapa menjatuhkan hukuman dan memukul anak. Semoga kita menjadi pemimpin yang adil dalam menentukan hukuman dan denda terhadap anak-anak.

Doa 

Selalulah amalkan doa Nabi Ibrahim. Pelbagai teknik dan cara perlu diterapkan oleh ibu bapa di luar sana dalam mengajak anak bersolat. Kekerasan dan paksaan hanya akan membentutkan proses asas pemahaman solat ini. 




Semoga anak-anak kita dapat menunaikan solat yang merupakan ibadat yang utama sebagai seorang Muslim. Sebagai Ibu bapa kita seharusnya memberi pendedahan solat seawal yang mungkin kepada anak-anak kita mengikut usia mereka.




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608




Saturday, 23 July 2016

Jadual Mengajar Anak Bagi Ibu Bekerja







Ramai di kalangan ibu yang bekerja di luar rumah mempunyai masalah untuk mengajar anak kerana waktu yang ada sangat terhad.

Sebenarnya macam-macam cara ibu boleh buat, bergantung kepada situasi dan mood anak-anak.
Ada beberapa tips yang boleh ibu-ibu cuba.

1) Sekolah dalam kereta 🚗

Manfaatkan waktu di dalam kereta ketika menghantar anak ke rumah pengasuh atau ketika keluar hujung minggu. Boleh baca dan sebutkan ABC, 123 atau bercerita dengan anak di dalam kereta. 

2) Lepas maghrib  📝

Biasanya maghrib kita sudah berada di rumah. Selepas maghrib kumpulkan anak-anak dan buat ulangkaji bersama. Untuk ajar membaca, cukup 10 ke 15 minit tetapi konsisten setiap hari.

3) Sebelum tidur 😴

30 minit awal sebelum anak dapat deep sleep, buat ulangkaji bersama. Contohnya anak masih ingat-ingat lupa suku kata 'da' dan 'ma'. Baring bersama anak. Tunjukkan flashcards tersebut.

4) Hujung minggu 💃

Buat persediaan apakah aktiviti yang mahu dilakukan bersama anak. Mungkin kita mahu ajar anak membaca sambil membuat latihan menulis. Sediakan buku atau templatenya. Luangkan 30 minit untuk satu sesi. Atau jika mahu santai-santai sahaja, sambil basuh kereta pun boleh menyebut suku kata bersama anak. Tulis di pintu kereta atas buih sabun dan sebut sama-sama. Bukan sahaja belajar, tetapi boleh juga eratkan hubungan dengan anak.

5) Minta bantuan 📢

Jika anak tinggal dengan pengasuh, jika pengasuh tidak keberatan, boleh minta bantuannya untuk sama-sama membantu. At least perdengarkan lagu ABC, bacaan ayat-ayat lazim dan sebagainya.

Inilah antara aktiviti ibu-ibu yang tidak punya banyak masa bersama anak-anak. Yakin dan percaya, walaupun kita sibuk tapi kita boleh jadi kreatif dan lakukan aktiviti bersama anak-anak. Yang penting ibu kena rajin kalau nak anak rajin tau.




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608

Friday, 22 July 2016

Permainan Manipulatif Bagus Untuk Anak Kecil






Tahukah anda apakah itu permainan manipulatif?

Manipulatif adalah satu bentuk permainan pembelajaran yang memerlukan anak untuk membentuk sesuatu dengan menyambung bahagian tertentu permainan tersebut. Permainan ini membantu anak untuk membina kemahiran motor halusnya terutama kordinasi tangan dan mata. Permainan ini juga mengaktifkan dan menghubungkan sel-sel otak anak. 

Apakah kebaikan permainan manipulatif?

1. Anak dapat melatih otot-otot halusnya terutama di bahagian jari jemari bagi membina kemahiran motor halusnya. Ini amat penting supaya anak akan mudah memegang pensil dan kemudian menulis.


2. Anak akan cuba memberikan penumpuan terhadap permainannya kerana permainan ini memerlukan anak untuk menyambung, membentuk dan sebagainya. Ini melatih konsentrasi dan kordinasi otaknya.



3. Anak akan dapat memahirkan diri dalam menyelesaikan masalah dan memikirkan cara yang paling baik untuk menyambung dan membentuk. 



4. Permainan ini baik untuk kordinasi matanya kerana dia mungkin akan melihat benda yang kecil dan berwarna.



5. Permainan ini akan mengenalkan anak kepada konsep bentuk, saiz, berat, ketinggian mahupun kelebarannya.



6. Anak juga dapat memahirkan diri dalam konsep mengira (matematik).



7. Kemahiran sosialnya akan meningkat kerana dia perlu bercakap untuk menghasilkan sesuatu atau meminta bantuan daripada orang lain.



So ibu-ibu dah ada idea untuk aktiviti bersama anak-anak di rumah ?
Permainan manipulatif ni banyak dijual, boleh juga buat sendiri kalo ibu-ibu rajin. 
Saya memang la sangat tak rajin sebenarnya. 
Ada banyak aktiviti anak-anak yang saya share dalam blog ni, bolehla explore.
Edu toys juga banyak saya jual , mana yang berkenan tu boleh contact saya (^_^)






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


Saturday, 4 June 2016

Tips Galak Anak Kecil Berpuasa dengan Boboiboy


Ramadhan hampir tiba. Pasti ibu2 yang ada anak kecil mula memikirkan camna la ye nak ajar anak kecil ni berpuasa. Saya sendiri pun duk menggoggle jugakla sebab anak saya, Rayyan dah umur 6 tahun, tahun ni dah nak kena mula belajar berpuasa. Harap2 semuanya ok la, takpela kalo puasa separuh hari pun kan untuk permulaan. 

Hasil menggoogle dapatla compile beberapa info untuk saya share. Kebetulan plak anak saya tengah gilakan Boboiboy. Setiap hari duk ngadap Boboiboy the Movie. Erm kita create watak Boboiboy berpuasa la ye haha.

Jom baca 10 tips yang saya ada :




1) Bercerita tentang keberkatan Ramadhan



Boleh mula bercerita 2-3 minggu sebelum Ramadhan. Boleh juga mula bercerita kepada anak-anak kecil 3-4 tahun walaupun mereka belum mula berlatih berpuasa. Ceritakan tentang kelebihan berpuasa, pahala dan gajaran yang kita dapat jika berpuasa. Jangan lupa ceritakan juga cara menghormati orang lain yang berpuasa dengan tidak makan dan minum di hadapan mereka.. Anak-anak seawal 5-6 tahun sudah boleh berlatih untuk berpuasa. Tetapi jangan risau, ada yang cepat dan ada yang lambat penerimaannya.


2) Berikan galakan, bukan paksaan



Boleh mulakan dengan tempoh berpuasa separuh hari, dan benarkan berbuka puasa pada waktu azan zohor atau selepas sekolah. Kemudian perlahan-lahan panjangkan tempoh sehingga ke waktu azan asar misalnya dan ke waktu azan maghrib di akhir Ramadhan, sekiranya boleh.


3) Sediakan jadual/carta Ramadhan



Sediakan jadual atau carta Ramadhan yang menarik agar si kecil boleh melihat pertambahan jumlah hari berpuasa dan menaikkan lagi semangat anak-anak untuk menyempurnakan sebulan berpuasa.


4) Pastikan mereka bersahur



Latih anak supaya mesti bangun bersahur. Sekiranya tidak mampu untuk makan makanan berat pada waktu sahur, paling kurang pastikan mereka makan makanan yang berkhasiat dan boleh mengenyangkan. Jangan memaksa mereka untuk makan jika mereka tidak mahu, minum jus buah atau susu sahaja juga boleh membantu.


5) Pujuk dengan lemah lembut



Ibu bapa perlu lemah lembut memujuk apabila anak mula merengek dan menangis ingin berbuka puasa. Janganlah terlalu bertegas dengan mereka sehingga hilang seronoknya berpuasa. Puji kesabaran anak-anak menahan diri semasa berpuasa walaupun sesingkat manapun tempohnya. Berikan galakan untuk mencuba lagi keesokan harinya.


6) Raikan mereka semasa berbuka puasa



Raikan anak-anak berbuka dengan memilih makanan kegemaran mereka semasa menikmati makanan berbuka. Ceritakan kepada mereka betapa Allah sayang kepada orang yang berpuasa ini kerana nikmat semasa berbuka adalah tak terhingga. Didik anak dengan bersyukur dengan rezeki Allah kurniakan.


7) Sorok makanan kegemaran anak di siang hari



Kesian kalau anak-anak berpuasa tapi bila ke dapur nampak biskutla, roti la kan. Menggugat keimanan anak-anak tu. Biasalah godaan sangat kuat bagi yang mula belajar berpuasa ni. Jadi ibu bolehla sorok makanan kat atas meja tu di siang hari. Kalo malam bolehla kuarkan semula ye. 


8) Kurangkan aktiviti luar



Nasihatkan anak-anak agar tidak melakukan aktiviti luar dan banyakkan aktiviti dalaman. Anak-anak boleh menonton tv, membaca atau bermain permainan di dalam rumah.


9) Kemenangan semasa Aidilfitri



Hari raya memang dinanti-nantikan oleh anak-anak. Anak-anak kecil yang baru mula belajar berpuasa pasti sangat teruja menantikan hari kemenangan ini. Puji mereka atas usaha mereka mencuba untuk berpuasa. Lihat semula jadual atau carta Ramadhan yang telah mereka siapkan. Berikan hadiah agar mereka rasa dihargai. 


10) Supplement untuk kekal bertenaga



Anak-anak juga memerlukan supplement tambahan sepanjang hari berpuasa, sama seperti orang dewasa. Pastikan anak kekal hydrate dengan Performance Drink, rasa orennya sangat sedap tau. Mealshakes pula membantu mengenyangkan anak-anak jika anak-anak tak mahu makan nasi. Mealshakes ni boleh dicampur dalam miloa atau susu. Boleh juga bagi tablet vitamin c chew pada waktu sahur atau waktu malam. Insyaalllah anak-anak akan kekal bertenaga.







Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


Saturday, 28 May 2016

Dilema Anak Lambat Bercakap


Anak lambat bercakap ? Memang ibu cukup risau kan ? Macam2 lah bermain kat fikiran ni. Takut anak kita ada penyakit la, takut ada something wrong kat mana2 ke. Ada plak yang cakap camni kan...


Stress tak ?


Saya pun hadapi masalah yang sama. Anak saya bercakap ketika dia betul2 berumur 2 tahun. Sebelum 2 tahun, ajarlah apa pun dia wat dek je, tak nak ikut. So saya mula search macam2 kat internet. Apa yang saya buat? 

1) Banyakkan berinteraksi

Percayalah, walaupun anak tidak ikut apa yang kita sebut, tapi semua tu dia serap. Banyakkan berinteraksi ketika pakaikan baju anak, ketika suapkan anak makan, ketika mandikan anak dan apa saja aktiviti kita buat dengan anak. 

2) Beritahu nama objek

Ini juga boleh mengembangkan daya ingatan dan menambah vocab anak. Ketika mandi, kenalkan objek yang ada depan anak, ketika makan pun boleh kenalkan nasi, ayam dan sebagainya. Ketika bermain di luar pun boleh kenalkan batu, rumput dan sebagainya. 



3) Membaca buku cerita

Ini yang paling anak saya suka. Dia tau rutin dia setiap malam. Dia akan ambil buku bergambar dan bagi kat mama supaya mama boleh reka cerita untuk dia hehe. Seeloknya bacakan buku atas ribaan kita ye.



4) Mengulang

Ulang banyak kali tiap kali kita kenalkan sesuatu. Sama juga jika membacakan buku. Bayi memang suka benda yang disebut berulang-ulang. 


Yakin dan percaya semua usaha kita akan berbaloi suatu hari nanti. Alhamdulillah, genap umur dia 2 tahun, Ilan Waizz mula bercakap dan banyak vocab dia dah tau. Erm memang betul dia banyak serap ketika saya ajar dia dulu.





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608

Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015