Friday 7 April 2017

TETRIS Menguji MInda Anak-anak



Menarik tak dengan set Tetris ni ? Colorful sangat kan?
Anak-anak suka dan leka bermain.



Best tau main Tetris ni..byk kelebihannya utk anak2..
Apa ya kelebihannya? Jom kita tengok..



1. Melatih fokus anak
Anak akan berusaha untuk menyelesaikan puzzle dengan memadankan nya pada bentuk yang sesuai. Ini dapat meningkat daya fokus anak dan melatih kesabaran mereka untuk mendapatkan hasil akhir.

2. Mengukuhkan kemahiran menyelesaikan masalah
Apabila anak ermain puzzle, mereka akan cuba untuk mendapatkan penyelesaian. Dengan memanipulasikan dan mencari jalan untuk menyelesaikan puzzle ini akan memberi pendedahan awal kepada mereka dalam kemahiran menyelesaikan masalah matematik kelak. 

3. Meningkatkan daya koordinasi mata dan tangan
Memutar, menggenggam dan menggerakkan kepingan puzzle dapat melatih kekuatan motor halus anak. Pada masa yang sama, anak juga akan menggunakan mata nya untuk memuatkan puzzle di tempatnya.

4. Belajar mengenai bentuk dan hubungan spatial
Semasa bermain puzzle, anak akan mengenal bentuk-bentuk yang terlibat dan menghubungkaitkan kesepadanan antara bentuk-betuk tersebut. 

5. Melatih kemahiran kognitif anak
Bila anak semakin besar dan memasuki sekolah, mereka akan mendapat diberi kerja sekolah dan latihan yang perlu disiapkan dalam tempoh tertentu. Anak yang selalu bermain dengan puzzle semasa kecil tidak akan kelam kabut dan akan memahami bahawa setiap tugasan perlu diselesaikan satu-persatu seperti mana mereka menyelesaikan puzzle. 

6. Meningkatkan keyakinan diri
Anak akan rasa bangga dan berpuas hati apabila dapat menyelesaikan puzzle. Secara tidak langsung, ini akan meningkatkan keyakinan diri anak dan mempersiap kan mereka untuk menghadapi cabaran-cabaran masa akan datang.








Harga : RM25.00
Exclude postage




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608



No comments:

Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015