Monday 10 April 2017

Jom Main Syringe



Kita sebagai parents kena berfikiran kreatif dalam membuat aktiviti bersama anak-anak.
Guna je lah apa yang ada kat rumah tu.
Kat dapur tu ada macam-macam tau, senduk ke kuali ke hehe
Bukan kena bayar pun kan.
Tapi kalo korang ada duit banyak tu bolehla beli menan Fisher's Price
Jangan malas, jangan bagi anak Ipad je.

Kali ni nak share aktiviti paling mudah, berlambak kot ada kat rumah tu.
Guna syringe je.
Ala tipu la kalo korang kata kat rumah takde benda alah ni kan.

Ni time mama buzy sebenarnya kat dapur, ternampak syringe ni so bagi je la kat adik. 
Pastu bagi segelas air masak.
Jangan bagi air paip plak ye, nanti kang dia minum.
Satu lagi, jangan lupa lapik ye kang abes basah mengamuk plak mama nye.
Pastu perhatikan apa yang dia boleh buat dengan syringe tu.
Comfirm dia tahu, sebab dah biasa makan ubat kan.






Haaa..nampak tak kesungguhan dia tu?
Bagus tau aktiviti ni.
Boleh kuatkan tangan dia, ye lah nak tarik tu kena jugak kekuatan tangan.
Cuba jangan putus asa.
Kalo sikit je air masuk, usaha lagi ye dik.
Selain tu, boleh bagi dia fokus.
Jangan lupa pesan, jangan bagi tumpah.
So dia akan ahti-hati supaya tak tumpah.



Sudahnya, dia minum sendiri air tu.
Takpelah, asalkan duk diam ye.

Ok lah, selamat mencuba dengan permainan yang tak yah kuarkan duit sesen pun ni 






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


No comments:

Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015