Salam mummies sume..
Hari ni rajin sikit nak share aktiviti anak saya yang ke-2, Ilan Waizz. Sekarang 2 tahun 8 bulan. Saja je cuba2 fonik kat dia, bagi dia biasa. Tapi tak memaksa. Kalo dia taknak takpe. Tapi so far dia rajin dan berminat. So mama on je la.
Hopefully yang baca entry ni dah tau apa itu fonik ye. Kalo belum tau bolehla search kat tepi link yang ada tu. Parents yang nak try fonik memang kena tau ye, kena rajin search, kena rajin tengok UTube. Sebabnya kalo nak cerita memang susah tau, sebab melibatkan sound. How to pronounce the alphabet. Sebab fonik ni kena sebut dengan betul. Tak perlu kenal huruf. Haa? Camna tu ? Tu la mummies sume kena search dulu ye.
Pengalaman dengan anak pertama saya, Rizq Rayyan dengan fonik sangat pantas, tak sempat nak rakam ke nak snap pictures aktiviti ke apa. Tapi ada la jugak gambar-gambar berkaitan cuma tak banyak. Sebab saya bermula lambat. Saya bermula ketika umur dia masuk 4 tahun, memang betul-betul pada bulan dia mencecah 4 tahun. So memang pada tahap tu anak sangat cepat belajar sebab otak dah betul-betul ready nak belajar. Jadi pembelajaran dengan dia sangat cepat berlaku. Alhamdulillah dia lancar membaca pada umur 5 tahun.
So kali ni saya nak try kat anak yang ke-2, so kena simpan pictures and video yang berkaitanla. Saya juga dalam usaha menghasilkan e-book untuk anak-anak membaca, Insyaallah.
Nak ajar fonik ni bukan setakat membaca ye. Kena kreatif buat macam-macam aktiviti. Terpulangla pada mummies nak buat apa, asalkan anak-anak suka. Ilan dah biasa dengan beberapa page Buku Bacalah Anakku, jadi tak jadi masalah bila mama tunjuk dia dah boleh sebut. Dia pun dah boleh bezakan mana a, i, dan u. Bukan huruf ye, tapi bunyi. Tengok mulut dia tu, nampak kan dia sebut "aaaa" instead of "ei".
Ilan boleh menyebut bunyi dengan betul apabila ditunjuk 'a' |
Jangan ajar banyak sangat tau sekali sesi, cukuplah 10 minit. Tapi selang selikan dengan aktiviti-aktiviti lain. So saya bagi dia aktiviti sorting a, i dan u. Tulis tangan je pun huruf-huruf tu hehe. Takpelah asalkan dia minat nak buat kan. Aktiviti berjalan dengan lancar tanpa disepah-sepahkan kertas tu.
Kesibukan dia sorting kertas tu |
Mummies pun kena bagi anak-anak aktiviti menulis tau. Kalo belajar a, i dan u, bagi dia belajar tulis benda yang sama la. Bagi dia lagi ingat kan. Macam kita la jugak, kalo belajar dengar je mesti lambat ingat. Kalo salin nota kan lagi cepat masuk kan. So saya bagi dia Kad Imbas Magik ni. Apa yang magik ? Sebab boleh tulis pastu padam.Taraa...memang magikla bagi anak-anak kecil kan. Selain ajar menulis, kad ni boleh tambah lagi fokus dia ye, sebab ye la nak kena fokus mata tu nak tengok line, pada masa yang sama control tangan jangan terkeluar landasan plak.
Nampak tak dia sedang fokus tu |
Haa...yang ni apa plak? Yang ni bukan aktiviti fonik ye, saja je dia mintak pen sebab nak tulis 'satu' katanya. Kita layan....
Korang nak tengok video tak? Meh tekan link ni, terus ke page facebook saya.
Nak lagi info tentang fonik ? Klik sini
Nanti free kita share lagi ye tentang fonik & aktiviti anak-anak saya ni.
Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak?
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda?
Hubungi saya -
Puan Farida
Call/wa/telegram 019.9425608
No comments:
Post a Comment