Saturday, 30 July 2016

Tips Didik Anak Mudah Solat


Tanggungjawab ini memang sesuatu yang amat besar bila berkaitan dengan ibadah dan solat. Betul lah kata orang-orang tua kita, " Melentur buluh biarlah dari rebungnya." Anak-anak perlulah kita mendidik mereka sejak kecil lagi. Memang menjadi cabaran buat kita untuk mengajar anak-anak solat pada zaman sekarang kerana banyak godaan yang lebih menarik perhatian mereka seperti televisyen dan Ipad. 



Kaedah mendidik anak kecil solat ini haruslah mempunyai perancangan dan dilaksanakan secara bertahap. Apakah kaedah tersebut?  



Contoh tauladan yang baik

Ibu bapa adalah contoh terbaik dan terdekat untuk diteladani oleh anak-anak. Ayah yang selalu ke masjid, ibu yang terus bersiap solat ketika mendengar azan dan mendedahkan kepada anak-anak tentang solat berjemaah adalah antara contoh terbaik buat anak-anak.

Umur 0-2 tahun : Wujudkan suasana yang solehah

Walaupun anak-anak masih kecil, tidak mengerti dan tidak faham, namun suasana yang baik dan solehah akan menjadikannya biasa. Dia biasa melihat ibu dan ayahnya solat di awal waktu, solat berjemaah, tahu tentang azan dan mendengar bacaan ayat-ayat al-quran.  Barkata-katalah dan bercerita dengan anak seperti, " Tunggu sebelah mama ye, mama mahu solat." atau " terima kasih sayang sebab tunggu mama solat."

Umur 2-3 tahun : Ajar anak

Sebagai ibu bapa usah merasa jemu untuk selalu ajak anak solat. Biar mereka biasa dengan ajakan. Walaupun mereka hanya mendengar dan tidak mengikuti, teruskan menyebut setiap kali kita hendak solat. "Jom ikut mama solat."

Umur 4-6 tahun : Mengapa kita solat?

Sudah tiba masanya untuk ibu bapa bercerita tentang kepentingan solat kepada anak mereka. Penerangan berbentuk cerita dapat memberikan gambaran yang jelas kepada anak-anak. Dedahkan anak-anak secara kerap tentang masjid. Ajak mereka ke masjid. Perkenalkan tentang adab-adabnya, solat jemaah, hubungan sosial dengan jemaah yang lain dan sebagainya. Pada umur begini juga ibu bapa sudah boleh menghantar mereka ke tadika Islam yang mengajar mereka tentang solat agar mereka lebih faham dan seronok untuk solat.

Umur 7-9 tahun : Penekanan dan tanggungjawab

Ini adalah tahun-tahun pengukuhan bagi asas solat bagi anak-anak. Kita sudah menunjukkan contoh, ajakan dan pemahaman sejak lahir. Waktu ini anak seharusnya sudah tahu apa yang perlu dilakukan ketika azan, cara mengambil widhuk, pergerakan dan bacaan dalam solat. Walaupun tidak lancar dan tidak cekap, sekurang-kurangnya mereka sudah ada asas. Mencapai umur 9 tahun, ibu bapa sudah mula sedikit tegas dan selalu mengingatkan mereka untuk solat.

Umur 10 tahun ke atas : Denda dan hukuman

Dalam hadith tentang solat, Nabi membenarkan untuk kita memukul anak yang ingkar solat ketika dia berumur 10 tahun. Tetapi sebelum kita memukulnya, adakah kita telah memberikan pemahaman serta contoh terbaik buat mereka? Tidak semudah itu untuk ibu bapa menjatuhkan hukuman dan memukul anak. Semoga kita menjadi pemimpin yang adil dalam menentukan hukuman dan denda terhadap anak-anak.

Doa 

Selalulah amalkan doa Nabi Ibrahim. Pelbagai teknik dan cara perlu diterapkan oleh ibu bapa di luar sana dalam mengajak anak bersolat. Kekerasan dan paksaan hanya akan membentutkan proses asas pemahaman solat ini. 




Semoga anak-anak kita dapat menunaikan solat yang merupakan ibadat yang utama sebagai seorang Muslim. Sebagai Ibu bapa kita seharusnya memberi pendedahan solat seawal yang mungkin kepada anak-anak kita mengikut usia mereka.




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608




No comments:

Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015