Wednesday 20 April 2016

Tips Atasi Anak Yang Suka Berebut Mainan





Ni along punya..
Adik nye...
Along punye..
Adik nye...

Diaorang dah mula dah.. Tak kisahlah mainan ke apa, asalkan barang yang boleh diaorang boleh berebut. Adik yang baru berumur 2 tahun pun dah tak nak mengalah dengan abang yang berumur 6 tahun. Drama ni akhirnya akan berakhir dengan pecahnya tangis si adik. Saya pasti ramai yang ada masalah anak berebut mainan camni kan. Atau perlukah kita belikan 2 barang yang sama?

Anak-anak kecil disebabkan perkara kecil dan remeh temeh mereka boleh bergaduh. Mereka mahu memiliki, tidak mahu berkongsi, rasa seperti kalah dan sebagainya.  Anak-anak suka berlawan, mereka sentiasa mahu menang.

Apa teknik atau kaedah yang boleh ibu bapa praktikkan untuk mengatasi masalah ini?

1. Tunjukkan contoh berkongsi barang dalam aktiviti seharian
Kali ni ibu bapa sangat memainkan peranan yang penting. Dalam kehidupan seharian, ibu bapa perlu tunjukkan sikap berkongsi barang tak kisahla makanan ke atau apa barang sekalipun. Dengan cara ini sedikit sebanyak anak akan mengerti pentingnya berkongsi barang dengan orang lain. Contohnya jika ada 1 biskut sahaja, mungkin ibu boleh potong dua dan berikan satu potong kepada adik dan satu lagi kepada abang.

2. Beri pilihan lain atau alihkan tumpuan
Contohnya kalau anak-anak berebut bola. Apa kata cadangkan permainan yang boleh main bersama-sama dengan bola tu. Ibu bapa pun boleh turut serta dalam permainan. Mungkin boleh main baling-baling bola, masukkan bola dalam bakul bergilir-gilir dan sebagainya. Dengan ini anak akan faham yang kita semua ada pilihan dan perlu memberi laluan kepada orang lain juga dalam sesuatu hal yang tertentu. 

3. Buat sistem giliran
Boleh cuba buatkan sistem giliran, contohnya abang akan main bola 5 minit dan kemudian adik pulak yang main. Sementara adik menunggu, boleh alihkan perhatian adik kepada mainan lain. Mungkin kalau kena caranya adik dah tak nak langsung main bola tu. Ye la, bukan dia nak sangat pun sebenarnya kan, saja je nak kasik mama pening kepala bila diaorang gaduh.

4. Latih anak bertolak ansur
Ini memerlukan komunikasi yang bagus. Jika abang perlukan barang si adik, dia ada 3 cara iaitu memujuk, minta izin dan buat tawaran. Jom try, tengok camna, berhasil ke tak. Mesti kelakar kalau dengar si abang memujuk kan.





Apa-apa pun ibu bapa kena lah pandai control diri sendiri, jangan terlibat sekali ke kancah pergaduhan ye. Jangan anda plak yang hempas barang, cubit sana sini ye. Tapi tu la, tiada yang sempurna, kadang-kadang kita pun bertukar jadi SINGA. 






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608



No comments:

Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015