Saya quote semua content ni dari blog mahligaicinta.com.
Bila baca memang sangat membantu dan memang betul apa yang dikongsi semasa kursus yang dihadiri penulis.
TIPS 1: Jangan ajar anak kenal huruf ABC
Haa apa? Biar betul ni? Nak anak pandai membaca tapi jangan kenalkan dengan ABC? Ya, jangan ajar anak untuk nyanyi lagu ABC, ataupun hafal dari A-Z. Kalau dah terbuat, cakap kat anak buat masa ini kita campak dulu ABC ini ke luar tingkap ye. Nanti bila anak dah pandai membaca, barulah kita kutip balik ABC tu dan kenalkan pada anak.
TIPS 2: Ajar anak untuk kenal BUNYI HURUF
Inilah yang sebenarnya yang paling penting untuk anak-anak tahu. Dia kena kenal bunyi untuk huruf, bukan nama huruf tersebut. Pening ehh? OK Mama ringkaskan macam ni. Ada satu haiwan ni namanya LEMBU, bunyinya MOO. Ada satu haiwan lagi ni namanya KAMBING, bunyinya EMBEKKK. Jadi untuk huruf A, bunyinya aa. Untuk huruf U, bunyinya uu. Boleh dapat tak?
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGAJAR ANAK KENAL BUNYI HURUF:
1. Beritahu anak, "Ok hari ni Mama nak ajar satu bunyi, tengok ye mulut Mama ni" Buat dulu
bentuk mulut dan baru keluarkan bunyi. Macam untuk huruf A, kita buka mulut besar-besar, dan
barulah keluarkan bunyi aaa.
2. Ulang balik beberapa kali dan suruh anak ikut.
3. Lepas itu buat juga dengan teknik asosiasi untuk membantu anak-anak untuk lebih ingat. Untuk A, teknik asosiasinya adalah macam orang terkena api dan jerit 'aaaaa'! Jadi bila anak-anak
terlupa, bolehlah kita buat-buat macam orang terkena api ni dan mesti anak akan tahu dia kena
sebut aaa
4. Bila anak dah tahu buat bunyi, barulah kita tunjuk kad huruf A dan cakap pada anak
"tadi kan Mama ajar bunyi aa, haa inilah dia bunyi aa tu'
5. Banyakkan aktiviti hands-on untuk menambahkan lagi memori anak-anak untuk setiap bunyi
yang sudah dikenalkan. Dan secara tak langsung mengajar anak cara menulis huruf yang betul.
Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan adalah:
(a) gunakan plastisin untuk buat bentuk huruf
(b) tulis bentuk huruf dengan menggunakan crayon
(c) tulis bentuk huruf dengan menggunakan warna air dan jari
(d) tulis di atas pasir
TIPS 3: Ajar Anak Untuk Menggabungkan Bunyi (Blending)
Bila anak-anak dah kenal bunyi huruf, barulah kita ajar cara untuk gabung bunyi. Boleh cakap macam ni “Ok hari ni mmm nak kawan dengan aa. Tengok ni ye Mama buat (mula-mula jarakkan kad M dan A, kemudian dekatkan sikit demi sikit). Mm…aa..mm..aa.. Ok sekarang mm dah kawan dengan aa, bunyinya MA. Ulang balik beberapa kali dan kemudian bolehlah buat dengan gabungan bunyi-bunyi yang lain pula.
Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak?
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda?
Hubungi saya - Puan Farida
Call/Sms/whatsapp 019.9425608
No comments:
Post a Comment