Friday, 13 March 2015

Rayyan dengan iqra' at-taisir


Malam ni saya nak share cite Rayyan dengan Iqra' At-Taisir. Dia memang suka sangat dengan iqra' ni compared to iqra' yang biasa yang hitam putih tu. Kat tadika memang dia guna iqra' yang tu, tapi kat rumah saya ajar dia guna Iqra' At-Taisir. Actually silibusnya sama je, cuma yang ni lagi menarik sebab sangat colorful dan ada gambar sikit (Taisir 1). Mama pun lagi bersemangat nak ajar bila anak excited. 



Ni masa mula2 kenalkan Rayyan dengan Iqra' At-Taisir. Terus dia baca sampai page 7. Setiap page yang dia dah baca dia tampal sendiri sticker smiley yang colorful tu. Dan dia mintak mama bagi dia star kat setiap page.Apa2 je la anak, asalkan kamoo happy mengaji.




Haa yang ni plak dia dah masuk Taisir 2 (sama macam iqra' 2). Tiap kali dia mengaji dia suka tulis beberapa huruf yang dia rasa pelik dan mula bertanya macam2. Dia selalu tanya apa maksud huruf2 yang dia baca tu. Susahnya nak explain sebab memang gabungan huruf2 tu takde makna, cuma nak melatih dia menggabungkan huruf2 tu je. Dan soalan lain pun akan banyak menyusul yang biasanya memang tak logik haha.



Gambar ni plak yang nampak macam berjurus ni sebelum anakanda ke masjid nak solat jumaat. Sementara tunggu papa bersiap, dia abiskan 2 helai mengaji Iqra' At-Taisir.

Insyaallah dalam 2/3 hari ni saya target dia abiskan Taisir 2. Sepanjang cuti sekolah ni nak kena spent time lama lagi dengan dia. 

Nak tengok Iqra' At-Taisir ni macamana? Boleh ke link ni ye >>


Harga : RM19
Exclude postage


Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak?
 Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp 019.9425608 



No comments:

Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015