Monday, 10 April 2017

Jom Main Syringe



Kita sebagai parents kena berfikiran kreatif dalam membuat aktiviti bersama anak-anak.
Guna je lah apa yang ada kat rumah tu.
Kat dapur tu ada macam-macam tau, senduk ke kuali ke hehe
Bukan kena bayar pun kan.
Tapi kalo korang ada duit banyak tu bolehla beli menan Fisher's Price
Jangan malas, jangan bagi anak Ipad je.

Kali ni nak share aktiviti paling mudah, berlambak kot ada kat rumah tu.
Guna syringe je.
Ala tipu la kalo korang kata kat rumah takde benda alah ni kan.

Ni time mama buzy sebenarnya kat dapur, ternampak syringe ni so bagi je la kat adik. 
Pastu bagi segelas air masak.
Jangan bagi air paip plak ye, nanti kang dia minum.
Satu lagi, jangan lupa lapik ye kang abes basah mengamuk plak mama nye.
Pastu perhatikan apa yang dia boleh buat dengan syringe tu.
Comfirm dia tahu, sebab dah biasa makan ubat kan.






Haaa..nampak tak kesungguhan dia tu?
Bagus tau aktiviti ni.
Boleh kuatkan tangan dia, ye lah nak tarik tu kena jugak kekuatan tangan.
Cuba jangan putus asa.
Kalo sikit je air masuk, usaha lagi ye dik.
Selain tu, boleh bagi dia fokus.
Jangan lupa pesan, jangan bagi tumpah.
So dia akan ahti-hati supaya tak tumpah.



Sudahnya, dia minum sendiri air tu.
Takpelah, asalkan duk diam ye.

Ok lah, selamat mencuba dengan permainan yang tak yah kuarkan duit sesen pun ni 






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


Eksperimen Supersains Pisang



Siapa sini anak-anak suka bereksperimen?
Pening tak nak melayan?
Pening kan? 
Sebabnya ada saja bahan-bahan pelik yang diaorang mintak.

Rayyan ni memang hobi dia tengok segala cerita yang pasal sains & eksperimen.
Semua kat channel 610 tu.
Sudahnya macam-macam la dia nak tiru.
Suka sangat tengok Supersains, sampaikan mama pun dah hafal jalan cerita sekali.
Professor Comot la, ntah apa-apa tu pun dia suka sangat.

Ni eksperimen dia nak bagi pisang tu cepat masak.
Kebetulan pulak papa tebang pokok pisang tu, ada la hasilnya untuk makan dan bagi kat jiran-jiran.
Maka Rayyan pun mulalah kuarkan idea bernas dia.

Untuk bagi pisang tu cepat masak, kena masukkand dalam beg kertas.
Pastu masukkan 1 lg buah lain sebagai peneman.
Ethylene akan terhasil dalam paper bag tu, dan buah yang 1 lagi tu juga
akan lagi membantu lagi banyak ethylene terhasil
Rayyan pilih buah epal, sebab buah tu je pun yang ada dalam peti ais huu. 



Pastu kena tutuplah paper bag tu ye, jangan duk biar terbuka camtu.
Nanti terkeluar plak gas ethylene


Sepatutnya kena letak kat tempat gelap, dan paling bagus lagi letak atas peti ais.
Sebab peti ais ni bagi warm gitu kot. 

Tapi malangnya..eksperimen ni tak menjadi haha
Sebabnya budak ni tak sabar asyik duk buka je paperbag tu
Pastu buka lagi..buka lagi
Tak tutup plak tu
Sudahnya tak masak-masak
Yang tak masuk paperbag la plak cepat masak

Di mana silapnya?
Kita buat lagi lain kali kihkih






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608.



Friday, 7 April 2017

Fuyooo...Senangnya Matematik




Fuyoo..menarik betul kartun ni.
Ni buku tau bukan komik.

Buku ni untuk darjah 1 - 6. 
Bukan umur 1 hingga umur 6 ye haha, sebab ada yang keliru.

Content buku ni ikut silibus buku teks ke?
Jawapannya tak.
Buku ni cuma general matematik untuk anak-anak sekolah rendah.
Not exactly ikut silibus, tapi sama je dengan apa yang diajar di sekolah.
Boleh dijadikan rujukan.

Ada latihan dan jawapan?
Takde jugak, buku ni sekadar rujukan.
Nak buku latihan kena beli kat kedai la,
yang berlambak jual buku yang macam-macam keluaran tu
Haa korang pilih je nak yang mana hehe

Jom tengok page dalam buku ni
Comfirm korang suka






content buku












Harga : RM25.00
Exclude postage



Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608

TETRIS Menguji MInda Anak-anak



Menarik tak dengan set Tetris ni ? Colorful sangat kan?
Anak-anak suka dan leka bermain.



Best tau main Tetris ni..byk kelebihannya utk anak2..
Apa ya kelebihannya? Jom kita tengok..



1. Melatih fokus anak
Anak akan berusaha untuk menyelesaikan puzzle dengan memadankan nya pada bentuk yang sesuai. Ini dapat meningkat daya fokus anak dan melatih kesabaran mereka untuk mendapatkan hasil akhir.

2. Mengukuhkan kemahiran menyelesaikan masalah
Apabila anak ermain puzzle, mereka akan cuba untuk mendapatkan penyelesaian. Dengan memanipulasikan dan mencari jalan untuk menyelesaikan puzzle ini akan memberi pendedahan awal kepada mereka dalam kemahiran menyelesaikan masalah matematik kelak. 

3. Meningkatkan daya koordinasi mata dan tangan
Memutar, menggenggam dan menggerakkan kepingan puzzle dapat melatih kekuatan motor halus anak. Pada masa yang sama, anak juga akan menggunakan mata nya untuk memuatkan puzzle di tempatnya.

4. Belajar mengenai bentuk dan hubungan spatial
Semasa bermain puzzle, anak akan mengenal bentuk-bentuk yang terlibat dan menghubungkaitkan kesepadanan antara bentuk-betuk tersebut. 

5. Melatih kemahiran kognitif anak
Bila anak semakin besar dan memasuki sekolah, mereka akan mendapat diberi kerja sekolah dan latihan yang perlu disiapkan dalam tempoh tertentu. Anak yang selalu bermain dengan puzzle semasa kecil tidak akan kelam kabut dan akan memahami bahawa setiap tugasan perlu diselesaikan satu-persatu seperti mana mereka menyelesaikan puzzle. 

6. Meningkatkan keyakinan diri
Anak akan rasa bangga dan berpuas hati apabila dapat menyelesaikan puzzle. Secara tidak langsung, ini akan meningkatkan keyakinan diri anak dan mempersiap kan mereka untuk menghadapi cabaran-cabaran masa akan datang.








Harga : RM25.00
Exclude postage




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608



Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015