Saturday, 30 July 2016

Tips Didik Anak Mudah Solat


Tanggungjawab ini memang sesuatu yang amat besar bila berkaitan dengan ibadah dan solat. Betul lah kata orang-orang tua kita, " Melentur buluh biarlah dari rebungnya." Anak-anak perlulah kita mendidik mereka sejak kecil lagi. Memang menjadi cabaran buat kita untuk mengajar anak-anak solat pada zaman sekarang kerana banyak godaan yang lebih menarik perhatian mereka seperti televisyen dan Ipad. 



Kaedah mendidik anak kecil solat ini haruslah mempunyai perancangan dan dilaksanakan secara bertahap. Apakah kaedah tersebut?  



Contoh tauladan yang baik

Ibu bapa adalah contoh terbaik dan terdekat untuk diteladani oleh anak-anak. Ayah yang selalu ke masjid, ibu yang terus bersiap solat ketika mendengar azan dan mendedahkan kepada anak-anak tentang solat berjemaah adalah antara contoh terbaik buat anak-anak.

Umur 0-2 tahun : Wujudkan suasana yang solehah

Walaupun anak-anak masih kecil, tidak mengerti dan tidak faham, namun suasana yang baik dan solehah akan menjadikannya biasa. Dia biasa melihat ibu dan ayahnya solat di awal waktu, solat berjemaah, tahu tentang azan dan mendengar bacaan ayat-ayat al-quran.  Barkata-katalah dan bercerita dengan anak seperti, " Tunggu sebelah mama ye, mama mahu solat." atau " terima kasih sayang sebab tunggu mama solat."

Umur 2-3 tahun : Ajar anak

Sebagai ibu bapa usah merasa jemu untuk selalu ajak anak solat. Biar mereka biasa dengan ajakan. Walaupun mereka hanya mendengar dan tidak mengikuti, teruskan menyebut setiap kali kita hendak solat. "Jom ikut mama solat."

Umur 4-6 tahun : Mengapa kita solat?

Sudah tiba masanya untuk ibu bapa bercerita tentang kepentingan solat kepada anak mereka. Penerangan berbentuk cerita dapat memberikan gambaran yang jelas kepada anak-anak. Dedahkan anak-anak secara kerap tentang masjid. Ajak mereka ke masjid. Perkenalkan tentang adab-adabnya, solat jemaah, hubungan sosial dengan jemaah yang lain dan sebagainya. Pada umur begini juga ibu bapa sudah boleh menghantar mereka ke tadika Islam yang mengajar mereka tentang solat agar mereka lebih faham dan seronok untuk solat.

Umur 7-9 tahun : Penekanan dan tanggungjawab

Ini adalah tahun-tahun pengukuhan bagi asas solat bagi anak-anak. Kita sudah menunjukkan contoh, ajakan dan pemahaman sejak lahir. Waktu ini anak seharusnya sudah tahu apa yang perlu dilakukan ketika azan, cara mengambil widhuk, pergerakan dan bacaan dalam solat. Walaupun tidak lancar dan tidak cekap, sekurang-kurangnya mereka sudah ada asas. Mencapai umur 9 tahun, ibu bapa sudah mula sedikit tegas dan selalu mengingatkan mereka untuk solat.

Umur 10 tahun ke atas : Denda dan hukuman

Dalam hadith tentang solat, Nabi membenarkan untuk kita memukul anak yang ingkar solat ketika dia berumur 10 tahun. Tetapi sebelum kita memukulnya, adakah kita telah memberikan pemahaman serta contoh terbaik buat mereka? Tidak semudah itu untuk ibu bapa menjatuhkan hukuman dan memukul anak. Semoga kita menjadi pemimpin yang adil dalam menentukan hukuman dan denda terhadap anak-anak.

Doa 

Selalulah amalkan doa Nabi Ibrahim. Pelbagai teknik dan cara perlu diterapkan oleh ibu bapa di luar sana dalam mengajak anak bersolat. Kekerasan dan paksaan hanya akan membentutkan proses asas pemahaman solat ini. 




Semoga anak-anak kita dapat menunaikan solat yang merupakan ibadat yang utama sebagai seorang Muslim. Sebagai Ibu bapa kita seharusnya memberi pendedahan solat seawal yang mungkin kepada anak-anak kita mengikut usia mereka.




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608




Saturday, 23 July 2016

Jadual Mengajar Anak Bagi Ibu Bekerja







Ramai di kalangan ibu yang bekerja di luar rumah mempunyai masalah untuk mengajar anak kerana waktu yang ada sangat terhad.

Sebenarnya macam-macam cara ibu boleh buat, bergantung kepada situasi dan mood anak-anak.
Ada beberapa tips yang boleh ibu-ibu cuba.

1) Sekolah dalam kereta 🚗

Manfaatkan waktu di dalam kereta ketika menghantar anak ke rumah pengasuh atau ketika keluar hujung minggu. Boleh baca dan sebutkan ABC, 123 atau bercerita dengan anak di dalam kereta. 

2) Lepas maghrib  📝

Biasanya maghrib kita sudah berada di rumah. Selepas maghrib kumpulkan anak-anak dan buat ulangkaji bersama. Untuk ajar membaca, cukup 10 ke 15 minit tetapi konsisten setiap hari.

3) Sebelum tidur 😴

30 minit awal sebelum anak dapat deep sleep, buat ulangkaji bersama. Contohnya anak masih ingat-ingat lupa suku kata 'da' dan 'ma'. Baring bersama anak. Tunjukkan flashcards tersebut.

4) Hujung minggu 💃

Buat persediaan apakah aktiviti yang mahu dilakukan bersama anak. Mungkin kita mahu ajar anak membaca sambil membuat latihan menulis. Sediakan buku atau templatenya. Luangkan 30 minit untuk satu sesi. Atau jika mahu santai-santai sahaja, sambil basuh kereta pun boleh menyebut suku kata bersama anak. Tulis di pintu kereta atas buih sabun dan sebut sama-sama. Bukan sahaja belajar, tetapi boleh juga eratkan hubungan dengan anak.

5) Minta bantuan 📢

Jika anak tinggal dengan pengasuh, jika pengasuh tidak keberatan, boleh minta bantuannya untuk sama-sama membantu. At least perdengarkan lagu ABC, bacaan ayat-ayat lazim dan sebagainya.

Inilah antara aktiviti ibu-ibu yang tidak punya banyak masa bersama anak-anak. Yakin dan percaya, walaupun kita sibuk tapi kita boleh jadi kreatif dan lakukan aktiviti bersama anak-anak. Yang penting ibu kena rajin kalau nak anak rajin tau.




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608

Friday, 22 July 2016

Permainan Manipulatif Bagus Untuk Anak Kecil






Tahukah anda apakah itu permainan manipulatif?

Manipulatif adalah satu bentuk permainan pembelajaran yang memerlukan anak untuk membentuk sesuatu dengan menyambung bahagian tertentu permainan tersebut. Permainan ini membantu anak untuk membina kemahiran motor halusnya terutama kordinasi tangan dan mata. Permainan ini juga mengaktifkan dan menghubungkan sel-sel otak anak. 

Apakah kebaikan permainan manipulatif?

1. Anak dapat melatih otot-otot halusnya terutama di bahagian jari jemari bagi membina kemahiran motor halusnya. Ini amat penting supaya anak akan mudah memegang pensil dan kemudian menulis.


2. Anak akan cuba memberikan penumpuan terhadap permainannya kerana permainan ini memerlukan anak untuk menyambung, membentuk dan sebagainya. Ini melatih konsentrasi dan kordinasi otaknya.



3. Anak akan dapat memahirkan diri dalam menyelesaikan masalah dan memikirkan cara yang paling baik untuk menyambung dan membentuk. 



4. Permainan ini baik untuk kordinasi matanya kerana dia mungkin akan melihat benda yang kecil dan berwarna.



5. Permainan ini akan mengenalkan anak kepada konsep bentuk, saiz, berat, ketinggian mahupun kelebarannya.



6. Anak juga dapat memahirkan diri dalam konsep mengira (matematik).



7. Kemahiran sosialnya akan meningkat kerana dia perlu bercakap untuk menghasilkan sesuatu atau meminta bantuan daripada orang lain.



So ibu-ibu dah ada idea untuk aktiviti bersama anak-anak di rumah ?
Permainan manipulatif ni banyak dijual, boleh juga buat sendiri kalo ibu-ibu rajin. 
Saya memang la sangat tak rajin sebenarnya. 
Ada banyak aktiviti anak-anak yang saya share dalam blog ni, bolehla explore.
Edu toys juga banyak saya jual , mana yang berkenan tu boleh contact saya (^_^)






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015