Sunday 7 February 2016

Bantu Galak Minat Anak Belajar





Ibu bapa sering mengeluh apabila dilihat anak sangat suka bermain. Tidak minat pada buku. Tidak mahu belajar. Sukar pula untuk melihat anak ini minat untuk belajar. Telah menjadi satu trend anak-anak kecil seawal usia 3 tahun suda mula dihantar ke pelbagai kelas untuk anak belajar. Tidak jadi satu kesalahan untuk berbuat demikian tetapi sebagai ibu bapa, anda perlu lihat minat anak anda atau kecenderungannya kepada apa yang diminati. Anak-anak biasanya dilihat lebih suka bermain daripada belajar. Definisi anak suka belajar pula ialah jika dia minat dan boleh membaca. Adakah ini sesuatu yang tepat untuk menilai anak boleh membaca? 

Bagaimana anak kecil boleh membaca?

Anak boleh mencapai kebolehan untuk membaca pada usianya 3 tahun. Ianya boleh dicapai tetapi yang pasti formula yang perlu diikuti oleh ibu bapa ialah program perlu dilakukan secara konsisten. Pembangunan otak manusia berlaku bertahap-tahap dan perlu melalui proses yang merupakan satu fitrah, sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah.
Pembangunan anak bukan sekadar kebolehan membaca sahaja. Anak sebenarnya belajar apabila dia bermain. Anak anda boleh bersosial, boleh berkawan dengan muda. Membaca merupakan kebolehan yang ada pada manusia tetapi untuk mendapat kebolehan membaca, anak perlu melalui proses yang sepatutnya agar pancaindera utama untuk membaca iaitu mata, dibangunkan dengan tepat agar anak dapat membaca dengan lancar. 
Sekiranya anak tidak mau duduk diam untuk membaca tetapi amat suka untuk bermain, ada kemungkinan anak anda tidak melalui proses pembangunan yang sepatutnya yang menyebabkan dia tidak mahu membaca atau dilihat ibu bapa sebagai tidak minat untuk membaca. 
Ibu bapa yang mahu menghantar anak ke taska dan nurseri seharusnya melihat program bukan hanya fokus kepada program intelek sahaja tetapi program yang menyeluruh. Anak tidak belajar melalui satu cara sahaja dan anak seharusnya dibenarkan belajar pada tahap kemampuannya. Di usia pembangunan awal kanak-kanak, 85% pembelajaran berlaku secara tidak sedar dan 15% berlaku secara sedar. Taska atau tadika pilihan ibu bapa perlu mempunyai program yang menyeluruh yang akan membangunkan anak ke arah kecermelangan. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. 

Rujukan : Pa&Ma Februari 2011







Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608




No comments:

Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015