Pada umur 6 bulan, perkembangan otak bayi telah membangun sebanyak 50%. Rangsangan awal ini akan memudahkan anak belajar secara lebih formal seawal usianya 3 tahun. Menurut pakar fonetik, kanak-kanak yang sudah biasa mendengar dan menyebut bunyi huruf akan lebih mudah belajar membaca pada usia 3 atau 4 tahun.
Amalan 1 : Mengimbas kad bunyi huruf bahasa melayu, bahasa inggeris dan Quran
Dudukkan bayi di atas riba. Imbaskan 5 kad huruf BM/BI/Quran pada setiap sesi. Tunjukkan kad huruf pertama, 25cm daripada mata bayi. Sebut bunyi huruf dengan jelas 2 kali. Sebagai contoh /a/ , /a/. Ulang langkah untuk bunyi huruf seterusnya pada kadar yang cepat.
Amalan 2 : Mempelbagaikan bacaan buku
Pada peringkat ini perkenalkan lebih banyak buku cerita kanak-kanak yang bergambar menarik dengan teks bacaan yang pendek pada setiap muka surat dan buku maklumat seperti My First Dictionary. Bacakan buku cerita sambil memeluk bayi anda supaya dia merasa tenang dan selamat. Berseronoklah (membuat pelbagai bunyi dan mimik muka) dengan bayi anda ketika membaca buku cerita (aktiviti otak kiri) untuk menggalakkan dia merasai pelbagai emosi (aktiviti otak kanan) dan berimaginasi (aktiviti otak kanan) walaupun masih kecil.
Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak?
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda?
Hubungi saya - Puan Farida
Call/Sms/whatsapp 019.9425608
No comments:
Post a Comment