Sunday 31 May 2015

Aktiviti cuti sekolah Rayyan- part 1


Cuti sekolah datang lagi. Mama mula pening memikirkan nak export ke mana anak bertuah mama yang sorang ni. Terpaksalah mama cuti seminggu, walaupun cuti sekolah 2 minggu. Minggu kedua kita pikir kemudian la ye haha.

Mama dah siap plan nak buat aktiviti apa la dengan Rayyan ni. So selama seminggu mama akan rotate aktiviti ni untuk dia. Semoga mama & Rayyan akan disiplin dan rajin la nanti. 



Hari ni 1st day kami kat umah. Sempat la buat beberapa aktiviti. Pagi sempat baca Bacalah Anakku dan menulis. Mujurla mood dia ok.


Pastu dia dah mula mintak nak tengok YouTube. So nak kena pikir la aktiviti yang pelik sikit bagi dia kagum. Mula la mama bawa keluar majalah lama dan suruh dia gunting beberapa gambar yang senang untuk dieja. Dia teruja la plak dengan aktiviti ni, semua gambar dia nak gunting. So lepas gunting, dia tampal, pastu tulis dan baca semula apa yang dia tulis.


Sebelah petang pula, dia ulang lagi sekali baca dan tulis Bacalah Anakku. Tapi tu je yang sempat buat sebab sebelah petang adik dia ada, memang tak bolehla nak bagi 100% attention kat Rayyan. Sebelah malam pula sempat abiskan 1 page Iqra'.

So kita sambung la aktiviti untuk esok plak ye.





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp  019.9425608 







No comments:

Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015