Sunday, 31 May 2015

Aktiviti cuti sekolah Rayyan- part 1


Cuti sekolah datang lagi. Mama mula pening memikirkan nak export ke mana anak bertuah mama yang sorang ni. Terpaksalah mama cuti seminggu, walaupun cuti sekolah 2 minggu. Minggu kedua kita pikir kemudian la ye haha.

Mama dah siap plan nak buat aktiviti apa la dengan Rayyan ni. So selama seminggu mama akan rotate aktiviti ni untuk dia. Semoga mama & Rayyan akan disiplin dan rajin la nanti. 



Hari ni 1st day kami kat umah. Sempat la buat beberapa aktiviti. Pagi sempat baca Bacalah Anakku dan menulis. Mujurla mood dia ok.


Pastu dia dah mula mintak nak tengok YouTube. So nak kena pikir la aktiviti yang pelik sikit bagi dia kagum. Mula la mama bawa keluar majalah lama dan suruh dia gunting beberapa gambar yang senang untuk dieja. Dia teruja la plak dengan aktiviti ni, semua gambar dia nak gunting. So lepas gunting, dia tampal, pastu tulis dan baca semula apa yang dia tulis.


Sebelah petang pula, dia ulang lagi sekali baca dan tulis Bacalah Anakku. Tapi tu je yang sempat buat sebab sebelah petang adik dia ada, memang tak bolehla nak bagi 100% attention kat Rayyan. Sebelah malam pula sempat abiskan 1 page Iqra'.

So kita sambung la aktiviti untuk esok plak ye.





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp  019.9425608 







Monday, 25 May 2015

Read Easy Reading Poster - poster 1


Taraaa...sebelum ni duk citer pasal poster membaca Bacalah Anakku je kan. Kali ni kita tengok plak reading poster Read Easy ni. Saiznya sama macam poster membaca Bacalah Anakku. 

Rayyan baru lepas poster 1. Lagipun saya tak ajar dia Read Easy setiap hari. Kat sekolah pun cikgu belum mula Read Easy ni. Poster 1 ni paling simple & senang, so sekali baca je dia dah lepas la haha.


Jom tengok Rayyan membaca poster 1.



Ada yang berminat dengan poster ni ? 1 set ada 14 poster, silibusnya sama macam buku Read Easy. 



Harga : RM42
Exclude postage




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp  019.9425608 




Cutenya Siri Boneka Kecil ni


Comel tak ? Comel kan? Ni lah Siri Boneka Kecil. Memang comel sangat buku2 ni rasa nak gigit je haha..Buku ni ada puppet tau boleh masukkan tangan. Sambil bercerita sambil boleh bermain puppet tu. Tentu seronok anak-anak dengar ibu bercerita kan.

Buku2 ni berfokuskan suku kata. So anak yang sedang belajar membaca boleh juga praktis membaca. Saya belikan buku2 ni untuk Rayyan since dia sekarang sedang dalam proses belajar membaca. 

Dalam 1 set buku ni ada 6 buah buku semuanya, ada 6 tajuk kesemuanya. 



Si Kura-Kura Kecil


Si Itik Kecil



Si Tikus Kecil



Si Beruang Kecil


Si Kucing Kecil


Si Arnab Kecil





Harga : RM60
Exclude postage





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call /Sms/whatsapp 019.9425608 





Friday, 22 May 2015

ReadEasy Beginner - Book 1 & Book 2




ReadEasy book 1 & book 2 sangat simple dan senang utk diajar. Memang anak2 sangat mudah faham, lebih2 lagi kalau anak sudah biasa dengan buku Bacalah Anakku. 

Tak banyak perkataan yang diajar utk permulaan, ada beberapa perkataan sahaja yang diulang banyak kali seperti 
CAT, BAT, CAB, TOT & COT, manakala perkataan yang secara tak langsung diajar adalah AND. Cuma 6 perkataan ini sahaja yang diulang banyak kali sampai anak faham.








Dalam book 2 pula, anak akan diperkenalkan lagi dengan beberapa perkataan mudah seperti ON, MAT, MAN, PAT, POT & MOP, manakala perkataan yang secara tak langsung diajar adalah A & THE. 











Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp  019.9425608 





Monday, 11 May 2015

Mama melabur lagi untuk kamu berdua


Tajuk entry macam mama ni byk duit sangatla kan..memang dah lama nak melabur beli benda ni cuma tak jumpa sales person yang betul2,cuma tengok2 kawan punye je. Nah akhirnya mama dah beli untuk korang berdua. Benda apa ni? Ni la Grolier set, dah ramai yang guna ni cuma kita je nak yang ketinggalan haha. Saya cuma beli game set je, buku dah banyak sangat kat rumah takut tak terbaca.

Saya cuma beli
1) Fun Thinkers
2) Logico Primo

Jom kita review sikit. Kot2 la Grolier nak wat cabutan bertuah terpilih plak review i nih..

FUN THINKERS




Fun Thinkers ni memang menarik. Ada 10 buku semuanya. 3 Math, 3 English, 3 Creative Thinking, dan 1 All Fun Around . Kalo yang level 1 memang Rayyan dah pandai main. Sambil bermain sambil belajar. Dia seronok bila flip flip benda alah tu dan tengok jawapan dia betul.

LOGICO PRIMO





Logico ni pulak menggunakan kad. Ada banyak sangat kad dalam set ni. Ada 20 set tajuknya, dan setiap set tu ada 16 keping kad. Cuba korang darab jadi ada berapa semuanya kad haha.  Logico ni pun dia boleh cek jawapan sendiri sama ada betul atau tak dengan pusingkan kad ke belakang dan cek warna sama tak dengan button yang dia gerakkan.



Saya tak jual tau benda alah ni hehe..saja je rajin buat review. Tapi kalo rasa berminat bolehla jugak saya rekemenkan hehe..



Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda?

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp  019.9425608 


Saturday, 2 May 2015

Bayi berumur 6 hingga 12 bulan. Apa yang perlu dibuat ?




Pada umur 6 bulan, perkembangan otak bayi telah membangun sebanyak 50%. Rangsangan awal ini akan memudahkan anak belajar secara lebih formal seawal usianya 3 tahun. Menurut pakar fonetik, kanak-kanak yang sudah biasa mendengar dan menyebut bunyi huruf akan lebih mudah belajar membaca pada usia 3 atau 4 tahun.

Amalan 1 : Mengimbas kad bunyi huruf bahasa melayu, bahasa inggeris dan Quran

Dudukkan bayi di atas riba. Imbaskan 5 kad huruf BM/BI/Quran pada setiap sesi. Tunjukkan kad huruf pertama, 25cm daripada mata bayi. Sebut bunyi huruf dengan jelas 2 kali. Sebagai contoh /a/ , /a/. Ulang langkah untuk bunyi huruf seterusnya pada kadar yang cepat. 

Amalan 2 : Mempelbagaikan bacaan buku

Pada peringkat ini perkenalkan lebih banyak buku cerita kanak-kanak yang bergambar menarik dengan teks bacaan yang pendek pada setiap muka surat dan buku maklumat seperti My First Dictionary. Bacakan buku cerita sambil memeluk bayi anda supaya dia merasa tenang dan selamat. Berseronoklah (membuat pelbagai bunyi dan mimik muka) dengan bayi anda ketika membaca buku cerita (aktiviti otak kiri) untuk menggalakkan dia merasai pelbagai emosi (aktiviti otak kanan) dan berimaginasi (aktiviti otak kanan) walaupun masih kecil.






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp  019.9425608 




Anak berumur 1-2 tahun. Apa yang perlu dibuat ?




Kanak-kanak berumur 1 tahun sudah mula meneroka alam sekeliling. Mereka sudah mula berjalan, malah berlari. Kanak-kanak 1 hingga 2 tahun juga banyak menggunakan komunikasi tanpa lisan (non verbal communication). Mereka mempelajari bahasa dalam bentuk pasif (memahami) daripada bentuk aktif (bercakap). Pada peringkat ini, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui meniru percakapan dan kelakuan ibu bapa atau sesiapa saja yang hampir dengannya.

Antara amalan yang baik untuk dibuat :

1. Berbual-bual dengan kanak-kanak menggunakan pelbagai intonasi dan nada suara. Menggunakan ayat yang pendek dengan bahasa yang mudah dan jelas. JANGAN gunakan baby talk.
2. Menamakan pelbagai objek di sekeliling dan di dalam buku bergambar atau kad imbas.
3. Bacakan lebih banyak buku cerita yang lebih panjang teksnya untuk memperkayakan bahasa mereka.
4. Mengimbaskan, menyebut dan menekap (trace) dengan jari fonik huruf BM/BI/Quran.
5. Membacakan buku SIRI BACAAN AWAL BACALAH ANAKKU, puisi berima (nursery rhymes), pantun, buku cerita bergambar dan phonic readers.
6. Menyanyi action songs dan finger play.
7. Menyanyi lagu fonik Abu Ada Ayam dan Cory Cat Song.
8. Melakukan aktiviti luar supaya mendapat sebanyak mungkin bekalan oksigen. Berlari, melompat dan merangkaklah dengan anak anda. Galakkan anak anda meneroka persekitaran luar dan menikmati ciptaan Allah.









Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp  019.9425608 


Anak berumur 2-3 tahun. Apa yang perlu dibuat ?




Ramai kanak-kanak yang bertutur dengan lancar bermula umur 2 tahun. Pada tahap umur 2 hingga 3 tahun, kanak-kanak mula mempelajari bahasa dalam bentuk aktif iaitu bercakap. Mereka mempunyai perbendaharaan kata yang banyak untuk meluahkan perasaan dan apa mereka tahu. Sebagai ibu bapa, macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak pada peringkat umur sebegini. 

Antara amalan yang baik untuk dibuat :

1. Berbual-bual dengan kanak-kanak menggunakan pelbagai intonasi dan nada suara.
2. Menamakan pelbagai objek di sekeliling dan di dalam buku bergambar atau kad imbas.
3. Memberi peluang kanak-kanak menamakan objek di sekeliling dan di dalam buku bergambar atau kad imbas.
4. Galakkan perkembangan bahasa dengan bertanya soalan terbuka (open ended), menerangkan sesuatu (explain) dan memberi maklumat kepada kanak-kanak.
5. Banyak mendengar percakapan kanak-kanak dan memberi pujian pandai bercakap (be an attensive listener).
6. Membantu kanak-kanak menyebut perkataan atau ayat mudah dengan betul melalui pengulangan.
7. Memberi peluang kanak-kanak bermain peranan untuk memperkenal perkataan baru dan memperkayakan bahasa.
8. Mengimbaskan, menyebut dan menekap bunyi huruf BM/BI/Quran.
9. Mengimbaskan dan menyebut nombor 1-10.
10. Membacakan buku SIRI BACAAN AWAL BACALAH ANAKKU, nursery rhymes, pantun,buku cerita bergambar dan phonic readers.
11. Menyanyi action songs dan finger play.
12. Menyanyi lagu Fonik Abu Ada Ayam dan Cory Cat Song.
13. Melakukan aktiviti kreatif seperti membentuk playdoh, membuat mosaic, mewarna dengan pensel warna dan krayon, mengecat menggunakan jari dan berus dan mengecop sebagai susulan setelah mempelajari bunyi asas Bacalah anakku atau Readeasy.
14. Memadan huruf (matching).
15. Mencantum puzzle huruf (2-5 keping).
16. Mendiskriminasi bentuk huruf.
17. Menyusun urutan cerita bergambar.
18. Bermain aktiviti fizikal untuk meningkat koordinasi mata dengan tangan seperti golek bola.










Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp  019.9425608 




Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015