Thursday, 22 September 2016

Nak Anak Bijak Membaca?



Nak Anak Bijak Membaca? Camna tu?
Semua ibu bapa nak anak bijak membaca kan?
Jom baca satu persatu ye.


1) Peruntukkan masa tetap setiap hari untuk membaca pada anak

Kajian mendapati bahawa membacakan buku pada anak setiap hari boleh meningkatkan pemahaman anak dan membolehkan anak menangkap kosa kata atau beberapa perkataan yang rumit. Selain itu, dengan membacakan buku pada anak-anak, ia boleh mencetus sifat kreativiti dan minat mereka untuk membaca.

Tidak kira sama ada anak anda masih belum bersekolah atau sudah meningkat remaja, cara ini boleh meningkatkan keinginan anak untuk membaca dengan sendiri.

Kita sering melihat orang barat gemar membacakan buku cerita fantasi atau cerita kanak-kanak pada anak mereka sebelum tidur. Apa kata kita pula mengaplikasikan cara ini pada anak kita pula.

Bezanya, sebelum mereka tidur, kita bacakan ayat al-Quran mudah atau doa tidur, dituruti dengan membacakan kisah Nabi dan Rasul pada mereka. Disamping boleh menggalakkan mereka pandai membaca, kita juga boleh mengajar mereka kisah teladan dan sejarah Nabi. Selain itu, tahukah anda, antara perkara yang boleh meninggalkan kesan dalam ingatan anak-anak adalah membacakan mereka buku.

2) Besarkan anak dalam persekitaran yang penuh dengan bahan bacaan

Kanak-kanak yang dibesarkan di rumah yang mempunyai sumber bahan bacaan yang banyak didapati lebih cemerlang dalam pelajaran. Galakkan anak anda membaca dengan melengkapkan rumah anda dengan pelbagai jenis bahan bacaan seperti majalah, komik dan buku.

Lebih elok sekiranya wujudkan perpustakaan kecil di rumah, atau letakkan bahan bacaan di sekeliling anak anda seperti dalam bilik tidur, ruang tamu ataupun dalam kereta.




3) Adakan waktu membaca keluarga

Wujudkan waktu membaca keluarga yang tetap. Sebagai contoh, setiap Jumaat malam, anda sekeluarga menetapkan satu jam dimana semua orang membaca bersama-sama dalam keadaan senyap. Dengan melihat anda membaca, anak anda juga akan terdorong untuk membaca. Hanya 15 minit setiap hari pun memadai bagi meningkatkan tahap kelajuan pembacaan anak anda.

4) Galakkan pelbagai aktiviti membaca yang menarik

Jadikan membaca itu sebahagian daripada hidup anak anda. Galakkan mereka membaca menu makanan di restoran, papan tanda atau iklan di tepi jalan, tajuk rancangan kegemaran mereka atau apa sahaja informasi yang praktikal.

Anda juga boleh memberikan apa sahaja bentuk bacaan diwaktu lapang mereka sementara mereka menunggu temujanji doktor gigi atau dalam perjalanan menaiki keretapi. Pelbagaikan bahan atau sumber yang boleh membantu mereka cepat belajar seperti flashcard, permainan atau ipad apps yang sesuai. Dengan cara ini, anak anda akan lebih teruja untuk belajar membaca sekaligus menarik minat mereka.

5) Menanam kebiasaan untuk ke perpustakaan

Terimbau kenangan saya semasa zaman kanak-kanak dahulu. Dahulu, kami tidak mempunyai kereta, jadi, jika mahu kemana-mana kami akan menaiki bas. Teringat kesusahan ibu saya membawa kami tiga beradik yang masih kecil ke perpustakaan seminggu sekali.

Tidak kira apa jua keadaan, perpustakaan menjadi tempat wajib kami kunjungi setiap minggu. Sewaktu cuti sekolah, ibu memilih untuk menghantar kami ke perpustakaan setiap hari. Di penghujung hari, selepas pulang dari pejabat barulah ibu menjemput kami. Meletihkan dan kami juga tidak dapat pergi bermain. Tetapi dengan cara tersebut, kami lebih berminat untuk membaca berbanding aktiviti lain.

6) Pantau setiap perkembangan anak anda

Ketahui secara terperinci setiap perkembangan anak anda. Dapatkan maklumat dari guru di sekolah berkenaan sejauh mana perkembangan yang anak anda tonjolkan di sekolah. Kenalpasti kemahiran membaca yang sepatutnya mengikut peringkat umur.

Kebanyakan ibu bapa gemar meletakkan sepenuhnya tanggungjawab mengajar anak mereka di bahu guru di sekolah tanpa mengambil tahu perkembangan anak mereka sendiri. Hakikatnya, itu adalah perbuatan yang salah! Sesi pembelajaran dan pengajaran tidak sepatutnya berlaku hanya disekolah. Ia sepatutnya bermula dari rumah. Ibu bapalah pendidik terawal dan utama bagi anak mereka.

Pembelajaran di sekolah hanya untuk perkara yang tidak mampu diajar oleh ibu bapa di rumah. Apalah gunanya anda belajar tinggi sehingga ke peringkat Ijazah dan Doktor Falsafah jika anak anda sendiri diajar oleh pembantu rumah Indonesia yang tidak pernah bersekolah.

Kenalpasti masalah yang dihadapi oleh anak anda semasa proses membaca. Mungkin, anak anda tidak boleh menyebut suatu huruf dengan betul. Mungkin, dia sendiri tidak faham apa yang dia baca. Dan mungkin juga anak anda keliru dengan huruf-huruf yang ada. Kenalpasti masalah ini dan dapatkan kerjasama dari guru di sekolah sekiranya anda tidak tahu cara terbaik untuk menanganinya.

7) Jujur pada diri dan letakkan sasaran yang realistik

“Saya mahu anak saya pandai membaca dalam masa satu bulan!”. Sekadar berimpian tidak boleh menyebabkan anak anda membaca dengan cepat. Jujur pada diri, dan letakkan matlamat yang realistik. Hanya anda mengetahui sejauh mana potensi dan tahap perkembangan anak anda.

Anda boleh meletakkan matlamat seperti ‘berusaha melatih anak membaca 15 minit setiap hari’ atau ‘menggalakkan anak membaca tiga buah buku sebulan’. Apa sahaja matlamat mengikut kemampuan anak anda.

Terlalu mendesak anak mencapai matlamat yang anda tetapkan sendiri bukan sahaja menyebabkan anak tertekan, malah boleh meragut minat mereka untuk membaca. Jadikan membaca ini suatu perkara yang menyeronokkan, bukan merunsingkan.

8) Memberi galakkan dan motivasi, bukan merendahkan

“Anak saya membaca terlalu perlahan”. Antara keluhan yang sering diluahkan oleh ramai para ibu. Tidak mengapa untuk anak anda membaca lambat. Setiap anak-anak mempunyai keupayaan belajar yang berbeza. Ada yang cepat dan ada yang lambat.

Jangan sesekali membanding-banding anak anda dengan anak orang lain – lebih-lebih lagi dihadapannya. Dikuhatiri, semangat dan minatnyanya untuk belajar hilang sedikit demi sedikit. Jangan terlalu bimbangkan selaju manakah anak anda membaca. Sebaliknya, tumpukan lebih perhatian pada bagaimana anak anda menyebut sesuatu perkataan dengan tepat dan betul.

Jangan terlalu memberi tekanan pada anak anda supaya laju membaca. Lebih baik sekiranya anda boleh membantunya mengingati apa yang dia baca sebentar tadi. Sebagai contoh, anda boleh menulis beberapa perkataan atau melukis sesuatu yang menggambarkan apa yang berlaku. Dengan cara ini, minat anak anda untuk membaca boleh bercambah hari demi hari.

Reaksi dan respon dari anda mempunyai pengaruh yang besar dalam menggalakkan anak anda membaca. Pastikan anda memuji dengan ikhlas setiap usaha mereka. Sekali sekala, hadiahkan barang impian mereka untuk mengiktiraf segala usaha mereka dan membuatkan mereka rasa dihargai. Ingat, usaha yang kecil tetapi diamalkan setiap hari boleh menyumbang pada kejayaan yang besar dikemudian hari.

9) Berkongsi kesusahan dan cabaran anda dengan anak-anak

Anak anda tidak mahu membaca? Fahami perasaan mereka. Kebiasannya apabila sesuatu perkara tersebut dianggap terlalu sukar untuk dilakukan, ditambah lagi dengan tekanan pelbagai pihak termasuk guru di sekolah dan ibu di rumah, anak anda seringkali memilih untuk tidak melakukannya lansung!

Kongsikan pada anak anda apa jua perkara yang anda tidak pandai atau menghadapi masalah untuk melakukannya. Akui padanya, sebagai manusia biasa, tidak mengapa untuk tidak pandai – asalkan berusaha dan mencuba.

10) Raikan setiap kejayaan dan usaha

Paling penting, raikan setiap kejayaan dan usaha anak anda – setiap satu kejayaan! Jangan hanya bergantung pada kad kemajuan sekolah anak anda untuk mengetahui tahap kemajuan mereka dalam pelajaran.




Raikan setiap satu darinya.
Raikan apabila beliau sudah semakin membaca dengan lancar.
Raikan apabila mereka memperbetulkan sebutan bacaan sendiri.
Raikan apabila mereka menghabiskan banyak buku untuk dibaca,

Raikan apabila anak anda berjaya menyebut satu perkataan yang sukar dengan betul.




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608



Baby ku Pandai Tulis







Saya sering ditanya bilakah masa yang sesuai untuk mengajar anak menulis? Saya memberi peluang anak-anak saya menulis daripada umur 12 bulan. Bermula pada umur 12 bulan bayi anda mampu menggenggam alat tulis.


Tampalkan kertas mahjong di lantai dan berikan krayon besar untuk bayi anda menconteng. Pada peringkat umur ini bayi anda akan menggenggam krayon sambil menconteng(scribbling). Menconteng is your baby's first writing.



Jangan lupa untuk berbual-bual dengan bayi anda sambil dia 'menulis'. Tanya "Adik tulis ape tu?". Beri komen yang memberangsangkan seperti "Cantiknya tulisan adik !" atau "Besarnya bola adik lukis!".



Anda juga boleh berbual mengenai warna-warna yang digunakan oleh bayi anda untuk 'menulis'. Dengan berbual sebegini bayi anda akan memahami apa yang dicontengnya itu mewakili satu objek atau idea.



Anda juga boleh mainkan lagu (...how about 'Abu Ada Ayam'?) semasa sesi 'menulis' ini. Pelbagaikan rentak lagu laju atau perlahan untuk menggalakkan bayi anda 'menulis'.



Menjangkau 17/18 bulan bayi anda akan menunjukkan lebih minat dalam menulis dan lebih 'pro' menconteng. Jangan expect bayi anda boleh melukis gambar pada tahap ini ye. Bayi anda sekadar diberi peluang untuk meneroka apa yang dia boleh lakukan dengan krayon pelbagai warna dan kertas. Bayi anda juga berpeluang meniru apa yang abang, kakak dan anda lakukan dengan alat tulis. Don't forget to put up your baby's writing/drawing on the walls to show how much you appreciate his/her efforts.



Have fun with your baby!



tips dari Nik Eliani Nik Nawi, Mother of 6 ranging from 8 to 25 years of age. Co-writer of Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku & Readeasy Early Reading Series






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


Friday, 16 September 2016

Kelebihan Buku Bergambar untuk Anak Kecil






Buku cerita bergambar adalah buku yang berisi cerita yang dilengkapi gambar illustrasi cerita tersebut. Biasanya, cerita yang terkandung dalam buku cerita bergambar adalah cerita yang mengajarkan anak akan suatu hal. Misalnya, harus patuh kepada orang tua, gosok gigi sebelum tidur, dan sebagainya. Buku cerita bergambar juga menjadi pembelajaran yang efektif kepada anak. Gambar pada buku cerita bergambar ini bertujuan untuk memberikan imaginasi atau gambaran visual kepada anak. Anak akan lebih cepat menyerap dan memahami cerita yang terkandung dalam buku. Ini kerana usia anak yang masih kecil masih dalam tahap berimaginasi, berfantasi, dan bermain. 

Dengan membaca buku cerita bergambar, anak boleh mengingat semula informasi yang  pernah diterimanya. Mungkin anak akan terbayang-bayang gambar di dalam buku bila melihat sesuatu yang sama dengan gambar tersebut. 

Ilustrasi gambar yang terdapat pada buku cerita bergambar sangat mudah diingat dan difahami si anak. Bahkan kadang-kadang tanpa dapat membaca, anak dapat “membaca” bukunya dengan caranya sendiri, iaitu “membaca gambar”. Anak dapat membina cerita sendiri walaupun masih belum petah bercakap.

Sebenarnya banyak sekali kegunaan buku cerita bergambar untuk perkembangan anak. Selain untuk mengasah pemikiran anak, buku cerita bergambar ini juga bermanfaat dalam membentuk keperibadian anak dalam cerita yang diberikan. Contohnya teladan yang diberikan daripada cerita tersebut. 

Tips Memilih Buku Cerita Bergambar

1. Lihat tajuknya. Tepatkah dengan karakter anak kita?
2. Lihat covernya, menarik atau tidak
3. Lihat isinya sekilas, adakah mampu memberi pengaruh positif bagi si anak
4. Lihat gambar atau illustrasinya. Juga warna-warna gambar yang menarik. Banyak buku yang isinya bagus tapi gambarnya kurang bagus, malah memberikan kesan mengerikan.
5. Buku yang bagus, susunan kata-katanya sangat sederhana dan mudah difahami. Tidak berbelit-belit dan tidak terlalu panjang ceritanya.





Haruslah kita perhatikan juga ketebalan dari buku bergambar tersebut, jangan berikan anak - anak buku yang tebal. Sudahnya anak akan merasa bosan. Cerita dalam buku bergambar pun mestilah menarik. Dengan cerita, gambar, dan berwarna-warni yang ada pada buku cerita bergambar tentunya akan menambah rasa minat anak untuk membaca dan memahami isi buku bergambar tersebut.


Kalau untuk bayi, boleh berikan buku bergambar dalam bentuk softbook. Softbook biasanya bergambar penuh dan cuma ada satu atau dua ayat sahaja. Sambil bacakan buku ini di ribaan, anak boleh bermain dan menggigit buku kain tersebut.





Untuk peringkat umur 2 tahun dah boleh berikan board book. Board book pun mestilah bergambar penuh sesuai dengan tangan anak yang dah makin kuat. Lagi bagus jika buku tersebut mempunyai elemen sentuhan, a soft-to-touch book. Atau pun pop-up book. Anak-anak pasti happy. 










Selamat membaca dengan anak-anak ye ibu-ibu. 




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608






Thursday, 15 September 2016

Sight Words Game untuk Rayyan



Korang..dah baca lom apa itu Sight Words? 
Kalo belum baca dulu ye :)
Klik sini

Dah abis baca baru tau camna Sight Words Game tu hehe.

Ni antara Sight Words Game yang saya dapat dari cik Google.







Saya buatkan Sight Words Snake & Ladder ni untuk Rayyan. 
Kena ada dadu la ye kalo nak main.
Template nya boleh google je la, pastu print 4 helai kertas A4 dan sambungkan.




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608

Apa itu SIGHT WORDS ?


Sight Words? Ada yang tak pernah dengar? Atau ramai yang selalu dengar? Kalau ada anak kecil berumur 5 atau 6 tahun mesti dah biasa kan dengan Sight Words. Sebelum ni pun saya tak tau pun apa itu Sight Words. Tapi bila anakanda Rayyan dah masuk 5 tahun barulah berkenalan dengan Sight Words ni. 

Ni definition dari Wikipedia ye:
Sight words, often also called high frequency sight words, are commonly used words that young children are encouraged to memorize as a whole by sight, so that they can automatically recognize these words in print without having to use any strategies to decode.




Secara ringkasnya, bila anak tengok je words tu dengan kerap dia akan ingat dan boleh sebut. Macam kita jugak dulu2, tengok “you” kita tau plak nak sebut, tengok “the” kita tau plak nak sebut, ada ke kita eja words tu ? Takde kan? Haa…tu la sight words. Mengenal Sight Words ni bagus untuk yang baru mula membaca, sebab tak semua English words ni kita boleh eja.  Opss..untuk English je tau. Contoh Sight Words “a”, “is”, “of”, “to”, “in”, “that”dan banyak lagi lah.



Bila anak dah boleh sebut banyak perkataan, bolehla berjinak-jinak dengan membaca buku cerita pendek. Rayyan menggunakan 2 bahan bacaan untuk Sight Words. 
> Peter & Jane serieS
> 1000 Phonics Flash Card
> Allah Makes Series
Peter & Jane series tu sangat mudah tau, ada banyak series for beginner sampaila yang advanced. Dalam set P&J ni ada buku dan juga flash cards. Tapi saya tak beli flash card tu, tapi buat sendiri je. 





Untuk 1000 Phonics Flash card ni plak memang menarik, ada gambar jugak sikit-sikit. Bercetak depan dan belakang. Big size, senang anak nak pegang. Bolehla ulang-ulang banyak kali sampai betul-betul boleh sebut dengan betul. 







Macam-macam cara sebenarnya kita boleh buat nak bagi anak biasa dengan Sight Words ni, yang penting kita pun kena rajinla kan hehe. So pasni bolehla plan nak buat Sight Words sendiri kan untuk anak.


Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


10 Kebaikan Bermain Lego



Semua kanak-kanak sukakan lego. Suka jugak diaorang sepahkan lego. Mak-mak pun stress jalan je terpijak lego kan. Tapi tu lah, jangan disekat anak-anak nak bermain lego ni. Sebab macam-macam kebaikan yang ada dengan bermain lego, Cuma kita je kadang-kadang tak sedar. Children learn through play. Tu je yang anak-anak tau pun kan, main, main, main.  



Jom kita baca apakah kebaikan bermain lego :

1. Lego ni ada pelbagai warna. Bila anak bermain tu, kita sebagai parents kenalah mainkan peranan jugak. Ajar anak mengenai warna, atau bertanya warna apa yang sedang dimainkan oleh anak. Anak seawal 2 tahun pun dah boleh jawab soalan warna ni. 



2. Bentuk dan ukuran lego yang macam-macam juga merupakan media pembelajaran bagi anak, sehingga anak dapat mengenal pelbagai bentuk. Lego sekarang makin canggih kan, siap ada tayar lagi tau, boleh berpusing. Ada jugak yang ada bunga, orang, dan macam-macam lagi lah. Tapi tu lah, nampak lego ada bentuk baru bukan anak yang nak, mak dia yang teruja nak beli.  



3. Saat anak menyusun lego, anak sedang melatih koordinasi antara mata dan tangan. Kemampuan anak untuk memilih, mengawal, menempatkan dan memasang lego akan berkembang dengan baik. Anak pandai sebenarnya nak memilih warna mana, bentuk mana yang tangan nak ambil.
4. Menggenggam dan membuka pasang lego dapat melatih motor halus anak. Kadang-kadang si abang pasang ketat sangat adik plak yang menjerit nak bukak. Bermain lego juga dapat membina otot-otot kecil seperti jari-jemari anak dan mengaktifkan jari mereka. Ini dapat membantu anak untuk cepat belajar menulis.
5. Pemilihan warna dan hasil bangunan yang dibuat anak dapat melatih jiwa seni anak jugak. Kita boleh nampaka anak lebih cenderung meminati warna yang jenis terang atau suram. Tapi ada ke lego berwarna suram ?
6. Pada bahagian atas lego terdapat bulatan-bulatan timbul kan. Haa.. ni boleh dijadikan bahan untuk belajar mengira tau. Anak saya menggunakan lego untuk belajar operasi tambah. Suka dia sepah-sepahkan lego tu.





7. Anak akan jadi kreatif, imaginative dan cuba menyelesaikan masalah (problem solving). Dia akan berimaginasi untuk membina kapal terbang atau kereta. Otaknya berfikir blok lego yang manakah yang perlu digunakan untuk digabung. Jangan hairan bila anak selesai menyusun, kemudian ia berkata dia sedang membina kereta ke , gajah ke,  padahal  jika dilihat sebenarnya belum menyerupai apa pun yang anak sebutkan. Puji dan beri penghargaan agar anak lebih mengeksplorasi berbagai-bagai macam bentuk lagi.
8. Jika bermain bersama-sama dengan kawan-kawan atau dengan saudara mara, secara tidak langsung anak akan berlatih berkomunikasi dan mengemukakan idea dan juga belajar berkongsi barang dan menunggu giliran. Juga akan menggalakkan ‘teamwork’. Tapi berkongsi dan menunggu giliran dengan adik sendiri sangatlah memerlukan kesabaran yang tinggi haha. Yang pasti akan ada acara merebut barang la dan diakhiri dengan drama tangisan. 
9. Kemampuan berbahasa anak juga akan lebih terlatih. Anak akan belajar ‘di atas’ , ‘di bawah’ , ‘kecil’, ‘besar’, dan macam-macam lagi. Boleh bermain games mengenal warna dan  mengira bersama anak-anak.Beri arahan yang simple,give me 2 red blocks. Games asingkan blok ikut warna juga menarik. Kemudian jom kira bersama.



10. Ajar anak untuk mengemas lego selepas bermain, boleh memupuk sikap bertanggungjawab dengan barang sendiri. Clean up, clean up, clean up. 




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608




Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015