RIGHT BRAIN MEMORY POWER GAME
Saya dapat idea ni dari kawan facebook saya, Yulia yang apply Homeschooling. Game ni bagus untuk melatih anak supaya fokus.
Untuk main game ni :
1) Sediakan beberapa kertas/bentuk yang bewarna. Pastikan bentuknya sama tetapi warnanya berlainan. Kebetulan saya takde kertas bewarna, jadi saya gunakan bintang berwarna yang memang ada banyak kat rumah ni.
2) Gunakan fail/buku untuk dijadikan penghadang. Saya gunakan buku.
Cara-caranya camni :
1) Susun kertas di sebelah kiri sambil hadang guna buku supaya anak tak nampak.
2) Buka penghadang dalam 2 saat untuk anak lihat. Kemudian tutup kembali.
3) Tunggu anak susun kertas mengikut susunan dan warna yang kita susun. Boleh start dengan 2 kertas dulu, kemudian 3 kertas. Bila dah biasa boleh ditambah kepada 4-5-6-7 dan seterusnya.
Apa faedah main game ni ?
* melatih anak supaya beri perhatian dan fokus
* mengasah otak supaya cepat proses maklumat
Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak?
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda?
Hubungi saya - Puan Farida
Call/Sms/whatsapp 019.9425608
No comments:
Post a Comment