Saturday, 29 December 2018

Discover the Science in Petrosains


Sebut Petrosains mesti anak-anak suka kan?
Mak pak kena bawak anak-anak tau, banyak sangat yang boleh belajar kat sini

Jom tengok apa yang ada kat Petrosains KLCC

Ha ni tiket masuk
Masa kami ke sana hari tu tiket kanak-kanak free
Tak pasti la memang free atau ada hari-hari tertentu je free
So bayar RM18.50 sorang je la untuk mama & papa 

Time tu hari jumaat
Memang ramai sangat orang
Budak-budak sekolah ramai buat trip ke situ
So berderet la beratur sambil tangan ke bahu

Kalo nak ke sini sebelum 5petang kalo tak silap
Sebab nanti diaorang dah tak bagi masuk
Sebab nak tour dalam tu pun lama
Malam tak bukak




Pas dah beli tiket kena beratur plak la nak naik monotren tu
Ke menda ntah namanya
Berpusing2 benda alah ni
Boleh naik 4 orang je
So kami ngam2 la 1 family
Kalo tak cukup 4 orang, kena share dengan family lain



Ada la dalam 15 minit kot naik monotren ni
Mengembara sambil tengok video sekeliling 
Macam-macam la cerita, pasal sejarah dan berkenaan perkembangan sains dan teknologi di Malaysia 

Macam-macam la cerita yang dipaparkan sepanjang perjalanan menaiki tren ni..
Cerita pasal perkembangan sains dan teknologi di Malaysia. 
Dah turun tren ni barulah masuk ke dalam galeri Petrosains. 

Pastu masuk ke bahagian dalam yang ada macam-macam aktiviti.
Dalam ni ada banyak ruangan - Geotime, Diodrama, Sparkz, Speed, Space, Invention, Maker Studio, Petroleum, Hydrocarbon Walkway, Creative Lab, Play Lab, Digi Cybersafe, 3D Theatre dan banyak lagi la. Memang tak sempat pergi semuanya.

Mula-mula ke bahagian angkasa lepas
So ada la cerita pasal planet, bulan dan bintang













Lepas tu kami ke bahagian Sparkz.
Kat sini ada banyak aktiviti untuk kanak-kanak dan dewasa.
Semuanya menarik.



















Bahagian pelantar minyak pun ada








Yang ni plak bahagian kanak-kanak boleh buat eksperimen sains
Ada staff yang assist sambil bagi penerangan




Ni bahagian dinosour
Ada jambatan gantung yang gayat ni
Dinosour tu pun acah-acah bunyi roar gitu je la







Time kami ke sini ada Science Show
Budak-budak boleh participate


Pastu kami ke 3D theater.
Nonton cite kartun ye.
Kena pakai spec khas untuk 3D





Ni plak kat bahagian cafe.
Memang comfirm akan lapar la budak-budak ni tau
Penat berjalan sana sini tak berhenti diaorang ni
Nak ke cafe ni kena melalui pelantar minyak tu dulu, baru jumpa
Cantik kat sini..dengan atom-atom yang tergantung
Nama dia Hydrocarbon walkway




Kat sini pun ada kemudahan surau dan tandas.
So tak perlu risau ye

Dah kenyang tu bolehla sambung semula pengembaraan
Tapi kami terus keluar haha
Sebab dah penat sangat round dalam ni





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 

Call/wa/telegram 019.9425608





Jom ke Zoo Negara




Dah pernah ke Zoo Negara ke?
Rasanya ni kali ke dua kot ke sana.
Sebelum ni anak-anak kecik lagi, ni dah besar kita repeat la lagi.

Takde la letak harapan tinggi sangat ke sini
Cuma harap diaorang ni enjoy je la dan belajar sesuatu
Sebelum ni ke sini tak dapat tengok panda.
Masa tu panda baru sampai, so tak leh tengok la lagi.
Kali ni dah boleh masuk tengok, anak-anak tak sabar nak tengok, kot2 la boleh peluk2 kan hehe

Sekarang tiket masuk boleh tahan ye. 
Ni untuk dewasa 2 orang RM86.
Untuk kids plak RM32 untuk 2 orang.
Haa...lebih seratus jugak tu..
Ingatkan RM20 je hehe

Opss..parking kena bayar juga ye..RM5 
Kami sampai dalam 10.30 pagi.
Dah mula panas. So anak-anak make sure pakai topi ye.
Tapi dalam zoo tu banyak je pokok merimbun so takdela kena direct sunlight. 







Haa ni kisah time masuk je zoo 
Budak ni jatuh sampai koyak seluar
Adeh...berjalan la dalam zoo tu dengan seluar yang koyak ye






Kalo malas nak berjalan boleh naik benda alah ni
Tapi rugi la sebab tak dapat betul-betul tour dan berpeluh hehe
Tapi bukan free tau..






Oh lupa..sebelum masuk tu diaorang suruh take picture
Abes posing berlambak gambonya
Pastu kalo nak beli boleh pilihla
uih..mahal amat wei sampai beratus



Mula-mula masuk kami ke animal show. 
Jangan lepaskan peluang tengok animal show tau. 
Haiwan-haiwan ni memang bijak.
Memang kagum. Ada macam-macam haiwan dimulai dengan burung.
Pastu ada anjing laut, dan macam-macam lagi la.




















Pastu boleh juga tengok panda.
Free je ni dah tak perlu bayar ye.
Tapi 30 minit je boleh masuk.
Pastu sebelum masuk tu adalah briefing sikit.
Sebab kat dalam ni memang ta boleh bising.

Haa masuk dalam ni ok la takde la sejuk mana puan.
Sian plak kat panda tu duk dalam aircond je sepanjang masa.












 







Ni tempat penyediaan makanan panda




so macam biasa la kalo keluar tu ada la kedai souvenir yang bapak mahal ni.
Cafe pun mahal..boleh tahan juga la harganya ye




Dah abes tengok panda ni mohle berjalan-jalan sampai penat

































Dalam ni ada banyak cafeteria
Ada banyak tempat nak stop dan rehat
Cuma mahal la makanan dalam ni
Air mineral yang kecik tu RM3 la jugak
So better bawak air masak la ye anak-anak 


Ada banyak lagi tempat dalam ni
Tapi tak masuk pun
Sebab dah penat





3 jam jugakla duk dalam zoo ni
Harapnya pasni boleh la Rayyan buat karangan sehari di Zoo Negara haha...





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 

Call/wa/telegram 019.9425608






Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015