Sebut Petrosains mesti anak-anak suka kan?
Mak pak kena bawak anak-anak tau, banyak sangat yang boleh belajar kat sini
Jom tengok apa yang ada kat Petrosains KLCC
Ha ni tiket masuk
Masa kami ke sana hari tu tiket kanak-kanak free
Tak pasti la memang free atau ada hari-hari tertentu je free
So bayar RM18.50 sorang je la untuk mama & papa
Time tu hari jumaat
Memang ramai sangat orang
Budak-budak sekolah ramai buat trip ke situ
So berderet la beratur sambil tangan ke bahu
Kalo nak ke sini sebelum 5petang kalo tak silap
Sebab nanti diaorang dah tak bagi masuk
Sebab nak tour dalam tu pun lama
Malam tak bukak
Pas dah beli tiket kena beratur plak la nak naik monotren tu
Ke menda ntah namanya
Berpusing2 benda alah ni
Boleh naik 4 orang je
So kami ngam2 la 1 family
Kalo tak cukup 4 orang, kena share dengan family lain
Ada la dalam 15 minit kot naik monotren ni
Mengembara sambil tengok video sekeliling
Macam-macam la cerita, pasal sejarah dan berkenaan perkembangan sains dan teknologi di Malaysia
Macam-macam la cerita, pasal sejarah dan berkenaan perkembangan sains dan teknologi di Malaysia
Macam-macam la cerita yang dipaparkan sepanjang perjalanan menaiki tren ni..
Cerita pasal perkembangan sains dan teknologi di Malaysia.
Dah turun tren ni barulah masuk ke dalam galeri Petrosains.
Cerita pasal perkembangan sains dan teknologi di Malaysia.
Dah turun tren ni barulah masuk ke dalam galeri Petrosains.
Pastu masuk ke bahagian dalam yang ada macam-macam aktiviti.
Dalam ni ada banyak ruangan - Geotime, Diodrama, Sparkz, Speed, Space, Invention, Maker Studio, Petroleum, Hydrocarbon Walkway, Creative Lab, Play Lab, Digi Cybersafe, 3D Theatre dan banyak lagi la. Memang tak sempat pergi semuanya.
Dalam ni ada banyak ruangan - Geotime, Diodrama, Sparkz, Speed, Space, Invention, Maker Studio, Petroleum, Hydrocarbon Walkway, Creative Lab, Play Lab, Digi Cybersafe, 3D Theatre dan banyak lagi la. Memang tak sempat pergi semuanya.
Mula-mula ke bahagian angkasa lepas
So ada la cerita pasal planet, bulan dan bintang
Lepas tu kami ke bahagian Sparkz.
Kat sini ada banyak aktiviti untuk kanak-kanak dan dewasa.
Semuanya menarik.
Bahagian pelantar minyak pun ada
Yang ni plak bahagian kanak-kanak boleh buat eksperimen sains
Ada staff yang assist sambil bagi penerangan
Ni bahagian dinosour
Ada jambatan gantung yang gayat ni
Dinosour tu pun acah-acah bunyi roar gitu je la
Time kami ke sini ada Science Show
Budak-budak boleh participate
Pastu kami ke 3D theater.
Nonton cite kartun ye.
Kena pakai spec khas untuk 3D
Ni plak kat bahagian cafe.
Memang comfirm akan lapar la budak-budak ni tau
Penat berjalan sana sini tak berhenti diaorang ni
Nak ke cafe ni kena melalui pelantar minyak tu dulu, baru jumpa
Cantik kat sini..dengan atom-atom yang tergantung
Nama dia Hydrocarbon walkway
Kat sini pun ada kemudahan surau dan tandas.
So tak perlu risau ye
Dah kenyang tu bolehla sambung semula pengembaraan
Tapi kami terus keluar haha
Sebab dah penat sangat round dalam ni
Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak?
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda?
Hubungi saya -
Puan Farida
Call/wa/telegram 019.9425608