Saturday, 28 May 2016

Dilema Anak Lambat Bercakap


Anak lambat bercakap ? Memang ibu cukup risau kan ? Macam2 lah bermain kat fikiran ni. Takut anak kita ada penyakit la, takut ada something wrong kat mana2 ke. Ada plak yang cakap camni kan...


Stress tak ?


Saya pun hadapi masalah yang sama. Anak saya bercakap ketika dia betul2 berumur 2 tahun. Sebelum 2 tahun, ajarlah apa pun dia wat dek je, tak nak ikut. So saya mula search macam2 kat internet. Apa yang saya buat? 

1) Banyakkan berinteraksi

Percayalah, walaupun anak tidak ikut apa yang kita sebut, tapi semua tu dia serap. Banyakkan berinteraksi ketika pakaikan baju anak, ketika suapkan anak makan, ketika mandikan anak dan apa saja aktiviti kita buat dengan anak. 

2) Beritahu nama objek

Ini juga boleh mengembangkan daya ingatan dan menambah vocab anak. Ketika mandi, kenalkan objek yang ada depan anak, ketika makan pun boleh kenalkan nasi, ayam dan sebagainya. Ketika bermain di luar pun boleh kenalkan batu, rumput dan sebagainya. 



3) Membaca buku cerita

Ini yang paling anak saya suka. Dia tau rutin dia setiap malam. Dia akan ambil buku bergambar dan bagi kat mama supaya mama boleh reka cerita untuk dia hehe. Seeloknya bacakan buku atas ribaan kita ye.



4) Mengulang

Ulang banyak kali tiap kali kita kenalkan sesuatu. Sama juga jika membacakan buku. Bayi memang suka benda yang disebut berulang-ulang. 


Yakin dan percaya semua usaha kita akan berbaloi suatu hari nanti. Alhamdulillah, genap umur dia 2 tahun, Ilan Waizz mula bercakap dan banyak vocab dia dah tau. Erm memang betul dia banyak serap ketika saya ajar dia dulu.





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608

Kawal Anak Ketagih Tablet / iPad



Hari ni terjumpa semula post yang lama saya kat fb bertarikh 16 August 2015.


"Beberapa minggu lalu, saya buat peraturan baru untuk Rayyan, iaitu semasa hari persekolahan dia tidak dibenarkan untuk bermain dengan tablet. Hari sekolah adalah hari belajar. Rayyan hanya boleh main tab pada hujung minggu sahaja.

Alhamdulillah dia boleh ikut peraturan baru. Tapi, hari-hari Rayyan akan tanya, ‘Mama, hari ni kita cuti ke?’ Walaupun petang tu dia baru je abis sekolah haha. Wat lawak ke apa anak aku ni. Memang tak sabar betul nak dapat tengok Youtube dan bermain dengan tablet la tu.

Tapi, bila tiba hujung minggu, memang Rayyan akan tengok dengan lama tetapi saya tak kan charge tablet tu sampai 100%. Paling banyak pun 50% je. Tapi biasanya 30% dia dah tak sabar nak main. Erm lagi bagus la sebab dalam 2jam dah abis bateri, dan dia tak mintak lg nak main. Sebab mama cakap tablet kena charge sekali je sehari nanti meletup terus rosak, pastu kang langsung tak boleh main. Berjaya jgk la taktik ni huhu. Mujurla dia tak pandai nak ON sendiri charger tu.

Kalo weekend awal plak dia bangun & terus cari tab dia. Tapi sebelum pegang tab memang nak kena suruh dia mandi dan sarapan dulu. Kalau tak, nanti entah pukul berapa dia akan mandi. Nak suruh makan pun susah kalau mata dah melekat pada tab. Yang penting bila malam dia tahu tugas dia still kena belajar "


Itu dulu...sekarang tablet dia langsung dah takde. Last dia pegang tablet tu masa cuti sekolah Disember tahun lepas. Pastu start je sekolah langsung dia dah tak dapat pegang sebab mama dah sorok, bagitau dia hantar kat kedai cina, baiki. Sampai la sekarang dia duk tanya kenapa tablet tu lom siap baiki lagi. Haha..Kadang2 dia dapat jugakla tengok youtube kat hanset mama, kalo hari tak sekolah tapi kejap je. Dia pun sekarang dah pandai search sendiri apa yang dia nak tengok, sebab dah pandai mengeja. 

Korang punye cara camna plak ye ?






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 

Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


Monday, 23 May 2016

Cara Rangsang Daya Fokus Anak




Anak tidak fokus? Selalu lupa? Sebenarnya ini normal bagi kanak-kanak berumur 4 - 6 tahun. Pelupa adalah sifat semulajadi pada kanak-kanak. Ianya berlaku disebabkan hilang fokus dalam sesetengah masa. Parent memang boleh membantu anak-anak supaya lebih fokus dan mengatasi masalah pelupa. 

Antara tip yang boleh diamalkan :

1) Bermain mainan yang boleh meningkatkan fokus seperti puzzle, sorting color and shape, playdoh dan lego. Macam2 DIY toys kita boleh buat tau.


2) Galakkan anak supaya mempunyai hobi tertentu supaya dia asyik dengan apa yang dilakukan.


3) Buat aktiviti kraf bersama, seperti menggunting, mencantum dan gam.

4) Hadkan masa anak-anak menonton televisyen.

5) Amalkan makanan sunnah dan berkhasiat seperti kismis, kekacang dan kurma.


6) Pastikan anak mengambil sarapan pagi sebelum ke sekolah jika mahu dia fokus di sekolah. Banyak kajian membuktikan sarapan pagi boleh meningkatkan daya ingatan, lebih fokus dan lebih pantas mempelajari sesuatu.

7) Mealui deria pendengaran, jelaskan setiap arahan supaya anak lebih dengar dan faham. Gunakan suara dan intonasi yang sesuai. Biarkan anak jawab soalan satu per satu ye. 


So..dah fikirkan aktiviti seterusnya dengan anak untuk tingkatkan daya fokus anak?




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


Apa Kelebihan Homeschooling ?



Boleh tak u olls translate kan HOMESCHOOLING ni?
Haa..betul la tu..BERSEKOLAH DI RUMAH

Homeschooling ni ada 2 kategori. Ada yang 100% apply homeschooling ni , maksudnya memang tak hantar anak ke taska/tadika. Takdela nak cari baju uniform, ye dak. Tapi mama la yang kena disiplin jugak tau. Kang dua2 ke laut. Ada jugak yang 50% apply homeschooling ni, maksudnya siang hantar anak ke taska/tadika dan apply homeschooling pada malam hari atau weekend je.  So kat sini saya cuma fokuskan pada yang part time homeschooling gitu, since saya pun keje kan. 



Jom cek-it-dout apa kelebihan HOMESCHOOLING ni ye ?

1) Tiada tekanan untuk anak

Aktiviti yang kita buat dengan anak bergantung kepada minat anak, so anak tak bosan dan takde pressure la. Ianya bergantung kepada kekuatan dan potensi anak-anak. So diaorang akan jadi lebih seronok la untuk belajar kan. 

2) Relationship parent-child lebih kuat

Homeschool akan memberikan komunikasi yang baik antara parent dan anak. Lebih masa yang akan diperuntukkan bersama anak. Tak perlulah tunggu musim cuti sekolah kan baru nak bersama-sama anak. 

3) Smaller group (one to one)

Parent akan ada lebih tumpuan dengan anak, ye la dah sorang dua je pun kan kat rumah. Bukannya 20 orang macam kat tadika hikhik. So senangla nak approach one to one kan.

4) Waktu yang fleksibel

Anak akan menjadi lebih fokus sebab waktu adalah fleksibel dan ikut mood anak. Kalo saya sendiri, kalo mood anak tak ok memang saya takkan buat aktiviti dengan anak. Nama lagi fleksibel kan hehe. 

5) Tiada had jadual

Contohnya kalo minggu tersebut anak-anak nak belajar tentang bentuk, adik nak belajar bentuk bulat dan si abang pulak nak belajar segitiga. Tetapi jika abang tidak suka dengan segitiga, dia boleh membantu adiknya belajar bentuk bulat dengan cara menunjukkan kepada adik barang-barang dalam rumah yang berbentuk bulat. Menarik bukan !



So semuanya bergantung kepada kita sebagai ibu bapa. Kita la yang paling tahu apa yang diperlukan oleh anak kita. Jangan memaksa anak jika anak tidak mampu. Terima mereka seadanya, kerana anak adalah ciptaan Allah yang paling indah.






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015