Thursday, 13 September 2018

A Night Walk in 99 Wonderland Park


99 Wonderland Park ni ntah la dah lama ke baru bukak.
Rasanya baru tahun ni kot..ntah.
Tapi ramai je kot yang lom pergi lagi sini.
Kat mana?
Kat area gombak.
Sesat jugakla hari tu walaupun guna waze haha
Takpela nanti ko taip je 99 Wonderland Park tu kompem akan sampai 
Parking plak senang je.
Depan ada, kiri kanan jalan pun boleh.
Nak masuk  sini kena bayar tiket ye
Dewasa RM10
Kanak-kanak RM5 





Ko tak nampak, zoom sendiri


Hari tu kami sampai sini petang dalam kul 6 lebih gitu.
So lampu tak nampak cantik sangat la lagi.

So buatla aktiviti lain dulu macam bagi ikan ni makan.
Berduyun-duyun haa ikan mai kelaparan.
Kena beli makanan ikan tu, RM2 kalau tak silap.




Dah jadi berlima plak




Boleh juga bagi kura-kura ni makan.
Takyah bayar pun.
Tapi kura-kura dah sangat kenyang sampai tak lalu dah nak menelan haha.
Sumbat jugak la kan.




Ada giant robotic dinosaur kat T Rex Ring. 
Boleh bergerak dan kuarkan bunyi dinosaur. 
Mak-mak kagum, anak-anak apatah lagi.

Taman ni dipenuhi lampu LED yang dipasang sepanjang laluan.
Tapi takdela macam ICT tu tau.
Padanla ngan tiket masuk tu kan.








Pastu kul 7.45pm kami naik Cruise.
Yang ni kena beli tiket cepat-cepat 
sebab dalam 20 orang je boleh naik per trip.
So kena Q la ye.
Untuk dewasa Rm10, kanak-kanak free je.
Pusing-pusing tasik dalam 30minit gitu la.
Sebab tengah-tengah tasik boat stop jap boleh bagi makan kat swan , 
itik dan seangkatan dengannya.


















Pas pening-pening naik bot tu jom jenjalan keliling tasik la plak.
Jauh jugak sebenarnya, lenguh la jugak nak abis pusing tu.
Haaahh penat wei..

Ada mini zoo kat sini. 
Ada bird park,..layan arnab.. ayam itik.
Binatang-binatang kecik tu pun ada banyak.
Nak pegang pun boleh.
Tapi takyahla, diaorang ni malam-malam tido awal.












Boleh tengok Golden Waterfall, 
bergambar ngan patung-patung zodiak korang juga.






Kebetulan malam kami gi sana ada bunga api.
Katanya kalo malam minggu memang ada.
So dapatla anak-anak yang jakun ni kagum sekejap dengan bunga api.


Ni plak ada 10 minutes free ride
Berduyun-duyun la kekanak beratur nak naik benda alah ni
Termasukla anak-anak i hikhik




Bersungguh ye korang berdua

Tapi sebenarnya cam lebih je 10 minit 

Kat sini korang tak leh bawak masuk makanan dan minuman ye.
Tempat makan, gerai jualan makan dan minum ada disediakan kat sini.
Tapi harga tu standard la mahal dari biasa haha.
Pastu toilet pun ada ye.
So dun wori le kalo tetiba nak terbuang ke terkucil ke ye..erkk




Datang tempat menarik camni jangan korang tak bawa camera atau phone plak ye.
Sesia la takleh capture moment cantik kat sini kan.

Satu lagi jangan leka sangat la bergambar, kang hilang anak tu plak ☺

Haa aajom kita bergambar la plak.













Budget sweet gitu

Tapi ralat betul nape ntah tak jumpa plak Magical Bridge
Ala yang boleh gantung mangga cinta korang tu haha
Ala-ala jiwang gitu..lock your love la katanya.

So ni je la yang kami tour dalam 3 jam gitu kot.

Ok la bawa anak-anak ke sini, diaorang suka dan happy.





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608



Having Fun in Dinosaur Kingdom





Ramai betul yang bertanya kan..
Meh nak review sikit pasal Dinosaur Kingdom.

Tempat kat mana?
Kat Sungai Buloh, Gamuda Garden.
Kalo tak tau korang waze lerr

Jauhnya kami pergi..hehe
Ye la alang-alang bercuti kena la cari tempat untuk anak-anak spent time
Takkan nak sopim je memanjang kan

Aaajom kita posing dulu kat entrance 💃

Haa nampak tak mama dia over excited tu 😄 

Papa pun nak say hai to dinosaur

Dinosaur tu boleh bergerak dan ada bunyi dinosaur
Yang pokok kat tepi tu pun tak berhenti bergerak dan bercakap plak tu
Ntah apa dia sebut pun tak faham 😄


Adik takut pun boleh posing jugak


Bawah ni pamplet & map nak tour dalam ni.
Sebenarnya tempat ni macam ala-ala fun fair gitu
Takde la besar sangat pun
Cuma ok la untuk anak-anak kagum
Kalo time mendung ok la kalo nak main dalam ni
Kalo tak, panas terik tak sesuai sangat
Mujurla time kami gi sini hujan renyai-renyai kejap
pastu mendung la sampai ke sudah

Kalo tengok kat pamplet ni, Dinosaur Kingdom ni cuma sampai 23 Sep 2018 je
Haa ada lg 2 minggu sape yang nak gi (dari date entry ni ditulis ye)
Tengok betul-betul hari apa open & close tu
Mon-Thurs close tau
Kang sia-sia je gi tapi tutup plak

Tapi rasanya tempat ni sentiasa berubah
Sebab hari tu bulan Jun kat Setia Ecohill Semenyih
Maybe pasni ke tempat lain la plak



Map untuk tour. Kalo tak nampak ko zoom kasik besar

Harga nak masuk ?

Dewasa RM30
Kanak-kanak RM20

Mahal ke?
Haha ada orang kata mahal,tapi kami ni memang masuk je
Bukan masuk hari-hari pun kan
Tak salah bagi anak-anak enjoy
So kalo korang yang berkira nak masuk baik tak yah haha




Pastu nak main game dalam ni kena ada token tau
Bila beli tiket memang akan dapat 6 token free
Ada game yang perlukan 2 token, ada juga yang nak 3 token
Kalo tak cukup boleh beli lagi
1 token RM3, kalo beli 10 token free 1 token
So masuk nanti mula-mula kena ke kaunter token redemption

Tapi takdela semua nak bertoken
Ada juga yang free je

Yang free :
✌ Education hub
✌ Dinosaur Wildpark Live Show
✌ Dinosaur Exhibition
✌ Inflatable Dinosaur Island
✌ Super Dinosaur Performance
✌ Dinosaur Parade

Yang bertoken :
✌ Triceratops Train
✌ Pterosaur's Nest
✌ Baby Dinosaur Trail
✌ Dirt Kart Challenge
✌ Dinosaur Battleground
✌ Ice Fossil
✌ Carnival Games
✌ Racing Dinosaurs
✌ Flying Fox
✌ Drift Island
✌ 5D Cinema
✌ The Swamp
✌ Fossil Dive
✌ Raptor's Maze
✌ Alien Invasion

Ni tiket dia..4 orang dah seratus huhu


Jom jalan-jalan beraktiviti dengan dinosaur.


*************************************



Mula-mula kami ke Dinosaur Wildpark Live Show
Yang ni free je
Ada show kul 1pm,3pm,5pm dan 7pm je
Show ni dalam 1 jam rasanya, tak perasan plak hari tu
Ada dalam 3-4 ekor dinosaur berlawan dalam show ni






Red Indian pun ada haa

Bersungguh korang tengok kan



Time kami pergi ni ramai budak sekolah yang buat trip.
So penuhla diaorang duk tengok show ni.
Dah abes show bolehla bergambar dengan dinosaur tu & terus dapat gambar
tapi ntah lupa bayarannya, RM20 kot
Sebab kami tak bergambar pun



********************************************

Keluar dari show ni terus ada  Inflatable Dinosaur Island
Free juga masuk yang ni
Lompat la sepuas-puasnya
Yang ni mak ayah pun boleh la lompat sekali
Jangan lupa guna hand sanitizer dulu, ada disediakan






Mama pun nak selfie






************************************

Yang ni plak Pterosaur's Nest
Tapi anak-anak tak main pun
Tak tahu la berapa token yang diperlukan 


************************************

Kalo anak-anak nak naik dinosaur tu bolehla naik Dino Riders
Perlukan token, tapi lupa dah brape token
Time ni hujan renyai-ranyai, bagus plak eh orang yang jaga tu tolong payungkan Rayyan
Ada la dalam 10 minit kot naik benda alah ni




Kalo lapar stop la kejap kat Dino Bites
Sini ada food truck
Bolehla alas perut jap sebelum sambung main lagi








Pizza RM15, Milky Mango RM8

*************************************

Kat depan Dino Bites ada game ni
Nama dia Alien Invasion
Bolehla 2 beradik ni naik sambil tembak-tembak alien tu
Ni kena 2 token ye sorang
Boleh je kalo mak ayah nak naik jugak, kalo tak malu 👫








**************************************

Pastu sebelah Alien Invasion ada ni plak
Main tembak-tembak jugak dinosaur yang sekor tu
kesian betul berlari-lari dinosaur tu bawak berat badan dinosaur
Nama dia Dinosaur Battle Zone
Yang ni adik tak main la, kesian plak nanti kena langgar 😆




 

*************************************************

Jalan-jalan kat area bawah plak 




Ada tasik, boleh la naik swamp kat Swamp Jetty
Tapi berat tak boleh lebih 60kg ye
Time ni takde orang naik sebab hujan
Ntahla brape token yang dia nak




Pastu sambung lagi la jalan-jalan keliling tasik

Hak ni kagum dengan dinosaur, rupa-rupanya tong sampah tu
oppsss...








*************************************

Pastu jumpa Dirt Cart Challenge plak
Ni mat Rayyan la nak main sangat
Adik pun tak boleh main, tak sampai nak tekan minyak
Ni banyak plak token dia nak..4 token ye




Abes kotor seluar ni wei

Ada train jugak





Di mana-mana ada telur dinosaur

Ni kagum namamya





Ni 3 ekor tetiba berkeliaran


Drift Island

Ada banyak lagi game sebenarnya yang anak-anak tak main.
Kejar masa juga hari tu, bimbang hujan plak tu.

So korang nak masuk sini sediakan duit je la secukupnya hehe.
Kami datang sini abis dalam RM140 untuk tiket + makan + extra token.

Kat sini ada disediakan toilet dan surau.
 Pastu ada Medic Station juga.

Ni je la yang sempat kami tangkap gambar dan review sedikit sebanyak.
Duk dalam ni pun dalam 3 jam gitu je. 












Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608












Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015