Friday, 11 May 2018

Book Review : Ibu Ku Ingin Tahu



Dah lama sebenarnya nak review buku ni. 
Tapi duk tertangguh je. Buku ni tak jemu baca.
Jadi panduan kalo anak-anak bertanyakan soalan pelik2.

Buku ni sebenarnya ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri.
Sebelum dikupas pelbagai soalan pelik anak-anak, penulis memberi mukadimah.
Panjang juga, dalam 33 pages. 






Ilustrasi dalam buku ni memang sangat2 comel.
Very fancy, Subhanallah very attractive.
Kalo nak baca bersama anak-anak pun comfirm diaorg akan suka tengok kartun2 comel.


Selesai mukadimah, penulis mengupas persoalan anak-anak genius,
Ada 17 soalan semuanya.
Macam-macam ada tau.



Antara soalan yang ada:-

Allah mandi, hujan pun turun?
Kenapa Ummi solat banyak-banyak?
Kenapa dia miskin, dia tak solat ke Ummi?
Tak boleh jadi anjing?
Mahu tahu macam mana nak jumpa Allah?


Setiap persoalan diberi cara menjawab dengan tertib, diberikan juga doa atau hadis.
Diselang selikan dengan mutiara hadis.
Banyak nasihat disertakan dalam buku ni.
Sambil bercerita kepada anak-anak boleh bacakan nasihat. 

Ada juga diberi tips untuk ibu melalui Nota Untuk Ibu. 





Justeru ibu, sekiranya kita berhadapan dengan situasi seperti kita buntu untuk menjawab soalan-soalan anak, jangan risau. Tenang. Situasi hanya untuk kita belajar. Cari penyelesaian dan bukan lari daripada soalan.

Insyaallah buku yang mempunyai 162pages ini akan banyak membantu ibu-ibu sekalian.
Jangan takut atau malu untuk berkata, "Umi tidak tahu".
Anak akan mengerti bahawa ibunya manusia biasa sepertinya. 
Tidak semua perkara ibunya tahu!

Secara keseluruhannya, saya sangat sukakan buku ni. 
Suka cara penulis menjawab persoalan anak-anak dengan penuh hemah. 
Jawapan yang diberi sangat relevan dan mudah dipraktikkan.
Jom ajar anak-anak kita mengenal Allah !






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp 019.9425608 





No comments:

Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015